Memaparkan catatan dengan label Biro Aduan Komuniti. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Biro Aduan Komuniti. Papar semua catatan

Jumaat, 25 April 2014

PM Rasmi Pelancaran Portal #ForTheRakyat Di PWTC @NajibRazak @Khairykj @azwanbro #PEMUDAUMNO #BiroAduanKomuniti

PM melayari portal ForTheRakyat menggunakan tablet sambil disaksikan oleh Khairy, Azwan serta Sheikh Nafiq.
Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Perasmian Pelancaran Portal #ForTheRakyat, yang disempurnakan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Najib Tun Razak dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin di Lobi Menara Dato Onn.

Portal ini diilhamkan penubuhannya oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia sendiri dan telah mula beroperasi sejak awal Mac 2014 yang lalu.

Memetik kata-kata Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dalam sidang media pelancaran portal ini pada 25 Februari 2014 lalu, beliau berkata, antara peranan portal ini adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk negara.

"Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk memberi perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," katanya.

Portal ini diurus selia oleh Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO yang diketuai Sheikh Nafiq Alfirdaous dalam memudahcara rakyat mengutarakan sebarang aduan.


Sejak mula beroperasi pada awal Mac lalu, portal tersebut telah menerima sebanyak 89 aduan dan 79 daripadanya telah berjaya ditangani atau diselesaikan.

Kemudahan portal ini disediakan bukan hanya untuk golongan muda dan terhad kepada ahli UMNO/Barisan Nasional tetapi ianya terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

Rakyat boleh melayari portal #ForTheRakyat di alamat Http://www.fortherakyat.com dan mendaftar sebelum mengemukakan sebarang aduan.

Perdana Menteri sebelum itu telah meluangkan masa menunaikan solat Jumaat bersama-sama rakyat di Masjid Jamek Kampung Baru.

Jumaat, 28 Februari 2014

ESOK, @Khairykj Dijadualkan Lancar #KlinikPemuda & Portal #ForTheRakyat @azwanbro @NajibRazak #pemudaUMNO #BiroAduanKomuniti




Esok, Pemuda UMNO Malaysia bakal melancarkan portal aduan "For The Rakyat" dan Klinik Pemuda UMNO bagi membolehkan masyarakat menyalurkan aduan terus secara online.

Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin dijadualkan merasmikan pelancarannya di Pejabat Biro Aduan Komuniti, Kuala Lumpur.

Klinik dan portal aduan berkenaan akan mula beroperasi selepas majlis perasmian tersebut.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, klinik dan portal tersebut akan menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan.

“Pemuda UMNO bukan sekadar menampal poster, konvoi bermotosikal, gerak gempur dan sebagainya, kita lebih daripada itu dan memberi nilai tambah kepada kehidupan rakyat,

‘Kita bantu untuk membawa dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah rakyat dan menjadi pelengkap peranan kerajaan,” katanya dalam sidang media di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO, Rabu yang lalu.

Portal ‘For The Rakyat’ menggunakan kaedah “crowdsourcing” yang membolehkan pengguna lain mengundi dan memberikan komen serta cadangan.

“Ia secara tidak langsung membolehkan pegawai bertugas mengenalpasti isu yang serius dan segera menyelesaikannya,” katanya.

“Buat permulaaan, klinik itu akan beroperasi dua minggu sekali bermula bulan depan di lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn dan bakal dikembangkan ke seluruh negara jika mendapat respons positif daripada orang ramai.

Tambah Khairul Azwan, orang ramai yang membuat aduan turut diberikan khidmat nasihat guaman percuma dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua, Sukaguam.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..