Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PDRM. Papar semua catatan

Sabtu, 5 April 2014

@Azwanbro Minta #ESSCOM & #PDRM Tingkat Pemantauan Sempadan #Sabah @NajibRazak @PDRMsia


ESSCOM atau Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah adalah merupakan kawasan kawalan keselamatan yang meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah bermula dari Kudat sehinggalah ke Tawau.

Ianya dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib bin Abdul Razak pada 7 Mac 2013 dengan tujuan menguatkan lagi kawalan keselamatan maritim di bahagian timur Sabah susulan dengan krisis pencerobohan yang kerap  berlaku dan menghalang sebarang kegiatan pengganas berlaku di perairan Sabah.

Kerajaan memberi jaminan bahawa kewujudan kawasan ini tidak akan menganggu kegiatan perdagangan atau perniagaan kecilan, sebaliknya ianya dapat membantu menghalang kegiatan penyeludupan dan memastikan keselamatan pantai timur Sabah sentiasa terjaga dari pencerobohan asing.

Namun, keberkesannya mula dipertikaikan apabila dua mangsa iaitu Gao Hua Yun seorang pelancong warga China berusia 29 tahun, dan seorang pekerja Resort Singamata Reef berusia 40 tahun yang berasal dari Filipina diculik pada 10.30 malam Rabu lalu.


Wajah pelancong China Gao Hua Yun yang diculik di Singamata Reef Resort, Rabu lalu.
Kedua-dua mangsa diculik oleh sekumpulan enam lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun turut memberi respon terhadap kes penculikan terbaru tersebut. 

Memetik muatnaik status beliau di laman twitter miliknya, Azwan meminta Esscom dan pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meningkatkan pemantauan sempadan bagi melindungi perairan negara dari pencerobohan sekaligus memberi jaminan kepada keselamatan rakyat dan pelancung Sabah.

Pemantauan dan penguatkuasaan perlu dilakukan secara menyeluruh bagi menghalang kemasukan pendatang tanpa izin yang mahu mencari pekerjaan di negeri tersebut seperti yang dibangkitkan oleh Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOMM) Datuk Mohammad Mentek dalam taklimat khas insiden tersebut.

"Masalah pendatang tanpa izin (PATI) yang sudah sekian lama menghantui rakyat Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh, dan bukan diletakkan di bahu pihak keselamatan semata-mata, kata Mohammad Entek.

Cadangan melantik sukarelawan ESSCOM selain kerjasama nelayan tempatan perlu diberi perhatian kerana mereka dapat menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Apapun, kejadian ini perlu dijadikan iktibar oleh pihak-pihak yang dipertanggungjawabkan agar sentiasa berwaspada bagi mengelakkkan perkara sebegini tidak berulang apatah lagi ianya melibatkan pelancong asing.

Ini kerana, tidak dapat dinafikan bahawa Malaysia bergantung kepada industri pelancongan yang turut menyumbang sebanyak RM40-RM60 billion sebagai sumber pendapatan negara.

Perdana Menteri sendiri telah menetapkan tiga matlamat ESSCOM iaitu menjamin sepenuhnya keselamatan, memulihkan keyakinan orang ramai dan memulihkan keyakinan pelancong luar negara.

Mengetahui rakyat mereka menjadi mangsa penculikan tersebut, kerajaan China meminta Malaysia melakukan yang terbaik bagi menyelamatkan seorang rakyatnya yang telah diculik.

Duta Besar China ke Malaysia Dr Huang Huikang berkata setakat ini pihaknya belum menerima sebarang tuntutan daripada kumpulan berkenaan.

Mengulas lanjut, Duta Besar China itu yakin kejadian tersebut tidak akan menjejaskan kemasukan pelancong China ke Malaysia.


