Menurut beliau, bersempena ulang tahun UMNO yang ke 68 pada 11 Mei ini, penyatuan dan komitmen kepada perjuangan UMNO dalam menegakkan syiar Islam, memajukan bangsa Melayu dan untuk membangunkan negara ini amat penting dan ianya dapat direalisasikan dengan memikul bersama tanggungjawab tersebut.
“Saya berharap anak-anak muda terutamanya ahli-ahli Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, akan terus komited kepada perjuangan kita, yang sehingga ke hari ini masih lagi belum selesai dan penuh dengan cabaran dan pelbagai dugaan hari ini.
“Komitmen di dalam perjuangan inilah yang akan melahirkan satu generasi bangsa Melayu yang cemerlang dan yang akan mewarisi kepimpinan negara kita pada masa yang akan datang,” kata beliau kepada UMNO-Online di sini.
Justeru itu, beliau yang mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengucapkan selamat hari ulang tahun UMNO yang ke 68 kepada seluruh ahli UMNO di semua peringkat.
“Semoga perjuangan agama bangsa dan negara dapat kita teruskan dari generasi ke generasi untuk memastikan bahawa syiar agama, martabat bangsa dan maruah negara dapat terus kita pertahankan pada masa akan datang,” ujarnya. -MediaUMNO
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.