Ahad, 1 Disember 2013

#PemilihanUMNO2013: MESYUARAT SEMULA, HAMIDAH OSMAN MENANG

"Alhamdulillah, hari ini keadilan telah terbukti kerana keputusan telah memihak kepada  kami semua," - Datuk Hamidah Osman.
Pengerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), Datuk Hamidah Osman memenangi jawatan Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng dalam pemilihan semula semalam.
Hamidah yang juga bekas Ketua Penerangan UMNO Malaysia mendapat 173 undi, menewaskan pencabarnya Juliliyana Mohd Junid yang mendapat 131 undi.
Pada pemilihan 12 Oktober lalu, Juliliyana menang majoriti 20 undi apabila mendapat 163 undi menewaskan Hamidah yang ketika itu penyandang Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng yang meraih 143 undi.
Sementara itu, bagi jawatan Naib Ketua Wanita Bahagian Gopeng dimenangi Feridah Zakaria yang mendapat 159 undi menewaskan pencabarnya Che Ton Abd Rahman yang meraih 139 undi.
Pemilihan semula jawatankuasa Wanita UMNO Bahagian Gopeng diadakan atas arahan Jawatankuasa Pengurusan UMNO Pusat.
Hamidah ketika ditemui pemberita berkata, keputusan pemilihan Wanita UMNO Bahagian Gopeng sekali lagi  yang memihak kepadanya dan semua AJK Wanita bahagian jelas menunjukkan bahawa keadilan yang dituntutnya telah dibuktikan.
Hamidah berharap dengan pemilihannya sekali lagi sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Gopeng membolehkan beliau terus menjalankan tugas dalam perjuangan UMNO.
Beliau juga berharap perpaduan Wanita UMNO Bahagian Gopeng dapat terus dipupuk selepas ini.
"Saya tahu walaupun dalam pemilihan kali ini amat hebat, saya akan cuba sedaya upaya untuk membetulkan keadaan terutama dalam aspek perpaduan.’’ katanya.



○●○》YPS ~ Dengar cerita Pemuda UMNO Bahagian Gopeng pun menuntut mesyuarat semula. Apa dah jadi dengan UMNO ni??? 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..