Rabu, 28 Mei 2014

#MalamCintaRasul Sempena Sambutan #IsrakMikraj Anjuran #PemudaUMNO Msia #TelukIntan @azwanbro

Malam ini bertempat di Arena Square Teluk Intan, telah diadakan Program Malam Cinta Rasul sempena sambutan Israk Mikraj yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun serta pimpinan sayap UMNO turut meluangkan masa bersama hampir 2000 warga muda Teluk Intan berselawat memuji Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Majlis yang bermula selepas solat Isya' ini dipimpin oleh kumpulan nasyid terkemuka tanahair, In-Team.

Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk mengingati dan sebagai tanda kasih sayang kepada Rasulullah SAW selain mengenang peristiwa Baginda diangkat naik untuk bertemu Allah SWT.

Seperti kita sedia maklum, peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.

Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Sambutan yang diadakan Pergerakan Pemuda UMNO ini merupakan lambang kesatuan umat Islam disamping mengembalikan mereka agar sentiasa hampir dengan roh ajaran dan perjuangan Baginda.

Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil turut diadakan atas kemangkatan Al Marhum Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan


Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.

Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..