YB Khairy bersama Dato' Reezal Merican di Kepala Batas |
Khairy dan Azwan di Mesyuarat Jawatankuasa Jentera Induk #PRKTelukIntan di Menara Dato' Onn, Khamis lalu. |
"Walaupun nasib tidak menyebelahi beliau (Mah) pada pilihan raya umum lepas, saya yakin bahawa dari segi pemahaman mengenai masalah tempatan di Teluk Intan, beliau adalah calon yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.
Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, yakin pengundi di kawasan itu mengenali ahli politik berusia 53 tahun itu sekali gus akan memberi sokongan kepada calon BN itu.
Ditanya mengenai DAP yang mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud iaitu setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang, Khairy berkata: "Sudah jelas ini adalah taktik DAP dan kami tidak bimbang. Kami rasa kami masih ada sokongan kuat khusus di Changkat Jong."
"Kami mempunyai jentera kuat di sana dan yakin pengundi Melayu di Changkat Jong akan terus memberi keyakinan dan sokongan kepada calon BN," katanya.
Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun turut mempunyai pandangan yang sama.
Melalui muat naik status twitter beliau, Azwan berkata Dato' Mah Siew Keong bukan asing buat pengundi Parlimen Teluk Intan.
Menurut Azwan lagi, sepanjang dua penggal menjadi wakil rakyat Parlimen tersebut, rekod khidmat bakti beliau amat ketara.
“Rakyat perlukan beliau semula, ” kata Azwan dalam status twitternya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.