Sabtu, 14 Disember 2013

THE NELSON MANDELA REMEMBERED: @AZWANBRO BERUCAP MEWAKILI UMNO MALAYSIA


5hb Disember yang lalu, dunia dikejutkan dengan berita kematian bekas Presiden Afrika Selatan, Dr Nelson Mandela akibat jangkitan paru-paru.

Pemergian beliau pada usia 95 tahun itu merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja bagi rakyat Afrika Selatan, malah turut dirasakan oleh pemimpin-pemimpin seluruh dunia.

Dilahirkan pada 18 Julai 1918 di sebuah perkampungan kecil di timur Cape, Mandela dipanggil Madiba dalam kalangan masyarakatnya.

Antara jasa terbesar beliau adalah mengetuai perjuangan mengubah dasar aparteid yang menindas hak masyarakat kulit hitam di Afrika Selatan dan mengubahnya kepada demokrasi berbilang bangsa.

Malaysia turut sama berkongsi kesedihan pemergian tokoh tersebut dengan mengadakan satu acara memperingati beliau bertajuk "The Nelson Mandela Remembered: Tribute to and Celebration of Madiba's Life"  di Planery Theatre, Kuala Lumpur City Centre, semalam.

YAB Datuk Seri Najib Razak selaku Presiden UMNO Malaysia telah memberi kepercayaan kepada Khairul Azwan Harun untuk berucap mewakili UMNO Malaysia pada acara tersebut.

Acara yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tinggi Malaysia turut dihadiri oleh pegawai-pegawai diplomatik, pegawai kerajaan serta beberapa pimpinan tertinggi parti-parti politik di Malaysia.









Sekalung TAHNIAH dari YPS buat anak muda dari Pasir Salak ini kerana dipilih serta diberi peluang oleh YAB Presiden UMNO, untuk berucap mewakili UMNO Malaysia dalam sebuah acara memperingati seorang ikon dunia. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..