Isnin, 19 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Pengundi Muda Disaran Utamakan Pengalaman Dato' Mah Siew Kong - @KhairyKJ @azwanbro. #pemudaUMNO


Pengundi muda Parlimen Teluk Intan disarankan supaya tidak memandang usia sebagai faktor sokongan sebaliknya pengalaman calon Barisan Nasional (BN) Dato' Mah Siew Kong sebagai wakil rakyat perlu diutamakan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata walaupun pihak pembangkang memilih calon dikalangan golongan muda namun ia tidak bermakna Dato' Mah tidak layak untuk diundi.

“Pengaruh dan pengalaman Mah sebagai wakil rakyat DUN Pasir Berdamar serta Ahli Parlimen Teluk Intan selama 2 penggal melayakkan beliau sebagai calon yang paling tepat untuk diberi undi.

"Pemuda UMNO memberi sokongan 100 peratus kepada Dato' Mah dan yakin pertimbangan pengundi di Teluk Intan ini adalah kepada calon yang boleh berkhidmat dan mampu selesaikan masalah rakyat Teluk Intan.

"Malah, sebagai anak jati kelahiran Teluk Intan beliau lebih memahami apakah cabaran yang dihadapi oleh pengundi di Teluk Intan," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN, Teluk Intan.

“Mah juga mempunyai pengalaman di peringkat persekutuan sebagai Timbalan Menteri selama dua penggal,” tambah Khairy.

“Sudah pasti pengundi di Parlimen Teluk Intan mahu seorang pemimpin yang bukan hanya mempunyai pengaruhnya di Teluk Intan sahaja tetapi mempunyai pengaruh di peringkat persekutuan.

"Kalau sekiranya Mah menang, beliau adalah Presiden parti komponen, jadi pengaruh beliau dengan kerajaan negeri dan pusat adalah cukup besar.

"Jadi, sekiranya pengundi Teluk Intan yang sudah lima tahun dibawah parti DAP mahukan satu perubahan untuk menangani isu-isu tempatan maka undilah calon BN kita," katanya lagi.

Dalam usaha untuk membantu calon BN di PRK Teluk Intan, Pemuda UMNO akan menganjurkan pelbagai program termasuk ceramah, program santai dan juga lawatan rumah ke rumah.

Ini supaya katanya, Mah mendapat sokongan daripada majoriti pengundi muda dibawah umur 40 tahun yang ada di Parlimen Teluk Intan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..