Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Facebook. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

Kertas Siasatan Syed Saifullah Hampir Siap - Ketua Polis KL @PDRMsia


Polis akan cuba melengkapkan kertas siasatan esok bagi membolehkan proses pendakwaan dijalankan terhadap pemilik sebuah akaun Facebook yang didakwa menyebarkan gambar mayat yang dipalsukan dengan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata suspek berumur 25 tahun itu kini ditahan reman selama tiga hari sejak semalam. Baca di SINI.

“Esok hari akhir, kita tengok dulu sama ada kita nak reman atau terus dakwa. Kita sedang bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia untuk melihat tentang beberapa barang kes yang kita rampas.

“Siasatan sedang berjalan sekarang. Kita tengok apa yang berlaku esok. Kita akan cuba siapkan kertas siasatan esok, seterusnya kita akan terus tuduh dia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran eksesais pengambilan khas jawatan konstabel (lelaki/wanita) bagi remaja kaum Cina di sini hari ini.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

Ahad, 6 April 2014

Pemilik Akaun Facebook 'Syed Saifullah' Ditahan Pihak Berkuasa.

Wajah pemilik akaun facebook Syed Saifullah

Pada 6 Apr 2014 lebih kurang jam 0010 sepasukan pegawai dan anggota yang diketuai oleh Pegawai JSJ IPD Sentul, Kuala Lumpur bersama sepasukan D9 IPK Perak dan IPD Perak Tengah, Perak telah membuat serbuan dan tangkapan di alamat No. 29, Jalan U 18, Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak berkaitan satu laporan Polis di IPD Sentul.

Ringkasan kejadian.

Bertindak atas maklumat Sentul Repot 5181/2014 pada 6 Apr 2014 pengadu bersama sepasukan pegawai dan anggota dari JSJ IPD Sentul, sepasukan D9 IPK Perak dan sepasukan JSJ IPD Perak Tengah telah pergi di alamat No. 29, Bandar Universiti, Seri Iskandar, Perak. Apabila sampai di alamat tersebut pengadu telah mengetuk pintu dan dibuka oleh 1 (P) Melayu.

Seterusnya pengadu memperkenalkan diri pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis dan minta butir pengenalan diri diberi ialah Laila Bt Arden  alamat No. 29 Jalan Bandar U18, Seri Iskandar, Perak.
Pengadu bersama saksi polis telah menyatakan tujuan kedatangan adalah untuk mencari 1 (L) Melayu yang dikenali dengan nama ‘Syed Saifullah’.

Kemudian (P) Melayu tersebut telah memberitahu (L) Melayu yang dicari adalah anaknya dan saspek telah keluar makan bersama suaminya dalam beberapa minit yang lalu. Pengadu kemudiannya telah menyuruh (P) Melayu tersebut menelefon anaknya.

Dalam 20 minit kemudian telah datang (3) lelaki melayu ke rumah tersebut dan pengadu telah kenalkan diri sekali lagi sebagai pegawai kanan polis dengan menunjukkan kad kuasa polis lalu bertanyakan siapakah ‘Syed Saifullah’ dan (1) L Melayu telah mengaku dirinya adalah lelaki tersebut.

Seterusnya pengadu bersama saksi polis telah membuat pemeriksaan badan ke atas saspek dan telah menjumpai sebuah h/phone jenama Sony Xperia warna hitam/putih no tel 013-4928564 dari poket sebelah kanan.

Pengadu telah membuat pemeriksaan di bilik tidur utama dan dua yang terletak di tingkat satu. Tangkapan dan rampasan adalah seperti berikut:-

Saspek

Nama: Syed Ahmad Saifullah bin Hashim
Jantina : Lelaki
Warganegara : Malaysia
Tarikh lahir : 20 jun 1989
Keturunan : Melayu
Taraf Perkahwinan : Bujang
Alamat : No. 29 Jalan Bandar U 18, Seri Iskandar, Perak.

