Sabtu, 28 Disember 2013

PEMUDA UMNO Msia KUTUK HIMPUNAN GULING KERAJAAN, DESAK @PDRMsia TAHAN DALANG - @Azwanbro @NajibRazak #pemudaumno





Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan pendirian mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran Perhimpunan Guling Kerajaan yang bakal dilakukan pada 31 Disember ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun memberitahu penganjuran perhimpunan itu bakal memberi kesan yang buruk kepada negara dan rakyat.

"Imej negara akan tercemar berikutan ia bakal dilaksana pada ambang tahun baru dimana ketika itu ramai pelancong asing akan turut sama berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita risau kerana majoriti rakyat menolak anasir sebegini bahkan Menteri Besar Kelantan pun menolak dakyah sebegini.

"Tetapi masih ada lagi segelintir dikalangan pemimpin pembangkang dimana mereka di dalam roadshow mereka mengajak orang ramai supaya sertai himpunan itu.

"Ia tidak patut kerana kita sudah tahu kesan dari himpunan ini boleh menggugat keamanan negara.

"Apatah lagi ia dilakukan pada ambang tahun baru dan ketika itu ramai pelancong, maka sudah tentu ia memberi kesan yang buruk dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat mahupun negara," katanya.

Menurut beliau, sebelum ini beberapa Pergerakkan Pemuda UMNO negeri dan bahagian-bahagian termasuk juga beberapa NGO telah membuat laporan polis terhadap hasutan daripada beberapa individu dan juga kumpulan yang cuba menyebarkan atau mengajak rakyat untuk menganjurkan himpunan tersebut.

Selain itu, beliau begitu gembira apabila dimaklumkan ada pihak berkuasa telah membuat beberapa tangkapan dengan pantas dan tegas telah dilakukan.

"Ini yang kita mahukan dan saya fikir, kita percaya dengan tindakan pantas pihak berkuasa tanpa memberi kompromi dan peluang.

"Sekiranya ada tindakan sebegini, polis tidak ada ambil masa lama untuk menahan individu berkenaan," katanya lagi.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..