Topeng Populis Keprihatinan : DAP Sembunyi Agenda Perpecahan Rakyat
YPS tertarik dengan satu artikel di portal rakyatnews. Sesuatu yang BN perlu pandang berat. Seperti kata penulis tersebut, rasanya BN mengetahui akan hal ini. Tapi, mungkin kerana PRU 14 masih lama lagi, BN memejamkan mata.
Jom kita baca sama-sama baca dan fikirkan.
Tindakan licik puak DAP dan komponen-komponen sekutu mereka menakluki hati dan minda penduduk pedalaman di Sabah dan Sarawak perlu dipandang serius.
Mungkin pihak BN menyedari hal ini, tetapi tidak berapa dipandang serius, kerana menganggap PRU Ke-14 masih jauh di sebalik gunung, dan sementara itu tidak perlu bersusah payah mematahkan pergerakan seterunya.
Bagi BN, mungkin dirasakan kalau pun tiba waktu untuk bertarung, apa nak dikisahkan, kerana amalan bidan terjun melalui bantuan segera mudah menebus balik segala yang terlepas dari tangan.
Mungkin itulah persepsi sesetengah pihak dalam BN yang peka dengan strategi dalam pergelutan politik Sabah dan Sarawak.
Hakikatnya projek ‘Impian Sabah’ yang dimulakan sejak dari 30 November 2013 memakan masa tiga minggu untuk diselesaikan. Ia berupa penghantaran bantuan dan anggota sukarela ke tapak projek di Kampung Samparita Laut, Kota Marudu,Sabah.
Hasil penulisan mengenai inisiatif tersebut oleh Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua menggambarkan betapa keadaan getir yang terpaksa dilalui oleh anak-anak muda penyokong DAP dan ‘bukan DAP’ merentas hutan, menyeberangi sungai berbahaya dan pelbagai kepayahan sekadar untuk meringankan beban kehidupan penduduk pedalaman berkenaan.
Bagi Tony Pua, ia bukan usaha gotong-royong yang diertikan secara umum, tetapi perjuangan bagi meletakkan penduduk pedalaman yangdidakwa tersisih daripada landasan arus kehidupan dan pembangunan negara secara demokratik dan adil.
Apabila siap membina pelbagai infrastruktur asas, termasuk penyaliran air secara sistem graviti, pasukan sukarelawan DAP itu bersantai dengan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti sosial, termasuk ‘brain-washing’ ala Komunis untuk menanam dan meyakinkan penduduk betapa mereka tersisih dan ketinggalan, dan DAP yang kini tampil untuk benar-benar membantu mereka.
Kampung Samparita ,mempunyai jumlah penduduk sekitar 200 orang. Apa yang secara bersahaja diceritakan oleh Tony Pua, penduduk terpaksa meletakkan kereta mereka di satu tempat, mereka terpaksa meredah sungai untuk sampai ke perkampungan orang Dusun itu.
Kata kunci yang menyerlahkan keadaan sebenar, ialah ‘kereta’. Penduduk mempunyai kereta dan dikatakan begitu tersisih oleh kerajaan BN.
Tony Pua tidak pula mengupas tentang ratusan kampung seumpama itu yang berlokasi terpencil dan halangan geografi setempat.
Beliau tidak pula menyerlahkan tentang kampung-kampung lain yang sudah menikmati bantuan kerajaan BN. Jumlahnya lebih banyak daripada satu dua yang cuba ditonjolkan oleh DAP dan Tony Pua.
Inisiatif serupa DAP di Sarawak, memaparkan sebuah foto sukarelawan ‘Impian Sarawak’ yang menunjukkan tiang-tiang elektrik di belakang. Bagi yang mudah mempercayai segala asakan anti-establishmen, akan mudah terpengaruh dengan dakyah mereka itu.
Mudah sungguh bagi Tony Pua memencilkan masyarakat Dusun, Murut, dan Bajau sebagai kelompok rakyat yang disisih oleh kerajaan.
Dalam konteks ini, sesiapa yang celik hati dan mata di kalangan anggota masyarakat berkenaan akan tahu apa agenda sebenar DAP di Sabah dan Sarawak.
Mereka tahu mereka sebenarnya tidak disisihkan.
Inisiatif yang agak serupa dilakukan lebih kurang serentak berupa program “RM20 untuk Mengubah Sarawak” di Kampung Sait, Padawan, Kuching.
DAP mendakwa melakukan sesuatu yang ‘ikhlas’ dan ‘mulia’ untuk penduduk setempat –berbeza daripada usaha BN yang dilakarkan sebagai lakonan dan kepura-puraan demi meraih undi.
Di Kampung Gerik Ak Tom, Betong, Sarawak, DAP memainkan isu kaum apabila mengatakan rumah panjang di situ sudah 50 tahun tidak menikmati air paip, walhal perkampungan Melayu yang dikatakan berjiran mendapat bekalan air bersih.
Infrastruktur di kawasan berkenaan telah diwujudkan sejak PRU 13, tetapi walaupun janji ditabur oleh BN untuk menyediakan air bersih, namun hingga kini belum dilaksanakan, hinggalah inisiatif DAP ini muncul.
Sejurus kemudian dengar khabar pihak JKR memaklumkan akan menyambung Bekalan air dengan segera sebelum Krismas.
Apa kata pihak BN?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.