Selasa, 27 Mei 2014

Presiden @partiGerakan Tolak Lantikan Senator Jika Kalah # PRKTelukIntan #BN4TI #MahSiewKeong

Ini satu pertaruhan kepada masyarakat Cina Teluk Intan, jika mereka mahu ada suara dalam kerajaan, pilih calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Semuanya kerana Presiden Gerakan itu sudah menetapkan fikiran, samada jadi menang pilihanraya kecil dan kemudian dilantik jadi Menteri, atau kekal berada di luar Kabinet.

Beliau menolak dakwaan pembangkang bahawa akan dilantik menjadi Senator sekiranya beliau kalah pada PRK kali ini. 

Datuk Mah berkata beliau hanya mahu menjadi ahli parlimen demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan kawasan ini.

Cakap-cakap konon akan dilantik senator itu dakwa beliau merupakan taktik pembangkang mempengaruhi pengundi di Teluk Intan.

"Setiap malam pembangkang sering menyerang saya dengan mengatakan saya akan menjadi senator semasa mereka mengadakan sesi ceramah. Saya mahu menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan supaya saya boleh berkhidmat untuk masyarakat di sini.

"SAYA TEGASKAN JIKA SAYA KALAH SAYA TIDAK AKAN MENJADI SENATOR. SAYA TIDAK AKAN MENGGUNAKAN JALAN BELAKANG UNTUK MENJADI MENTERI. ~ Calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kempen DAP yang mendakwa jika calon DAP menang, penduduk di kawasan Parlimen Teluk Intan tidak akan rugi kerana calon BN boleh dilantik menjadi Senator dan mempunyai suara di Parlimen.

Menurutnya, jawatan bagi seseorang Senator hanya berkuasa di peringkat Persekutuan dan tidak mempunyai kawasan khusus untuk berkhidmat. 

"Jika saya menjadi senator,
bagaimana saya mahu menolong masyarakat di sini? Jawatan senator hanya berkuasa di peringkat persekutuan. Senator tidak mempunyai kawasan khusus untuk berkhidmat.


"Saya mahu menjadi Ahli Parlimen kerana saya boleh melakukan pelbagai perubahan untuk kawasan ini. Saya mahu membantu untuk golongan miskin, ibu tunggal," tegasnya.

Berikutan itu, beliau melahirkan harapan untuk menjadi ahli parlimen bagi memenuhi hasrat beliau untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan dan menjaga keharmonian penduduk di kawasan Parlimen itu.

"Saya berhasrat untuk mewujudkan satu dana khas untuk membantu warga miskin, kurang upaya dan ibu tunggal. Itulah harapan saya untuk warga Teluk Intan.

"Saya yakin bahawa saya boleh memimpin Teluk Intan ke satu bandar yang lebih membangun, ke satu bandar di mana golongan miskin dijaga, ke satu bandar di mana kita dapat duduk selesa dan berkerjasama. Itulah harapan saya," katanya.

PRK kerusi Parlimen Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud.-27/5/2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..