Jumaat, 9 Mei 2014

#PRKTelukIntan: #PEMUDAUMNO Siap Siaga - @azwanbro @khairykj @NajibRazak @ZambryAbdKadir #BN4TelukIntan


“Pemuda UMNO siap siaga hadapi PRK Parlimen Teluk Intan walau siapapun calonnya,” Tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dalam suatu pertemuan bersama kepimpinan Pemuda BN di Ipoh.

Pertemuan rasmi itu melibatkan Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Hairul Anuar Mohd Noor serta beberapa ketua pemuda parti komponen.

“Pemuda UMNO tidak pertikai sesiapapun calon yang dipilih oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN). Kami hanya menunggu masa sahaja.

Menurut Azwan yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO negeri, Pemuda UMNO Perak yang diketuai oleh Saudara Hairul Anuar juga telah menyatakan kesediaan mereka mendepani PRK kali ini iaitu pertama di Perak.

Azwan turut berkata, “Soal Teluk Intan menjadi kubu parti tertentu tidak penting kerana rakyat perlu diberi pilihan.”

"Yang penting ialah Barisan Nasional, terutama wadah Pemuda, kita bersedia untuk membantu calon dan parti bagi memenangi mana-mana kerusi yang melalui PRK.


"Semuanya bersedia, tunggu masa sahaja, apabila semboyan ditiup, bila-bila masa sahaja kita turun menggerakkan jentera-jentera seperti yang telah kita buat waktu PRK Kajang tempohari," ujarnya.

Pemuda BN akan bergerak secara kolektif untuk berkempen dan menyusun strategi “perang” bagi merampas kawasan parlimen ini dari tangan pembangkang.

Beliau optimis peluang di Teluk Intan jauh lebih baik berbanding di Bukit Gelugor.

"Kita ingin melihat calon yang lebih mampu, berdisiplin dan komited untuk menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat, apatah lagi sekiranya datang daripada parti pemerintah.


"Yang penting, Pemuda BN Malaysia dan Perak cukup bersedia untuk menghadapi kempen PRK Teluk Intan, dah lama bersedia, punya gerak kerja yang konsisten, terutama di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir," katanya. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengadakan mesyuarat khas semalam dan keputusan tarikh pencalonan serta pengundian telah diumumkan. (KLIK)

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses penamaan calon pula akan diadakan pada 19 Mei manakala pengundian akan diadakan pada 31 Mei nanti.

PRK itu diadakan ekoran kematian penyandangnya mendiang Leoh Seah Leong Peng, 48 tahun yang meninggal dunia akibat penyakit barah di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Kuala Lumpur pada kira-kira pukul 7.45 pagi 1 Mei lalu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..