Rabu, 11 Disember 2013

KEMUDAHAN WiFi PERCUMA DI TERENGGANU BERMULA 2014

TAHNIAH buat Kerajaan Negeri Terengganu yang akan menyediakan kemudahan Wifi secara percuma di seluruh negeri ini terutama di kawasan tumpuan awam bermula tahun depan dengan anggaran kos sebanyak RM30 juta.

Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said berkata kemudahan itu kini satu keperluan memandangkan rakyat pelbagai lapisan menggunakannya untuk melancarkan pelbagai urusan harian mereka.

"Sebagai permulaan, tumpuan diberi kepada kawasan tumpuan awam dan kita sasarkan liputan WiFi percuma itu akan dapat diakses di seluruh negeri menjelang akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2014 di sini Isnin.

Bagi menjana pelbagai inisiatif pembangunan teknologi komunikasi maklumat, sebanyak RM4 juta diperuntukkan pada tahun depan termasuk pembangunan infrastruktur telekomunikasi iaitu pembinaan tiga buah menara dengan kos RM2.5 juta.

"Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta untuk memperkasakan lagi penggunaan Pusat Komuniti Bestari yang kini menerima kunjungan kira-kira 100,000 rakyat setiap tahun," katanya. [BERNAMA]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..