Isnin, 9 Disember 2013

#BrigedKesatriaMuda: @Azwanbro Sertai Misi OPS Banjir Pemuda UMNO di Terengganu




Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun turut sama menyertai misi OPS Banjir Briged Kesatria Muda di beberapa Pusat Pemindahan Banjir di Terengganu.

Beliau dilihat bersama-sama dengan anggota sukarelawan Briged Kesatria Muda UMNO membantu melakukan kerja-kerja pembersihan selain menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir.



Pada 6hb Disember lalu, YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri Malaysia telah sudi melancarkan Fasa Kedua Ops Banjir Briged Kesatria Muda (BKM) di PWTC yang diketuai oleh Saudara Arman Azha Abu Hanifah yang juga merupakan Pengerusi BKM. Cerita lanjut pelancaran Ops Banjir, klik sini.

Ini bukan kali pertama Azwan turun padang membantu mangsa banjir. Ketika menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Perak, beliau bersama sukarelawan Pemuda Prihatin UMNO Perak turun padang membantu mangsa-mangsa banjir di Kuala Dipang, Perak. Selanjutnya di sini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..