DYTM Raja Dr Nazrin Shah, diputerakan pada 27hb November 1956 merupakan putera sulung Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. |
Raja Iskandar Zulkarnain akan ditabalkan sebagai Raja Muda Perak yang baru, manakala Raja Jaafar Raja Muda Musa sebagai Raja Dihilir.
Raja Dr Nazrin Shah, 58 tahun merupakan Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali.
Baginda berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
Raja Dr Nazrin ketika berucap di Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia 2011. Klik SINI untuk teks ucapan penuh baginda. |
Hasil perkahwinan, baginda dikurniakan seorang putera dan seorang puteri iaitu Yang Mulia Raja Mudzaffar Azlan Shah dan Yang Mulia Raja Nazira Safya Shah.
Upacara pengisytiharan perlantikan Sultan Perak yang baru dijadualkan berlangsung jam 2.30 petang, sebelum upacara adat istiadat Pemakaman DiRaja Almarhum Sultan Azlan Shah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Pihak admin yop-pasirsalak.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen di sini.
Semua pelawat dianggap setuju dengan semua syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh pihak kami dan kami tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang komen yang diutarakan.