Khamis, 22 Mei 2014

#PRKTelukIntan: #PemudaUMNO Tidak Anggap @dyanasmd Ancaman, Calon #BN Berkredibiliti - @KhairyKJ @azwanbro @tankengliang @partiGerakan #BN4TI #TelukAnson


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia tidak melihat Dyana Sofya Mohd Daud‎ sebagai ancaman kepada ‎Barisan Nasional (BN) kerana calon DAP bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan itu hanyalah sebilangan kecil Melayu yang menyertai DAP.

"Kami tidak terjejas buat masa ini. Saya tidak lihat ribuan orang Melayu menyertai DAP‎. Dyana hanyalah seorang daripada bilangan yang sangat sedikit golongan muda Melayu sertai DAP,” tegas Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar semasa sesi ‘Walkabout’ bertemu pengundi di Medan Selera dan Pasar Malam berhadapan Menara Condong Teluk Intan, malam tadi.

“BN tidak sesekali berasa tergugat dengan Dyana kerana Dato' Mah Siew Kong adalah orang tempatan yang mampu memenangi PRK ini.

"Ini tidak mengancam kami dan apa yang penting di Teluk Intan, kami membawa calon berkredibiliti dari parti kami.

“Okay tak???" YB Khairy bergurau dengan Kohilan ketika mencuba cermin mata yang dijual di Pasar Malam Pekan Teluk Intan, malam tadi.
Khairy berkata, walaupun DAP menampilkan calon muda untuk berdepan dengan Mah, tetapi presiden parti Gerakan itu dapat memberikan apa yang diperlukan oleh penduduk Teluk Intan.

Katanya, pengundi muda pada hari ini lebih bijak membuat pertandingan dan tahu siapakah yang lebih layak untul dipilih sebagai wakil rakyat di kawasan itu.

“Apa yang dia (Dyana) buat, itu masalah dia. Saya fikir kami ada calon yang boleh menang dan calon yang diyakini oleh orang di Teluk Intan mampu membawa perubahan di kawasan ini.

“Tak semestinya calon muda akan mendapat sokongan orang muda. Itu cuma andaian sahaja. Saya percaya anak muda di Teluk Intan akan melihat kepada kedudukan keseluruhan,” katanya.

Dato' Mah turut menyertai YB Khairy turun padang bertemu pengundi terdiri dari para peniaga dan pengunjung Medan Selera dan Pasar Malam tersebut.


Turut sama, Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda BN Khairul Azwan Harun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, Pengerusi MCA Perak Dato' Dr Mah Hang Soon dan Naib Presiden Gerakan Mr A. Kohilan Pillay.

Apa yang YPS perhatikan, setiap mereka yang ditemui dengan ikhlas menyatakan kesediaan untuk memberi undi kepada Dato' Mah pada hari pengundian yang akan diadakan pada 31hb Mei nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..