Ahad, 1 Disember 2013

@Azwanbro RAI PELAJAR CEMERLANG 5A BALUN BIDAI #UPSR2013

PASIR SALAK - [Kemaskini] Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun berkesempatan pulang ke kawasan bagi menghadiri Majlis Kesyukuran dan Penyampaian Sumbangan kepada pelajar cemerlang Sekolah Kebangsaan Balun Bidai yang telah berjaya mendapat keputusan 5A pada Peperiksaan UPSR bagi tahun ini di Kampung Balun Balun Bidai, semalam.

Majlis tersebut merupakan Majlis Tahunan UMNO Cawangan Balun Bidai dengan kerjasama JKKK Kampung Balun Bidai serta SK Balun Bidai, bagi meraikan anak-anak penduduk kampung yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang samada UPSR, PMR mahupun SPM.


Azwan yang juga merupakan Ketua Cawangan Balun Bidai melahirkan rasa syukur dan bangga kerana saban tahun semakin ramai anak-anak penduduk Kampung Balun Bidai yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.


Dalam ucapannya, beliau selaku Ketua UMNO Cawangan Balun Bidai berjanji akan memberi bantuan serta bekerjasama dengan JKKK serta pihak sekolah demi memastikan lebih ramai lagi murid khususnya anak penduduk Balun Bidai mencapai kejayaan yang membanggakan.


Beliau turut mengingatkan ibubapa agar memastikan segala keperluan pembelajaran anak-anak dipenuhi, bukan sahaja dari segi akademik malah pendidikan agama supaya mereka mampu menjadi modal insan yang berjaya dunia dan akhirat.


Dalam majlis tersebut, Azwan turut menyampaikan sumbangan kepada pelajar SK Balun Bidai yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.



Selesai majlis tersebut, Azwan meluangkan masa menziarahi warga emas serta penduduk-penduduk kampung. 

●○●》YPS ~ Demi melihat anak bangsanya berjaya dalam pendidikan, AzwanBro sering memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar yang berjaya demi memberi semangat dan galakan kepada mereka. Ibubapa pelajar cemerlang PMR & SPM SMK Dato' Seri Maharaja Lela, Kampung Gajah mesti bersetuju dngan teman. Rujuk di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..