Selasa, 17 Disember 2013

KENAIKAN TOL: PEMUDA UMNO BANTAH KENYATAAN DS WAHID @AZWANBRO #PemudaUMNO


   

Seperti yang YPS katakan sebelum ini, jika ada cadangan untuk menaikkan sesuatu kadar harga barangan ataupun takrif, Pak Menteri yang terlibat mesti mengeluarkan satu kenyataan yang menyakitkan hati.

Terkini, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, pengguna boleh memilih jalan alternatif lain jika tidak bersetuju dengan kadar kenaikan tol yang akan bermula 2014 akan datang.

YPS lampirkan sama keratan kenyataan beliau seperti yang disiarkan oleh sebuah portal media Malaysia Insider.

Jika beliau tidak mengeluarkan kenyataan berikut, YPS cadangkan Tok Wahid buat repot Polis dan saman portal tersebut.

Bukan hanya YPS, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, turut mengkritik dan membantah saranan yang dikeluarkan oleh Tok Wahid. 

Azwan selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia turut memberi beberapa cadangan kepada kerajaan dan syarikat konsesi untuk dipertimbangkan bagi mengelakkan kenaikan tol yang membebankan rakyat.

Pemuda Umno semalam turut sama mengkritik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar atas saranannya kepada pengguna lebuh raya menggunakan jalan alternatif sekiranya tidak bersetuju dengan kenaikan tol. “Kami tidak bersetuju dengan kenyatannya. Beliau perlu lebih berhati-hati dengan apa yang dikatakan.  

Kenyataan itu memperlihatkan rasa tidak sensitif terhadap keperluan rakyat,” kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun dalam satu sidang media di Kuala Lumpur semalam. “Terpulang kepada rakyat untuk memilih dan jangan mengajar mereka,” katanya. 

Azwan berkata Pemuda Umno mempunyai beberapa cadangan yang dapat diteliti oleh Putrajaya dan syarikat konsesi.    
Salah satu cadangannya adalah syarikat konsesi mengurangkan tol melalui Tanggungjawab Korporat Sosial (CSR).  
“Kami tahu terdapat klausa dalam perjanjian membenarkan kerajaan mengurangkan harga. Apa yang kami tahu, hampir semua konsesi mendapat untung besar,” katanya. 
Media melaporkan kadar tol akan dinaikkan sebanyak 30 sen ke RM1.  
Khairul berkata peningkatan harga hanya dapat dipersetujui jika kajian mendalam dilakukan berhubung peningkatan trafik dan ramalan keuntungan sesebuah lebuhraya.  
“Lebuh raya seperti Lebuh Raya Baru Lembah Klang dan Lebuh Raya Damansara Puchong, tiada masalah untuk menjana keuntungan.  

“Mengapa syarikat konsesi tidak menunjukkan tanggungjawab mereka dan mengurangkan harga sebagai sebahagian daripada CSR?  Ia tidak terhad kepada sumbangan dan acara tahunan. Ini juga boleh dipraktikkan,” katanya.  
Khairul berkata Pemuda Umno turut mencadangkan kepada Putrajaya agar pengangkutan awam dikecualikan daripada kenaikan tarif elektrik. 
 
“Kerajaan mahu rakyat menggunakan lebih banyak pengangkutan awam akibat kenaikan harga minyak tetapi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pula mahu mengkaji tambang LRT dan monorel,” katanya.  

Beliau berkata Pemuda Umno hanya memberi tekanan kepada kerajaan berhubung isu berkaitan rakyat tetapi cadangan penyelesaian juga diberikan. 
YPS ~ Dah ler rakyat sakit hati dengan pelbagai kenaikan bersiri kerajaan, cakap pulak ikut sedap mulut dia. Macam mane le Pak Jib boleh lantik mamat ni. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..