1. Diriwayatkan dari
Ibnu Abbas katanya "Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda "Akan muncul
satu golongan di akhir zaman yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak
Islam tetapi mendakwa Islam. Bunuhlah mereka kerana mereka adalah
golongan musyrikun" (Ibnu Qutaibah, Ta'wilu Mukhtalifi al-Hadith, hal
56)
2. Diriwayatkan dari
Zaid Bin Ali Zainal Abidin iaitu cucunda kepada Saidina Hussein dan bapa
saudara Ja'far as-Sadiq, bahawa ketika Syiah mengemukakan kepadanya
syarat sokongan mereka terhadap beliau, iaitu "Jika engkau berlepas diri
daripada Abu Bakar dan Omar maka kami akan menyokong engkau tetapi jika
engkau tidak berlepas diri daripadanya maka kami akan menolak engkau".
Mendengar syarat mereka itu, Imam Zaid lantas berkata "Allahu Akbar!
Ayahku telah menceritakan kepadaku bahawa Rasulullah SAW telah bersabda
kepada Ali ra "Sesungguhnya akan muncul satu golongan yang mendakwa
cinta kepada kami. Mereka akan mempunyai gelaran-gelaran yang dapat
dikenali melaluinya. Apabila kamu menemui mereka, bunuhlah mereka kerana
mereka itu sebenarnya musyrikun" Kemudian Imam Zaid berkata "Pergilah
kamu, kamu golongan Rafidhah (golongan yang dimaksudkan oleh Nabi kepada
Saidina Ali dalam sabdanya itu)". (Nasywan al-Himyari, al-Huuru al-Ain,
hal. 185)
3. Ali bin Abi Talib
berkata "Rasulullah SAW bersabda "Akan muncul satu golongan di akhir
zaman yang dipanggil Rafidhah. Mereka menolak Islam" (Ahmad, al-Musnad,
j.1, hal.103)
4. Imam az-Zahabi telah
mengemukakan satu riwayat daripada Saidina Ali sebagaimana dinukilkan
oleh Ibnu Hajar al-Haithami bahawa Saidina Ali berkata Rasulullah SAW
bersabda "Akan muncul didalam umatku di akhir zaman nanti satu golongan
yang dinamakan Rafidhah. Mereka menolak Islam". Imam ad-Daraqutni
mengemukakan hadis ini dengan sedikit tambahan iaitu Rasulullah saw
berkata kepada Ali "Sekiranya kamu menemui mereka hendaklah kamu bunuh
mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun. Ali berkata "Aku
bertanya Rasulullah SAW "Apakah tanda yang ada pada mereka? Baginda
bersabda "Mereka terlalu memuji-muji engkau dengan sesuatu yang tidak
ada pada engkau dan mereka memburuk-burukkan para Sahabat" (Imam Ibnu
Hajar al-Haithami, as-Sawa'iqu al-Muhriqah, hal 102)
5. Imam al-Bukhari juga
mengemukakan hadis ini didalam kitabnya yang bernama "at-Tarikhu
al-kabir" dibawah biografi Ibrahim bin Hasan dengan lafaz "Akan muncul
satu golongan, gelaran mereka ialah Rafidhah. Mereka menolak agama"
(al-Bukhari, at-Tarikhu al-Kabir, j.1, hal 279-280). Syeikh Ahmad
Muhammad Syakir membuat komentar selepas mengemukakan riwayat yang
disebutkan oleh Bukhari tadi begini "Agaknya Bukhari tidak memandang
hadis ini daif kerana beliau tidak mencacatkan seorangpun dari
perawi-perawinya.
6. Diriwayatkan dari Ali
bahawa Nabi SAW bersabda "Kiranya engkau ingin menjadi ahli syurga maka
nanti akan muncul satu golongan yang mendakwa cintakan engkau, mereka
membaca al-Quran tetapi pembacaannya tidak melampaui halkum mereka
(tidak meresap ke dalam hati), mereka dikenali sebagai Rafidhah.
Sekiranya engkau sempat menemui mereka, perangilah mereka kerana mereka
adalah golongan musyrikun" (Ali al-Muttaqi, Kanzu al-Ummal, j.11 hal
324). Selain dari hadis ini, Ali al-Muttaqi telah mengemukakan 13 hadis
yang lain berhubung dengan Rafidhah didalam kitab beliau yang tersebut
dibawah tajuk "ar-Rafidhah Qabbabahum Allah" (Golongan Rafidhah-Semoga
mereka dimurkai Allah)
7. Diriwayatkan dari
Ibnu Abbas katanya "Pernah aku berada disamping Nabi SAW bersamanya ada
Ali. Nabi SAW bersabda (kepada Ali) "Wahai Ali! Nanti akan muncul didalam
umatku satu golongan yang mendakwa cintakan Ahlul Bait. Mereka digelar
Rafidhah. Perangilah mereka kerana mereka adalah golongan musyrikun"
(Hafiz Nuruddin Ali bin Abu Bakr al-Haithami, Majma'u az-Zawaid wa
Manba'u al-Fawaid, j.10 hal 22)
8. Hafiz Ibnu Hajar
dalam "Ta'jilu al-Manfa'ah"(hal 14) juga mengemukaan hadis di atas dan
beliau tidak menyebutkan sebarang kecacatan didalam sanad hadis tersebut
(lihat Ta'liq dan Syarah al-Musnad oleh Syeikh Ahmad Muhammad Syakir,
j.2 hal 806)
9. Imam ad-Daraqutni,
Ibnu hajar al-haithami dan Imam Ibnu Taimiyyah juga telah mengemukakan
hadis diatas dengan sedikit perbezaan pada lafaznya. Untuk itu lihat
"as-Sawaa'iqu al-Muhriqah (hal 102) dan "as-Sharimu al-Maslul (hal
582-583)
Sumber : Syiah Rafidhah Diantara Kecuaian Ulama' Dan Kebingungan Ummah oleh Muhammad Asri Yusof halaman 36-39
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.