Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa kenaikan itu adalah disebabkan oleh peningkatan tugas wakil-wakil rakyat serta rizab simpanan Selangor dan permintaan yang oleh wakil-wakil rakyat sendiri.
Langkah kerajaan negeri Selangor tersebut mendapat reaksi yang pelbagai dari seluruh rakyat Malaysia.
‘The Star Online’ baru-baru ini menjalankan kajian meminta pandangan orang ramai mengenai perkara ini dan;
- 44 peratus daripada 623 responden berkata ‘ia (kenaikan) harus tetapi pada kadar yang munasabah’.
- 20 peratus yang berpendapat ‘ya mereka berhak untuk setiap sen yang mereka dapat’,
- 18.3 peratus mendakwa bahawa wakil rakyatnya telah pun mendapat bayaran gaji yang mencukupi.
- Baki 18.1 peratus pula berkata soal kenaikan gaji ini bukanlah perkara besar selagi wakil rakyat menjalankan tugas yang diberikan kepada mereka.
Seorang responden berkata penjawat awam perlu mendapat lebih banyak insentif untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat kerana bayaran yang baik untuk perkhidmatan awam akan mewujudkan pekerja yang cemerlang.
“Negara-negara lain telah lama memahami perkara ini. Jurang antara negeri-negeri adalah normal dan selagi ganjaran adalah berdasarkan prestasi negeri-negeri, bajet dan kekangan, rakyat akan mendapat manfaat.”
Seorang lagi responden berkata wakil-wakil negeri perlu dibayar mengikut prestasi. Matlamat yang jelas perlu ditetapkan dan wakil-wakil rakyat dibayar mengikut sejauh mana mereka memenuhi matlamat.
“Jika wakil rakyat dapat mencapai matlamat prestasi mereka dan dapat menunjukkan hasilnya, maka mereka harus memenuhi syarat untuk mendapat kenaikan gaji. Jika pekerja produktif, semua orang akan menyokong kenaikan gaji, bagaimanapun adalah penting ia dilakukan secara telus kepada orang ramai yang benar-benar membayar gaji mereka.
“Peningkatan gaji mestilah sepadan dengan akauntabiliti, skop dan hasil sasaran. Kenaikan ini akan mendorong mereka untuk melaksanakan tugas sewajarnya,” kata responden yang lain.
Kebanyakan responden bersetuju bahawa langkah menaikkan gaji akan membantu mengurangkan rasuah sambil menggalakkan mereka untuk berkhidmat lebih baik kepada rakyat kerana ramai wakil-wakil negeri perlu membayar sumbangan dan derma bagi keperluan kecemasan di kawasan pengundi mereka.
Beberapa orang yang lain bagaimanapun menyatakan bahawa langkah itu tidak perlu dalam iklim ekonomi semasa negara ini.
“Memandangkan faktor-faktor inflasi, satu kuantum kenaikan saksama adalah wajar untuk menampung beban yang dibawa oleh faktor-faktor tersebut.
“Bagaimanapun, jika beliau (MB Selangor) berasa mereka semua tidak dibayar secukupnya, lebih baik mereka meletakkan jawatan dan memberi peluang kepada orang lain yang boleh melakukan pekerjaan itu dan bersedia untuk memimpin dan berkhidmat kepada rakyat dengan ikhlas tanpa mengambil kesempatan daripada kuasa dan kedudukan untuk keuntungan kewangan,” kata seorang responden.
Seorang lagi responden berkata langkah itu adalah tidak adil kerana rakyat dinasihatkan supaya berjimat cermat dan menyimpan wang dan subsidi mereka telah ditarik balik manakala wakil-wakil rakyat telah diberikan kenaikan gaji kononnya untuk ‘menjaga rakyat’.
Ramai responden berkata kenaikan ini bermakna wang telah digunakan untuk kenaikan gaji dan bukannya digunakan untuk memperbaiki kehidupan rakyat.
Tinjauan ini, yang menerima lebih daripada 100 komen tanpa nama mempunyai jumlah tindak balas positif dan negatif yang hampir sama.
Keputusan undian terkini:
Adakah anda fikir gaji Adun yang dipilih patut ditingkatkan?
640 responden
Ya. Tetapi pada kuantum yang munasabah – 44.06% (282)
Ya. Mereka berhak untuk setiap sen yang mereka dapat – 19.06% (122)
Tidak. Mereka sudah mendapat bayaran yang cukup – 18.44 % (118)
Tidak mengapa. Selagi mereka melakukan tugas mereka – 18.44 % (118)
Bercakap pada satu sidang media selepas Sidang DUN semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim menolak cadangan yang dikemukakan oleh (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali supaya kenaikan gaji ADUN Selangor yang diumumkan pada Rabu ditangguhkan.
Khalid juga menafikan dakwaan bahawa keputusan untuk menaikan gaji ADUN di Selangor dibuat tanpa perbincangan dengan wakil rakyat lain.
"Saya tak akan pertimbangkan. Ia telah diputuskan Dewan. ADUN Pakatan dan BN semua setuju. Semasa dibahaskan tiada bantahan daripada mana-mana pihak.
"Jadi kalau ada yang tidak bersetuju, boleh dermakan kepada sesiapa," katanya lagi.
Khalid menegaskan setakat ini tidak ada pihak lain yang menggesa beliau untuk menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji tersebut kecuali Azmin.
Azmin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) Selangor hari ini menggesa kerajaan negeri menangguhkan pelaksanaan kenaikan gaji agar penilaian semula dengan kadar berpatutan dapat dilakukan.
Azmin berkata biarpun BBC tidak menolak kenaikan gaji tersebut, kadar yang diumumkan itu adalah terlalu tinggi.
Sebelum itu juga, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kenaikan gaji itu terlalu tinggi dan menyarankan Khalid supaya mencari jalan untuk mengkaji semula kenaikan gaji tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.