KES PENCULIKAN DI SEMPOERNA 
● Oktober 1979, kumpulan lelaki bersenjata merampas feri, Saleha Baru, dengan 44 orang di dalamnya, di Semporna.
Mereka membebaskan 27 tebusan dalam masa dua hari, tetapi 17 ditahan selama berbulan-bulan sebelum mereka akhirnya dibebaskan.
Dua penumpang terbunuh dalam kejadian itu, seorang gadis berusia 11 tahun lemas dan seorang lelaki ditembak oleh perampas.
● 23 April 2000, sebuah kumpulan yang diterajui Abu Sayyaf menculik diculik 21 orang di Pulau Sipadan.
Mereka yang diculik dibawa ke kem kumpulan itu di Pulau Jolo di mana kesemua mereka ditahan selama enam bulan. 
Mereka kemudiannya dibebaskan secara berperingkat-peringkat dengan yang terakhir dikeluarkan pada 11 September tahun yang sama.
● 12 September 2000, 14 lelaki menaiki dua bot laju dengan bersenjatakan senapang M-16  menculik tiga rakyat Malaysia di Pulau Padanan, 38 kilometer (km) timur laut Semporna.
Tebusan diselamatkan apabila angkatan tentera Filipina melancarkan serangan terhadap pemberontak tersebut beberapa hari kemudian.
● 8 Februari 2010, dua rakyat Malaysia yang bekerja di ladang ternakan rumpai laut di Pulau Sebangkat ditangkap oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali.
Kedua-dua mereka yang diculik, Lai Wing Chau, 35, dan Tsen Vui Chung, 43, dijadikan tawanan selama lebih 10 bulan sebelum dibebaskan di Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina.
● 14 November 2012, Tung Wee Jie dan Wee Wei kedua-duanya adalah sepupu diculik di ladang sarang burung mereka yang dikendalikan keluarga di Lahad Datu.
Wee Jie, 26, berjaya melarikan diri dari penculik itu dengan melepaskan dirinya menggunakan garpu selepas ditawan selama hampir sembilan bulan di Pulau Jolo.
Sepupunya, Wee Wei, malangnya tidak dapat diselamatkan kerana meninggal dunia ketika berada dalam kurungan.
● 27 Ogos 2013,  kira-kira 20 lelaki bersenjata menculik sembilan nelayan Malaysia dari dua bot berhampiran Pulau Mabul.
Bagaimanapun, kumpulan lelaki bersenjata segera membebaskan mangsa dan melarikan diri selepas mereka ditipu oleh tawanan mereka belayar ke pangkalan Pasukan Gerakan Am berhampiran Pulau Mabul.
● 15 November 2103, kumpulan lelaki bersenjata menyerbu tiga daripada lima vila terapung di Pulau Pom Pom. 
Ketika pencerobohan itu, pelancong Taiwan, Hsu Lin Min, 57, terbunuh, dan isterinya Chang An Wei, 58, diculik.
Selepas 36 hari, beliau dibebaskan oleh penculik dan kembali dari pulau Jolo di selatan Filipina.

Rabu, 5 Februari 2014

AYOK!!! @TeresaKok Dah Buat Repot Polis. Habis Lah!!!


YPS tergelak membaca kemaskini facebook Teresa Kok. Ahli Parlimen Seputeh dan ADUN Kinrara ini mendakwa beliau banyak menerima panggilan telefon daripada individu-individu yang tidak dikenali sejak 3 Februari yang lalu.

Selain itu, beliau turut menerima pesanan teks serta whatsapp yang biadap dan mengancam dirinya.

Antara individu-individu yang didakwanya menghantar pesanan teks tersebut termasuklah bekas Ahli Parlimen Ketereh dan ADUN Kok Lanas, YB Muhd Alwi Che Ahmad.

Jom baca screenshot kemaskini facebook babi betina di bawah ini.


Rasanya, rakyat Malaysia tahu apa babi betina ini lakukan sehingga beliau menerima panggilan serta pesanan teks yang memaki hamun dan mengancam keselamatan dirinya.

Ketika masyarakat Tionghua bergembira menyambut dan merayakan perayaan Tahun Baru Cina pada 31 Januari yang lalu, Teresa mengeluarkan video klip yang berdurasi hampir 12 minit.

Dalam video klip tersebut, Teresa ‘berlakon’ sebagai pengacara yang menemuramah tiga tetamu mengenai Feng Shui pada Tahun Baharu Cina untuk tahun ini dan tetamu undangan Teresa pula mengeluarkan kenyataan menyindir dalam beberapa perkara, antaranya ialah sistem pendidikan negara dan isu keganasan di Sabah.

Itu adalah antara perbuatan beliau yang menimbulkan kemarahan rakyat terutamanya isu pencerobohan Lahad Datu di Sabah. Negara bersedih atas kehilangan beberapa orang pahlawan dalam insiden tersebut tetapi beliau selaku pemimpin, tergamak mempersendakan perkara berikuy.

Dia perlu sedar, rakyat Malaysia bukannya bodoh untuk memaki hamun tanpa sebab dan alasan. Perkara sebegini tidak akan terjadi jika beliau tahu menghormati asas-asas hidup sebagai seorang warganegara Malaysia.

Rakyat khususnya kaum Melayu tidak akan pernah lupa bagaimana beliau sebagai pimpinan DAP cuba menghapuskan tulisan jawi yang terdapat di papan-papan tanda sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Diharapkan, pihak polis akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap Teresa Kok. Jangan pula nanti, perkara yang sebaliknya berlaku.

