Azwan berkata demikian dalam muatnaik status twitter beliau sebagai respon kepada penahanan Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan.
Ketua Pemuda UMNO Negeri Wilayah Persekutuan, Mohd. Razlan Muhammad Rafii dilaporkan telah ditahan pihak polis di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Wangsa Maju semalam berikutan insiden kekecohan ketika menyerahkan memorandum di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Pudu di sini pada 22 Mei lalu.
Beliau dilaporkan ditahan bagi memberi keterangan berhubung kekecohan yang berlaku pada kejadian tersebut.
Dalam tweet yang lain, Azwan berkata, Pemuda UMNO telah memberikan kerjasama yang baik dan mereka tidak mempertikaikan sebarang prosedur polis walaupun terpaksa menunggu agak lama.
Kenyataan ‘UMNO celaka’ yang diucapkan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) Seri Delima RNS Rayer dalam sidang DUN Pulau Pinang telah mencetuskan kemarahan di kalangan ahli-ahli UMNO dengan beberapa siri bantahan di Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuantan.
Susulan dari beberapa siri bantahan dan protes Pemuda UMNO, Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP Tan Kok Wai dan Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming menuntut Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin meminta maaf atas tindakan ahli Pemuda UMNO.
Azwan menuntut agar DAP perlu terlebih dahulu memecat RSN Rayer sebelum meminta Khairy Jamaluddin meminta maaf dan memecat ahli-ahli pemuda yang terlibat
“Rayer yang terlebih dahulu memulakan kontroversi ini dengan mengeluarkan perkataan 'Celaka UMNO ketika sidang DUN minggu lalu.
"Ia bermula dari ADUN DAP. Tidak ada gunanya untuk Pemuda UMNO mengambil tindakan ke atas mereka jika DAP sendiri tidak menghukum ADUN mereka yang memulakannya, "katanya kepada The Malay Mail Online.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.