Ahad, 25 Mei 2014

UMNO Bukan Parti Celaka, #UMNO Pejuang Kemerdekaan Malaysia - @AhmadMaslan @KhairyKJ @azwanbro @limkitsiang #PRKTelukIntan #BNYouthStreetFiesta



Kalau UMNO ini parti celaka, negara Malaysia ini masih belum merdeka lagi sampai sekarang, kerana parti UMNOlah yang memperjuangkan kemerdekaan negara Malaysia.

Perkara tersebut ditegaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia YB Dato' Haji Ahmad Maslan ketika berucap dihadapan seribu pengunjung Program BN Youth Street Fiesta anjuran Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung di Dataran Menara Condong Teluk Intan malam tadi.

Ahmad Maslan membidas tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer yang menuduh UMNO sebagai parti celaka ketika berucap di Sidang DUN Pulau Pinang, minggu lalu.

Setelah mencetuskan kontroversi dengan menggunakan perkataan 'UMNO celaka' dalam sidang dewan, Rayer sekali lagi menunjukkan kebiadapannya apabila mengulangi celaan liarnya itu di dalam ceramah terbuka DAP.

Yang mengisi kemerdekaan Malaysia adalah Presiden UMNO, bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib Abdul Razak.

Ahmad Maslan menambah, kesemua Perdana Menteri tersebut adalah Presiden UMNO dan seandainya mereka ini datang dari parti celaka, Malaysia ini sudah hancur lebur.

“UMNO bukan parti celaka, UMNO telah memajukan negara ini... UMNO telah meletakkan negara ini berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan negara-negara lain di seluruh dunia ini.

Beliau turut mengingatkan bahawa UMNO mengetuai Barisan Nasional, daripada 133 kerusi BN, UMNO memiliki 88 kerusi di Parlimen.

“Jangan kata UMNO celaka kerana pemimpin UMNO, menteri UMNO, timbalan menteri UMNO, menteri besar UMNO memajukan negeri dan negara bersama rakan-rakan parti komponen Barisan Nasional yang lain,” tegas beliau lagi.

Ahmad Maslan berulang kali mengingatkan agar pemimpin DAP tersebut menarik balik perkataan celaka dan meminta maaf kepada 3.4 juta ahli berdaftar UMNO.

“Jangan cuba menimbulkan kemarahan kerana parti UMNO ada 3.4 juta orang Melayu seluruh negara yang mendaftar sebagai ahlinya.

Menurut Ahmad Maslan, sepatutnya kepala DAP yang mengetuai kempen di Teluk Intan ini menasihatkan beliau supaya tarik balik kata celaka itu. 

“Lim Kit Siang! minta ADUN kamu tarik balik perkataan itu! Lim Guan Eng, minta ADUN kamu tarik balik perkataan itu! Dyana Sofya, minta kawan kamu tarik balik segala kata-kata celaka itu!!!

Mengambil contoh situasi negara Thailand, Ahmad Maslan menyifatkan apa yang dilakukan oleh ADUN DAP ini sebagai satu cubaan merosakkan keamanan dan kedamaian negara ini.

“Kita tidak mahu Malaysia jadi seperti Thailand, berhimpun warna merah, jatuh pemerintahan warna kuning. Berhimpun warna kuning, jatuh pemerintahan warna merah... berhimpun pelbagai warna, akhirnya pemerintahan diambil alih oleh tentera.

Ahmad Maslan yang juga Timbalan Menteri Kewangan turut membandingkan pertumbuhan ekonomi Malaysia sepanjang 4 bulan pertama meningkat sebanyak 6.2 peratus, jauh lebih baik berbanding banyak negara.

“Perkembangan ekonomi di Thailand, -0.5%, itu akibatnya apabila negara porak poranda dan huru hara.

“Namun, dibawah Perdana Menteri Presiden UMNO, dibawah Timbalan Perdana Menteri Timbalan Presiden UMNO yang mengepalai Barisan Nasional bersama Gerakan, MCA, MIC dan lain-lain parti komponen, aman damai Malaysia ini," katanya mengakhiri ucapan beliau.

YB Dato' Ahmad Maslan turut berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang pertandingan sebelum meninggalkan majlis untuk melawat beberapa Bilik Gerakan PDM seperti yang telah dijadualkan.


ADUN Rungkup YB Dato' Shahrul Zaman Yahya, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak Khairul Anuar Mohd Nor serta EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berada di tapak program dan turut serta dalam beberapa aktiviti, antaranya menaiki kereta 'drift'.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..