Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan

Ahad, 3 Ogos 2014

Majlis Aidilfitri NKPUM @azwanbro Diserikan Dgn Penyerahan Dana RM20K #PemudaUMNO Utk #TabungBantuanPalestin #MediaPrima @NajibRazak @KhairyKJ @ZambryAbdKadir @YBUDR #YTPS

Penyerahan sumbangan dana kutipan Pemuda UMNO sebanyak RM20 ribu kepada wakil Media Prima untuk mengisi Tabung Bantuan Palestin Media Prima menyerikan lagi Majlis Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Hampir tiga ribu lebih tetamu dari pelbagai lapisan masyarakat berbilang kaum hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan di Ipoh, semalam.
Ketibaan Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir.

Artis terkenal tanahair, Iqram Dinzly dan Fizo Omar.
Majlis yang bermula pada jam 2 petang tersebut turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri Perak YB Dato' Zainol Fadzi Paharuddin, Barisan EXCO Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak, kepimpinan Pemuda UMNO Negeri dan pusat serta pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) Negeri dan Pusat.


YB Leong turut naik ke pentas untuk bersama pemimpin BN memotong pulut kuning dan memasukkan sumbangan peribadi beliau untuk Tabung Bantuan Palestin.
ADUN Malim Nawar YB Leong Cheok Keng dari parti DAP turut memenuhi jemputan Azwan selain beberapa orang artis terkenal seperti Fizo Omar dan Iqram Dinzly.

Pada majlis tersebut, Pergerakan Pemuda UMNO turut menyampaikan cek sumbangan bernilai RM20 ribu kepada wakil Media Prima bagi mengisi Tabung Bantuan Palestin Media Prima.

Menurut Azwan, Pergerakan Pemuda UMNO berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM20 ribu untuk disumbangkan kepada Tabung Bantuan Palestin Media Prima.

"Dana tersebut adalah hasil sumbangan YBU Holdings Sdn Bhd, Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Yayasan Nur Ikhlas dan Persatuan RedColor," katanya.

"Pemuda UMNO akan meneruskan usaha mengutip derma untuk membantu saudara seagama kita yang Zmenjadi mangsa kekejaman Israel.

"Hari ini kita sekali lagi menggerakkan tabung kutipan bantuan tersebut dan ianya akan berterusan dan dana terkumpul akan disalurkan kepada Media Prima bagi tujuan tersebut," katanya pada sidang media di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Ipoh.


Menjawab soalan wartawan berkaitan krisis yang melanda Selangor, Azwan menyatakan pendirian bahawa Pemuda UMNO Malaysia bersikap tidak mengambil tahu masalah yang berlaku di negeri tersebut.

Tambah beliau lagi, kepimpinan Barisan Nasional mempunyai banyak peranan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

"Isu di Selangor, saya rasa ini adalah masalah dalaman mereka jadi kita di BN tidak perlu masuk campur.

"Kita ada tugas kita, kepimpinan Perdana Menteri mempunyai banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu kita selesaikan terhadap rakyat dan negara," ujarnya.

Jelas beliau lagi, bukan peranan dan tanggungjawab kepimpinan UMNO untuk menyelesaikan masalah dalaman Pakatan Rakyat di Selangor.


Azwan bersama Saudara Thinalan Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan.
"Biarlah rakyat negeri Selangor dan Malaysia keseluruhannya membuat penilaian," katanya lagi.

Azwan berterima kasih atas kesudian orang ramai meluangkan masa menghadiri Majlis Rumah Terbuka yang dianjurkannya bersama Pergerakan Pemuda UMNO Perak serta Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.


Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin bergambar bersama ahli Yayasan Transformasi Pasir Salak di Majlis Aidilfitri Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Lagi gambar sekitar majlis, klik di SINI.

Jumaat, 1 Ogos 2014

JEMPUT HADIR: Majlis Rumah Terbuka Naib Ketua #PemudaUMNO Msia @azwanbro @zambryabdkadir @YBUDR #Aidilfitri #YTPS


Rakyat dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun yang akan berlangsung ESOK 2hb OGOS 2014 bersamaan 6 SYAWAL 1435H.

Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri tersebut akan diadakan di alamat No 9, Persiaran Gopeng 3, Taman Golf, 31350, Ipoh, Perak bermula dari pukul 2 petang sehingga jam 6 petang.

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir dijadualkan hadir dan dijangka tiba sekitar jam 3.30 petang.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Ahad, 27 Julai 2014

Hari Raya Aidilfitri 1435H ESOK - Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja #SalamAidilfitri


Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidilfitri esok, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad seperti yang disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM), malam ini.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Isnin, 28 Julai 2014," katanya.

Tarikh itu ditetapkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara.

Jumaat, 27 Jun 2014

#KPDNKK Senarai 18 Barangan Harga Terkawal Sempena #Aidilfitri

Sebanyak 18 jenis barangan dikenal pasti untuk dijadikan barangan kawalan di bawah Skim Kawalan Harga Sempena Aidilfitri.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, D‎atuk Seri Hasan Malek berkata, skim ini akan mengambil tempoh selama 17 hari dan akan bermula dari 20 Julai sehingga 5 Ogos depan.

"Seperti tahun-tahun sebelum ini, menjadi kelaziman kementerian untuk menentukan harga maksimum bagi barang keperluan terpilih.

"Ia dimulakan lebih awal sebagai langkah untuk menyekat kenaikan harga semasa Ramadan dan menjelang Hari Raya Puasa," katanya.

Antara barangan berkenaan adalah ayam hidup, ayam standard, ayam super, daging lembu tempatan, daging lembu import (harga maksimum di Sarawak sahaja), daging kerbau import, telur ayam gred A, B, C, cili merah dan tomato.

Barangan lain adalah kelapa biji, kelapa parut, bawang merah kecil (India), bawang besar import, bawang putih (China), ubi kentang import (China) dan ikan kembung termasuk ikan mabung (berat antara tujuh hingga 10 ekor sekilogram).

Hasan sebelum ini berkata, ‎sebanyak 1,800 pegawai penguat kuasa dan 800 pegawai pemantau harga akan turun padang bagi memastikan kelancaran penguatkuasaannya di seluruh negara.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..