Ahad, 1 Disember 2013

#PAU2013: PEMUDA UMNO BERI RUANG WAKIL LUAR BERBAHAS @Azwanbro #ZuriatUMNO

Sesi perbahasan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 4 Disember ini bakal menampilkan kelainan dengan membuka ruang penyertaan kepada wakil mahasiswa dan kelab UMNO luar negara.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, langkah itu memberi peluang yang lebih luas kepada pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan kelab UMNO luar negara untuk menyuarakan pandangan mereka.

"Biro Pendidikan Tinggi Pemuda UMNO telah diminta untuk mengenal pasti wakil IPTA tempatan yang akan diketengahkan untuk berucap pada sesi perbahasan itu nanti.

"Ini juga merupakan kali pertama wakil Kelab UMNO Luar Negara berbahas pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO," katanya kepada Utusan Online selepas melawat Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad 29hb November lalu.

Dalam perkembangan sama, beliau memberitahu, sesi perbahasan sayap tersebut akan diperkemaskan bagi mengelakkan berlaku pertindihan usul-usul yang bakal dibentangkan.

Sehubungan itu, Khairul Azwan, 37, menjelaskan, penyelarasan usul-usul berkaitan isu politik, ekonomi, pendidikan, agama dan sosial akan dibuat dalam mesyuarat Isnin ini. - UTUSAN ONLINE



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..