Butir2 rampasan

1. Sebuah h/phone jenama SONY Xperia
2. Monitor komputer jenama ACER warna hitam
3. Cpu jenama Power Logic warna hitam
4. Keyboard jenama Power Logic warna hitam
5. Tetikus jenama Power Logic warna hitam
6. Broadband jenama p1 warna putih/hijau
7. Thumb drive Tp-link warna putih/hitam
8. Broadband jenama CELCOM
9. Kamera komputer tanpa jenama warna ungu/jernih
10. Set speker jenama Vinnfier warna hitam
11. 4 kabel komputer warna hitan
12. Penyambung soket warna putih
13. Multicard reader jenama SHBC support warna kuning/putih
14. Thumb drive jenama Kingston warna hitam
15. Mesin cetak jenama Canon warna hitam
16. Kabel internet warna putih,

Saspek kini ditahan dan akan disiasat bersangkut Sentul Rpt 5181/14 diklasifikasi di bawah Seksyen 233 (1) CMA (Jenayah Siber) dan 505 (b) KK.

Pada Jumaat lalu, laman media sosial seperti Facebook dan Twitter telah dibanjiri dengan sebuah berita yang dimuatnaik dari sebuah akaun Facebook dari seorang lelaki 'Syed Saifullah' yang menyatakan bahawa "pesawat yang membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas di Lautan Sumatera Selatan"
Bersama-sama kenyataan tersebut turut disertakan sekali gambar ngeri berupa cebisan daging mayat yang hancur berkecai dan dikatakan ianya milik Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor telah mengeluarkan kenyataan balas berkaitan gambar beliau yang disebarkan oleh lelaki tersebut.

Dalam kenyataannya, Datin Seri Rosmah memaafkan perbuatan tersebut dan mendoakan semoga lelaki itu diberikan hidayah oleh Allah SWT.

Khamis, 20 Februari 2014

Direjam Hingga Mati Kerana #Facebook

Gambar Hiasan
DAMSYIK - SYRIA. Seorang remaja perempuan direjam hingga mati oleh kumpulan pelampau di Syria kerana mempunyai akaun laman sosial Facebook.

Mahkamah Syariah di Al- Reqqa menjatuhkan hukuman mati kepada Fatoum al-Jassem ekoran perintah di negara itu yang menganggap pemilik akaun Facebook tergolong dalam kumpulan komuniti tidak bermoral.

Media tempatan melaporkan, mangsa dibawa ke mahkamah oleh militan Iraq dan Syria (ISIS) selepas ditangkap menggunakan rangkaian laman sosial tersebut.

"Mahkamah yang berada di bawah bidang kuasa ISIS memutuskan mereka yang mempunyai akaun Facebook berhak dihukum dengan cara yang sama seperti kesalahan melakukan zina," menurut laporan itu. - Dailymail

Sabtu, 2 November 2013

PENGGUNA AKTIF HARIAN FACEBOOK MENCECAH 728 JUTA ORANG

Kebiasaannya, pada setiap suku tahun, Facebook akan mengumumkan statistik terkini angka penggunaan laman sosial terkemuka tersebut, dimana kini Facebook digunakan oleh lebih 1.19 bilion pengguna aktif setiap bulan.
Dilihat secara purata, seramai 728 juta pengguna mengaksesnya setiap hari,  perkhidmatan laman sosial tersebut dianggar mempunyai lebih daripada 874 juta pengguna aktif setiap bulan yang mengaksesnya melalui peranti mudah-alih.
Facebook boleh dikatakan telah menjadi salah satu medium komunikasi, bukan sahaja antara rakan-rakan, tetapi juga oleh syarikat kepada pengguna mereka dan sebagainya.
Peningkatan penggunaan Facebook ini boleh dikatakan sekata, dan kini lebih ramai mengaksesnya menggunakan peranti mudah-alih berbanding melalui desktop.
Secara purata, boleh dikatakan separuh daripada pendapatan Facebook dijana melalui penggunaan di peranti mudah-alih pada hari ini.

Yps adalah salah seorang daripada 728 juta tersebut di atas. Dan Yps juga sebahagian dari 874 juta yang 'online' menggunakan peranti mudah alih. 

Lebih seronok online guna desktop tapi udah manjang je BSOD.


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..