Bekas penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan selama dua penggal, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun berjanji akan berkerja keras untuk merampas semula kerusi tersebut daripada DAP pada PRK kerusi itu, 31 Mei ini.
Azwan menyambut ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Teluk Intan. |
"Saya harap dalam tempoh dua minggu semua jentera parti komponen BN dapat bekerjasama bagi memastikan kemenangan," katanya pada majlis pengumuman calon dan Pelancaran Jentera BN oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri di Rumah Rehat Teluk Intan semalam.
“Jika kita (parti-parti komponen BN) bekerjasama kita boleh menang, tetapi tidak hanya melalui saya dan pemimpin (BN) atas pentas ini... yang akan menentukan kemenangan adalah saudara saudari, kemenangan (BN) adalah di tangan anda” Mah Siew Kong, calon BN #PRKTelukIntan.
"(Jika) BN menang, bukan Mah hebat tetapi BN di Teluk Intan hebat, UMNO..., MIC..., MCA..., Parti Progresif Penduduk (PPP)... dan Gerakan... hebat," kata bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu.
Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.
Baca juga ~ Pemuda BN Siap Sedia Hadapi PRK Teluk Intan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.