Selasa, 20 Mei 2014

#PRKTelukIntan: #PemudaBN Tubuh Jawatankuasa Bertindak Perjelas #GST - @KhairyKJ @NajibRazak @Azwanbro. @JamawiJaafar


Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) menubuhkan sebuah jawatankuasa bertindak bagi menerangkan secara jelas kepada rakyat berkaitan isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimanipulasi parti pembangkang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, berkata ini kerana sesi penerangan yang dilaksanakan oleh agensi kerajaan sahaja tidak mencukupi.

Katanya lagi, ‘political treatment’ diperlukan bagi menjelaskan isu GST sekaligus menjawab dan menepis segala tohmahan yang dilemparkan pihak pembangkang.

Banyak program penerangan GST yang dianjurkan parti lawan mengelirukan rakyat dan ini sudah pastinya menyebabkan mereka memperoleh maklumat yang tidak tepat” - Khairy

Mengulas lanjut, Khairy berkata, jawatankuasa bertindak itu akan dipengerusikan oleh Ketua Biro Penerangan Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar.

Beliau berkata lagi, jawatankuasa itu juga dianggotai beberapa biro antaranya media sosial, profesional dan ekonomi yang mana ahli jawatankuasa akan berbincang untuk menjayakan kempen terbabit.

“Kempen yang akan dilancarkan dalam masa terdekat dan dipelopori oleh Pemuda UMNO ini bukan sahaja membabitkan siri ceramah umum tetapi juga penerangan secara aktif di laman media sosial,” katanya lagi pada sidang media selepas mesyuarat Exco Pemuda Malaysia di Bilik Gerakan Induk Pemuda BN, petang semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, jentera Pemuda BN katanya, akan mempraktikkan pendekatan santai dan lawatan dari satu ke rumah untuk mendekati lebih 20,000 pengundi Teluk Intan yang berumur bawah 40 tahun.

Ulasnya, Pemuda BN menyokong 100% calon BN pada PRK Parlimen Teluk Intan ini, selain anak jati Teluk Intan, Dato' Mah Siew Keong juga lebih dikenali masyarakat tempatan berbanding calon lawan, Dyana Sofya Mohd Daud.

“Jika BN menang, pengaruh antara kerajaan negeri dan Pusat akan lebih kuat dan untuk menyelesaikan masalah tempatan dan kadar jenayah yang tinggi, usaha dan kerjasama daripada kerajaan Pusat amat diperlukan,” terangnya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..