Memaparkan catatan dengan label PLUS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PLUS. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

VIDEO: Karpal Singh Maut Dalam Kemalangan di KM 306.1 PLUS


Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 305 lebuhraya utara selatan menghala ke utara kira-kira pukul 1.30 pagi tadi.


Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.


Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.


Turut terkorban ialah pembantu beliau, Michael Cornandez


Walaubagaimanapun, pemandu kenderaan, pembantu rumah serta anak beliau, Ram terselamat.


Isnin, 3 Februari 2014

Trafik Perlahan, Sesak Menuju Ibu Negara, Hati Hati Memandu @plustrafik @LLMinfotrafik

Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) menghala ke ibu negara dilaporkan mula perlahan dan sesak tengah hari ini ketika orang ramai pulang susulan cuti sambutan Tahun Baharu Cina dan Hari Wilayah.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad ketika dihubungi Bernama berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga malam Isnin.
Menurutnya, kesesakan lalu lintas berlaku di laluan Port Dickson ke Hentian Rehat & Rawat (R&R) Seremban, sebelum Tol Juru menuju ke Tambun, Kuala Kangsar ke R&R Sungai Perak, dan dari Ipoh ke Simpang Pulai.
Lokasi lain ialah sebelum masuk Terowong Menora ke Ipoh, Gopeng ke Tapah, Bidor ke Slim River dan dari Rawang ke Rawang Selatan.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik sesak dan perlahan di Port Dickson menghala ke Nilai, dari Tol Juru ke Bukit Tambun dan sekitar Tol Gombak/Tol Bentong menghala ke ibu negara.
Selain itu, beliau berkata beberapa kemalangan yang berlaku di lebuh raya turut menyumbang kepada kesesakan trafik.
Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan talian LLM 1800-88-7752 atau melayari akaun Twitter @Plustrafik atau @LLM. -BERNAMA

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..