Isnin, 2 Disember 2013

TUN M LEPAS JAWATAN PENASIHAT PETRONAS, KEKAL PENASIHAT PROTON

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengesahkan beliau telah melepaskan jawatan sebagai Penasihat Petronas berkuatkuasa Ahad.

Dr Mahathir berkata surat perletakan jawatannya itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

"Saya serahkan (surat letak jawatan) kepada Perdana Menteri, dia lantik saya, kena bagi (surat) kat dia," katanya pada sidang media selepas jamuan makan tengah hari bersama delegasi luar negara yang menghadiri Forum Antarabangsa sempena Persidangan UMNO 2013.

Dalam sidang media itu, Dr Mahathir juga menegaskan beliau masih memegang jawatan sebagai penasihat Proton.

"Proton bukan (milik) kerajaan. Petronas (milik) kerajaan. Proton dimiliki oleh DRB-Hicom, milik Syed Mokhtar, kalau dia nak cerita masalah saya dengarlah" katanya lagi.

Dr Mahathir dilaporkan meletak jawatan sebagai penasihat Petronas atas nasihat doktor yang meminta beliau mengurangkan masa kerja di pejabat.

Mengulas prestasi Petronas, Tun menjelaskan dia berpuashati dengan dengan syarikat petroleum negara itu kerana berjaya meningkatkan keuntungan setiap masa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..