YPS ~ Rasanya sehingga kesaat ini, babi betina ni masih menerima panggilan dan pesanan whatsapp memaki hamun beliau... 

Khamis, 23 Januari 2014

Kes Kematian Nursyafiqah: @PDRMsia Kesal Tindakan Media Sensasikan Laporan

Polis Terengganu kesal dengan tindakan segelintir media yang cuba mensensasikan laporan mengenai kes kematian kanak-kanak berusia dua tahun, Nursyafiqah Adawiyah Abdullah di sebuah rumah tidak berpenghuni di Seberang Paka, Dungun pada Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Terengganu ACP K. Manoharan mengingatkan semua pengamal media supaya membuat laporan yang tepat berdasarkan sumber maklumat yang sahih.

"Setakat ini, pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh doktor tidak menunjukkan apa-apa unsur penderaan seksual sama ada dirogol atau diliwat.

"Walau bagaimanapun perkara ini belum lagi … tidak konklusif ... belum lagi dipastikan … perlu mendapat pengesahan lanjut daripada bahagian toksikologi," katanya dalam satu sidang media hari ini.

Manoharan bagaimanapun menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung bedah siasat ke atas mangsa.

"Pihak polis sama sekali tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dengan kecederaan yang dialami oleh si mati dan juga sama ada dia dirogol atau diliwat," tambahnya.

Pada masa sama, beliau mengulangi ketegasan pohak polis untuk mengheret ke muka pengadilan pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan gambar mangsa yang dirakamkan di tempat kejadian.

Katanya, Polis masih menjalankan siasatan sumber gambar berkenaan yang tersebar melalui Facebook dan blog.

Sementara itu, jenazah Nursyafiqah selamat dikebumikan pada Rabu malam di Tanah Perkuburan Kampung Limbong, Paka.

Jenazah yang dibedah siasat di Hospital Sultanah Nur Zahirah sebelum itu dituntut oleh bapa saudaranya kira-kira pada pukul 5 petang.

Dalam pada itu, nenek mangsa Semek Hitam, 58, berdoa agar Allah membalas penjenayah yang tidak berperikemanusiaan itu dengan balasan yang setimpal.

Polis pada Selasa lalu menahan empat individu termasuk ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya serta dua lelaki lain. Mereka direman tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang memperuntukkan hukuman mandatori gantung sampai mati.

Ibu mangsa sebelum itu pada Sabtu membuat laporan polis mengenai kehilangan anaknya yang didakwa diculik seorang lelaki dikenali ketika kanak-kanak itu ditinggalkan dalam sebuah kereta di depan sebuah restoran di Kuala Paka.

Menurut polis, ibu mangsa kemudian semasa disoal siasat mengaku dipaksa oleh teman lelakinya untuk membuat laporan kehilangan tersebut.

Siasatan awal polis mendapati lelaki berkenaan adalah orang terakhir yang dilihat bersama mangsa selepas dia membawa kanak-kanak itu keluar dengan keizinan ibunya pada pagi Jumaat lepas.

Jumaat, 10 Januari 2014

Ketua Polis Negara Sokong #ISA Dikuatkuasakan Semula - Tan Sri Khalid Abu Bakar @NajibRazak @Zahid_Hamidi @PDRMsia

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menyokong dan mengalu-alukan kehadiran Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika undang-undang itu dikuatkuasakan semula.

Khalid dalam sidang akhbar hari ini memberitahu, jika ISA dikembalikan, undang-undang itu pasti membantu meningkatkan penguatkuasaan polis dalam menjaga keselamatan awam.

"Tidak salah jika ISA dikembalikan dan saya menyokong jika usaha itu ada," katanya di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, disini. - UTUSAN ONLINE

Tun Dr Mahathir pun turut mencadangkan agar ISA dikembalikan dalam menangani ekstrimis minoriti yang makin melampau di negara ini. Baca di SINI.

Ahad, 29 Disember 2013

#HimpunanGulingKerajaan: @PDRMsia KENALPASTI 4 NGO, PEMUDA UMNO GESA TINDAKAN TEGAS @AZWANBRO

Polis telah mengenal pasti empat kumpulan yang terdiri daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dijangka membuat kecoh pada sambutan ambang Tahun Baharu di Dataran Merdeka, Selasa depan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, pertubuhan tersebut ialah Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Jingga 13, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM).

"Kami tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan tegas dan menangkap individu yang menimbulkan kekecohan pada malam tersebut," katanya.

Kelmarin, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan hingga boleh menimbulkan kekacauan di negara ini.

