Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun melalui kemaskini laman twitter miliknya berkata, bila ada pemimpin politik minta bantuan luar untuk pertikai sistem perundangan dan demokrasi negara, apakah prinsip politiknya?
Beliau berkata demikian berikutan twitter Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang menyatakan kebimbangan pihaknya berikutan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengekalkan Akta Hasutan 1948.
Dengan mempergunakan hubungan baik antara kedua-dua negara, Biden mempertikai keputusan Perdana Menteri mengekalkan Akta Hasutan yang menurutnya sebagai satu cara kerajaan menyekat pembangkang selain cuba mempengaruhi keputusan rayuan kes liwat Ketua Pembangkang.
“Ketika hubungan antara Amerika Syarikat-Malaysia berkembang, penggunaan sistem perundangan dan Akta Hasutan oleh kerajaan Malaysia untuk menyekat pembangkang menimbulkan persoalan tentang kedaulatan undang-undang,” katanya.
Biden juga mahu Malaysia membuktikan ketelusan sistem kehakiman dan perundangannya semasa membuat keputusan kes Liwat II melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kes rayuan Anwar Ibrahim peluang penting buat Malaysia membetulkan keadaan dan menunjukkan keyakinan terhadap sistem demokrasi dan badan kehakimannya,” katanya.
Anwar Ibrahim turut berkongsi twit Biden di laman facebook beliau dengan mengucapkan terima kasih atas sokongan Biden terhadap kes liwatnya.
Dalam twitter yang lain, Azwan menyifatkan Biden merupakan salah seorang pemimpin Amerika yang berjaya ditipu oleh Anwar Ibrahim dan kuncu-kuncunya.


.jpg)
.jpg)

.jpg)

.jpg)

















