Pengerusi YBU Holdings, Khairul Azwan Harun berkata sumbangan itu bertujuan menyokong projek-projek yang dilaksanakan YBU sejak dari tahun 2012.
Menurut Khairul, jumlah keseluruhan sumbangan itu adalah RM2 juta bagi tahun 2012, RM4.87 juta (2013) dan 5 juta bagi 2014.
Katanya sumbangan itu selaras dengan visi kerajaan negeri yang sentiasa membantu YBU yang merupakan entity korporat bertanggungjawab menjaga golongan keterbawahan di negeri ini.
“Kesemua sumbangan itu akan digunakan bagi menampung projek YBU seperti program “Infra Bina Upaya” dan juga ‘Ikhlas Bina Upaya” dan “Imarah Bina Upaya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek sumbangan di Hotel Casuarina, Meru Raya petang tadi.
Ketua Eksekutif YBU Datuk Ismail Saffian menerima cek itu.
Tambahnya, YBU Holdings turut berhasrat memberikan sedikit sebanyak sumbangan dalam empat bidang atau kumpulan penerima yang melibatkan aktiviti sukan, pendidikan dan juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“YBU Holdings amat komited dan mengambil berat tentang pembangunan rohani dan masyarakat terutamanya di negeri Perak,” katanya.
Dalam pada itu,pihaknya juga akan berusaha untuk merealisasikan cadangan Menara Bina Upaya tidak lama lagi di mana pembiayaan perolehan bangunan yang akan dijadikan ibu pejabat baru untuk semua kakitangan di bawah kumpulan YBU.
“In Shaa Allah, tidak lama lagi kita akan mendapatkan sebuah bangunan atau menara untuk YBU, cadangan sudah dibuat dimana kita akan beli Wisma Bougainvillea yang terletak bedekatan dengan UTC Ipoh dan juga Pasar Besar Ipoh yang merupakan milik Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
“Jika kita berjaya dapatkan bangunan 11 tingkat itu, saya rasa itu merupakan satu penanda aras bagi pencapaian YBU kerana berjaya memiliki menara sendiri,” katanya.
YPS ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Azwanbro, atas kejayaan beliau menjadikan YBUDR antara salah satu yayasan yang berjaya di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.