Gesaan itu dibuat berhubung isu pihak tidak bertanggungjawab yang merancang  perhimpunan menggulingkan kerajaan Selasa ini di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersempena sambutan Malam Tahun Baru.

Tegasnya, pihak berkuasa wajar mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terbabit  jika terbukti mereka terlibat dalam perhimpunan tersebut.

“Saya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menangani masalah ini, saya juga berharap tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada mereka, tidak kira dari pihak mana sekalipun.

“Baru-baru ini juga sudah ada beberapa tangkapan dibuat dan saya percaya dengan tindakan pantas polis ini dapat membanteras perkara ini daripada terus berlarutan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek sumbangan kepada YBU di Hotel Casuarina, Meru Raya.

Azwan menyifatkan perhimpunan tersebut bakal mengganggu gugat kesejahteraan rakyat terutama sekali kepada pelancong asing yang datang ke negara ini.

“Kalau tidak puas hati, kita ada saluran tertentu untuk sampaikan permasalahan, bukan dengan cara demonstrasi seperti itu, lagipun tiada sebarang manfaat yang kita akan dapat dengan cara sebegitu.

“Majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengan cara ini (perhimpunan menggulingkan kerajaan),” katanya.

Sabtu, 28 Disember 2013

PEMUDA UMNO Msia KUTUK HIMPUNAN GULING KERAJAAN, DESAK @PDRMsia TAHAN DALANG - @Azwanbro @NajibRazak #pemudaumno





Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyatakan pendirian mengutuk sekeras-kerasnya penganjuran Perhimpunan Guling Kerajaan yang bakal dilakukan pada 31 Disember ini.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun memberitahu penganjuran perhimpunan itu bakal memberi kesan yang buruk kepada negara dan rakyat.

"Imej negara akan tercemar berikutan ia bakal dilaksana pada ambang tahun baru dimana ketika itu ramai pelancong asing akan turut sama berkumpul di Dataran Merdeka.

"Kita risau kerana majoriti rakyat menolak anasir sebegini bahkan Menteri Besar Kelantan pun menolak dakyah sebegini.

"Tetapi masih ada lagi segelintir dikalangan pemimpin pembangkang dimana mereka di dalam roadshow mereka mengajak orang ramai supaya sertai himpunan itu.

"Ia tidak patut kerana kita sudah tahu kesan dari himpunan ini boleh menggugat keamanan negara.

"Apatah lagi ia dilakukan pada ambang tahun baru dan ketika itu ramai pelancong, maka sudah tentu ia memberi kesan yang buruk dan tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada rakyat mahupun negara," katanya.

Menurut beliau, sebelum ini beberapa Pergerakkan Pemuda UMNO negeri dan bahagian-bahagian termasuk juga beberapa NGO telah membuat laporan polis terhadap hasutan daripada beberapa individu dan juga kumpulan yang cuba menyebarkan atau mengajak rakyat untuk menganjurkan himpunan tersebut.

Selain itu, beliau begitu gembira apabila dimaklumkan ada pihak berkuasa telah membuat beberapa tangkapan dengan pantas dan tegas telah dilakukan.

"Ini yang kita mahukan dan saya fikir, kita percaya dengan tindakan pantas pihak berkuasa tanpa memberi kompromi dan peluang.

"Sekiranya ada tindakan sebegini, polis tidak ada ambil masa lama untuk menahan individu berkenaan," katanya lagi.


Sabtu, 14 Disember 2013

ZAHID HAMIDI: KDN PERHALUSI CADANGAN TUBUH 'POLIS SYARIAH'

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pihaknya sedang memperincikan cadangan penubuhan sebuah pasukan polis khas bertujuan untuk membanteras penyebaran ajaran sesat dan fahaman Syiah di negara ini.

Antara yang dimasukkan dalam cadangan tersebut ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan pegawai dan anggotanya di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.

Perbincangan lanjut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab mengenai hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom akan diadakan.

"Kita juga akan mohon perkenan Majlis Raja-raja Melayu supaya tidak disalah anggap cuba campur tangan soal pengendalian isu-isu agama. Aspek yang saya tekankan adalah untuk menjaga keselamatan dan ketenteraman awam. Mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya ketika menjadi tetamu sebuah rancangan bual bicara di Bernama TV kelmarin.

Dalam temubual itu juga Ahmad Zahid menjelaskan kelulusan Jemaah Menteri perlu diperolehi bagi membolehkan PDRM yang mempunyai Badan Agama dan Kaunseling (Baka) yang boleh bekerjasama dengan JAKIM untuk membendung penularan ajaran sesat.

Ketika ditanya mengenai pengamal ajaran Syiah yang diwarisi dari keturunan, mereka disarankan supaya melapurkan aktiviti keagamaan mereka kepada pihak JAKIM.

