Isnin, 12 Mei 2014

#PRKBukitGelugor: Pertandingan 4 Penjuru - SPR

Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei ini bakal menyaksikan pertandingan empat penjuru.

Pertandingan empat penjuru itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Anuar Yahya di Pusat Penamaan Calon PRK Parlimen Bukit Gelugor di Dewan Sri Pinang pagi tadi.

Calon DAP, Ramkarpal Singh Deo, 38, akan bersaing dengan calon Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan yang juga Naib Presiden parti serta dua calon Bebas, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar dan Abu Bakar Sidek Mohd Zan. 

MCA yang sepatutnya mewakili Barisan Nasional, BN memutuskan untuk tidak meletakkan calon.

Seorang lagi individu yang hadir ke pusat penamaan calon, Lim Chee Koon, gagal menyerahkan borang pencalonannya dalam tempoh ditetapkan. 

Difahamkan, wang deposit tidak dihantar kepada beliau yang sepatutnya mewakili Penang Front Party, iaitu gabungan 44 Badan Bukan Kerajaan, NGO.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas kematian penyandangnya Karpal Singh pada 17 April lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..