Memaparkan catatan dengan label Mah Siew Kong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Mah Siew Kong. Papar semua catatan

Ahad, 18 Mei 2014

#PRKTelukIntan: #PemudaUMNO Msia Yakin Mah Calon Terbaik #BN @KhairyKJ @Azwanbro @MuhyiddinYassin #BN4TI #pemudaBN

YB Khairy bersama Dato' Reezal Merican di Kepala Batas
Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong adalah calon terbaik untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PKR) Parlimen Teluk Intan, 31 Mei ini, kata Khairy Jamaluddin.

Khairy dan Azwan di Mesyuarat Jawatankuasa Jentera Induk #PRKTelukIntan di Menara Dato' Onn, Khamis lalu.
Ketua Pemuda UMNO itu berkata, pengalaman luas Mah sebagai bekas penyandang kerusi itu selama dua penggal dan juga bekas timbalan menteri berupaya untuk BN mendapat semula sokongan pengundi di kawasan itu.

"Walaupun nasib tidak menyebelahi beliau (Mah) pada pilihan raya umum lepas, saya yakin bahawa dari segi pemahaman mengenai masalah tempatan di Teluk Intan, beliau adalah calon yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kawalan Doping Universiti Sains Malaysia (USM), di sini hari ini.

Khairy, yang juga Menteri Belia dan Sukan, yakin pengundi di kawasan itu mengenali ahli politik berusia 53 tahun itu sekali gus akan memberi sokongan kepada calon BN itu.

Ditanya mengenai DAP yang mencalonkan Dyana Sofya Mohd Daud iaitu setiausaha politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang, Khairy berkata: "Sudah jelas ini adalah taktik DAP dan kami tidak bimbang. Kami rasa kami masih ada sokongan kuat khusus di Changkat Jong."

"Kami mempunyai jentera kuat di sana dan yakin pengundi Melayu di Changkat Jong akan terus memberi keyakinan dan sokongan kepada calon BN," katanya.


Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun turut mempunyai pandangan yang sama.

Melalui muat naik status twitter beliau, Azwan berkata Dato' Mah Siew Keong bukan asing buat pengundi Parlimen Teluk Intan.

Menurut Azwan lagi, sepanjang dua penggal menjadi wakil rakyat Parlimen tersebut, rekod khidmat bakti beliau amat ketara.

“Rakyat perlukan beliau semula, ” kata Azwan dalam status twitternya.

#PRKTelukIntan: Mah Siew Keong Janji Kembalikan Teluk Intan Kepada #BN @MuhyiddinYassin @azwanbro #RoadToTelukIntan #pemudaBN


Bekas penyandang kerusi Parlimen Teluk Intan selama dua penggal, Datuk Mah Siew Keong, 53 tahun berjanji akan berkerja keras untuk merampas semula kerusi tersebut daripada DAP pada PRK kerusi itu, 31 Mei ini.
   
Azwan menyambut ketibaan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin di Teluk Intan.
Siew Kong pernah menyandang kerusi itu pada PRU 1999 dan 2004. Beliau tewas kepada calon DAP Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi pada PRU13 yang lalu.
   
"Saya harap dalam tempoh dua minggu semua jentera parti komponen BN dapat bekerjasama bagi memastikan kemenangan," katanya pada majlis pengumuman calon dan Pelancaran Jentera BN oleh Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Perdana Menteri di Rumah Rehat Teluk Intan semalam.

“Jika kita (parti-parti komponen BN) bekerjasama kita boleh menang, tetapi tidak hanya melalui saya dan pemimpin (BN) atas pentas ini... yang akan menentukan kemenangan adalah saudara saudari, kemenangan (BN) adalah di tangan anda” Mah Siew Kong, calon BN #PRKTelukIntan.

 "(Jika) BN menang, bukan Mah hebat tetapi BN di Teluk Intan hebat, UMNO..., MIC..., MCA..., Parti Progresif Penduduk (PPP)... dan Gerakan... hebat," kata bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani itu.
   
Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel.

Baca juga ~ Pemuda BN Siap Sedia Hadapi PRK Teluk Intan.
   

Sabtu, 17 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Dijangka Saingan Tiga Penjuru, #BN, #DAP & #BEBAS @MuhyiddinYassin @azwanbro #Gerakan #BN4TelukIntan


Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan ribuan penyokong BN di perkarangan Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, keputusan itu diputuskan sendiri oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pemilihan Siew Keong sebagai calon adalah yang terbaik kerana beliau calon berpengalaman yang pernah memberikan perkhidmatannya di kawasan itu sebelum ini.

"Walaupun pada pilihan raya yang lalu beliau menghadapi kekalahan..namun calon kita dikenali dan tahu apa isu dan masalah yang timbul, " katanya kepada pemberita.

Muhyiddin berkata, Siew Keong juga sudah lama berkecimpung dalam politik, banyak berjasa dan cukup mengenali selok belok serta dekat dengan pengundi di Teluk Intan.

Manakala, DAP bakal diwakili oleh Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon parti itu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di depan Bilik Operasi DAP untuk PRK Teluk Intan di sini hari ini.

Lim berkata pemilihan Dyana Sofya berdasarkan tiga faktor iaitu untuk mewakili golongan muda, memberi peluang kepada wanita serta mahu menonjolkan kepelbagaian kaum dalam DAP.

Rabu lalu, bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, turut mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas.

Syed Araniri, 40, yang menjalankan perniagaan Perubatan Islam di Alor Setar, berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas anggota DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik, jadi saya akan bertanding atas tiket Bebas. Saya yakin keputusan bertanding atas tiket Bebas ini akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu Islam dan pengundi lain yang 'tidak berselera' dengan mainan politik DAP dan Gerakan," katanya dalam sidang akhbar di Alor Setar.

Syed Araniri berkata antara faktor utama membuatkannya mahu bertanding di Teluk Intan adalah bagi mendedahkan agenda DAP dalam politik Malaysia yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat Melayu dan Islam.

Syed Araniri merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Islam, Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Teluk Intan pada 19 Mei dan pengundian pada 31 Mei.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..