Golongan penganut ajaran Syiah secara keturunan diminta tidak menyebarkan fahaman itu kepada umat Islam yang lain.

"Ada pecahan dalam Syiah termasuk kumpulan Buhra... mereka lakukan amalan dalam kumpulan itu tanpa sebarkan kepada kumpulan lain.

"Saya tak kata ia (amalan Syiah) dibolehkan kerana itu bidang kuasa Jakim, tapi saya fikir elok jika kumpulan berkenaan dapat beritahu kepada Jakim bahawa mereka bergiat di sekitar ahli-ahli mereka dan tidak berhajat melakukan aktiviti penyebaran mengikut anutan mereka," katanya lagi.

Terdahulu, dalam program itu beliau berkata kementerian akan terus meningkatkan usaha membendung penularan ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman masyarakat Malaysia.

Tegas Ahmad Zahid, beliau khuatir perkara itu akan memecah-belahkan umat Islam di negara ini dan mendorong kepada perang saudara seperti yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

YPS pernah membaca berita tentang peranan Polis Syariah di Aceh, Indonesia. Skop tugas mereka bukan sekadar membanteras ajaran sesat. Malah melibatkan penguatkuasaan undang-undang syariah sepenuhnya.
Seorang anggota polis penguatkuasa Syariah Aceh sedang memberi nasihat kepada beberapa gadis Aceh semasa membuat pemeriksaan cara berpakaian bagi wanita Islam di sebatang jalan di Banda Aceh pada 1 Disember 2009.
Antara kisah yang YPS baca, bagaimana Polis Syariah di Aceh berdepan dengan pelbagai kes termasuk menahan dan menasihati wanita Islam yang memakai pakaian ketat serta tidak menutup aurat. 
Polis Syariah Aceh menggunting rambut remaja yang ditahan menggayakan rambut ala - punk.
Selain itu, tersebar juga kisah beberapa orang remaja ditahan dan dihukum kerana menggayakan rambut ala punk. Memang penubuhan unit Polis Syariah ini patut disokong memandangkan negara kita dikategorikan sebagai sebuah negara Islam di dalam perlembagaan negara.

Merujuk kepada pengamal ajaran Syiah keturunan pula, YPS rasa sedikit musykil apabila Datuk Zahid sekadar memberi amaran agar mereka tidak mengembangkan ajaran mereka. 

Melihat kepada definisi 'dilarang mengembangkan', bagi teman larangan tersebut termasuk 'dilarang menurunkan' ajaran tersebut kepada setiap zuriat mereka. Tak gitu?

Selain itu, Datuk Zahid juga turut menyarankan agar pengamal Syiah keturunan ini melapurkan aktiviti keagamaan mereka kepada pihak JAKIM. 

Perkara ini juga mengelirukan YPS kerana jika kita telah mengharamkan ajaran tersebut tetapi dalam masa yang sama, mereka masih dibenarkan meneruskan aktiviti yang jelas bercanggah dengan amalan Ahli Sunnah wal Jamaah yang diiktiraf oleh negara kita sebagai ajaran Islam yang sebenar.

Pada pendangan YPS, apabila tertubuhnya unit Polis Syariah nanti, mereka yang mengaku Islam tetapi mengamalkan ajaran Syiah perlu ditahan serta dibimbing untuk kembali kejalan Islam yang sebenar.

Apapun, keme tetap menyokong segala tindakan Datuk Seri Dr Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri yang sentiasa tegas dan berani, demi menjaga kesucian agama Islam serta mengekalkan keamanan negara tercinta. Teruskan Yop!!!

والله أعلم




Isnin, 25 November 2013

ROGOL DAN SAMUN: PEMANDU IZZAH DISIASAT POLIS



KUALA LUMPUR – Pemandu kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar kini disiasat berhubung aduan rogol dan samun oleh seorang wanita warga Indonesia semalam.

Menurut sumber, mangsa yang dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai pembantu rumah telah dibawa keluar oleh pemandu berkenaan bersama seorang lagi lelaki ke sebuah rumah di Cheras sebelum diberikan sebatang rokok untuk dihisap.

Mangsa yang mendakwa pening selepas diarahkan menghisap rokok itu kemudiannya mengadu dirogol oleh suspek dan seorang lagi rakannya.

Selain dirogol, mangsa juga mendakwa turut dipukul dan telefon bimbit, pasport serta sejumlah wang telah dilarikan suspek.

Mangsa telah diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke balai polis untuk membuat laporan.

Kes sedang disiasat untuk tindakan lanjut. 


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..