Memaparkan catatan dengan label ISLAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ISLAM. Papar semua catatan

Jumaat, 16 Januari 2015

#Rencana: Kepura-puraan Yang Memualkan - @azwanbro @NajibRazak @KhairyKJ @UMOnline @PPUMonline

Khairul Azwan Harun
JULAI lalu, kita dikejutkan dengan satu lagi pembunuhan kejam rakyat Palestin oleh Israel. Dalam hanya 51 hari, lebih 2,300 orang rakyat Palestin dibunuh, termasuk kanak-kanak dan lebih 500 wanita. 

Sekolah dibinasakan, hospital dihujani peluru dan keluarga dipecahbelahkan. Itu belum kita berbicara tentang nasib lebih 10,000 orang lagi yang tercedera hasil kekejaman rejim zionis Israel tersebut.

Awal minggu ini, kita dibedik kemualan pula apabila Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu atau Bibi berada di barisan hadapan perarakan perpaduan di Paris ekoran serangan dan pembunuhan kejam di ibu pejabat Charlie Hebdo. 

Lebih memualkan, seorang pemimpin yang kononnya pencinta keamanan ini telah bertanggungjawab ke atas kematian hampir 17 wartawan tidak bersalah oleh Pasukan Pertahanan Israel (IDF). Nampak jelas kepura-puraan yang tiada tandingan.

Namun, seperti kebiasaan, semua sudut pemikiran berkaitan kekejaman di Charlie Hebdo tampaknya salah orang Islam. Memang benar pembunuhan dijalankan oleh tiga ekstremis Muslim, tetapi lupakah dunia seorang polis Muslim juga telah kehilangan nyawa mempertahankan kebebasan wartawan-wartawan Charlie Hebdo yang kerap kali menghina rasul umat Islam?

Bukan itu sahaja, dunia beranggapan bahawa pembunuhan ini menguntungkan umat Islam. Siapa sebenarnya yang paling untung hasil kekejaman ini? Adakah ia umat Islam yang kini dipandang hina ibarat semuanya pembunuh kejam dan ekstremis, walaupun hampir semua Muslim mengutuk keras pembunuhan yang dijalankan? 

Adakah pemenang sebenar 1.6 bilion umat Islam yang tak senang duduk di tempat awam, dipandang dengan kecurigaan oleh orang lain khususnya di negara-negara Barat?

Kekejaman kali ini menampakkan sekali lagi seolah-olah umat Islam yang bersalah. Bila kartun-kartun hasil karya wartawan Charlie Hebdo menghina Islam, dunia sentiasa mengungkit bagaimana ia dilakukan atas nama kebebasan bersuara. Umat Islam juga menanggung malu dan menahan sabar. 

Dan bila hanya tiga orang umat Islam bertindak keterlaluan, sekali lagi umat Islam menanggung herdikan dan generalisasi buruk yang dibina masyarakat dunia.

Adakah ini adil?

Apabila agama Islam dihina, semua dihalalkan dek kebebasan bersuara. Jika umat Islam marah, dikatakan jangan kerana kebebasan bersuara. 

Namun adakah dunia menghormati kebebasan bersuara umat Islam? Adakah dunia memperjuangkan kebebasan bersuara sepertimana yang mereka inginkan daripada umat Islam?

Apabila wanita Islam berpurdah dijatuhkan hukuman penjara selama sebulan dan didenda RM700 di Perancis, di mana pejuang kebebasan ekspresi? Jika benar kebebasan bersuara diperjuangkan, kenapa bila ada umat Islam mengutuk kekejaman Israel, ada yang dianggap rasis dan tidak objektif? Dunia tidak mempersoalkan pula 16 negara yang menghalang sesiapa menyangkal wujudnya ‘Holocaust’? 

Lebih menarik, hampir semuanya negara Eropah. Ke mana hilangnya kebebasan bersuara yang digembar-gemburkan untuk menghalalkan kutukan terhadap umat Islam?

KEPURA-PURAAN INI AMAT MEMUALKAN.



Hal ini sungguh jelas di Malaysia. Apabila ada orang Islam menghina agama lain, maka gegak-gempitalah sesetengah puak menjerit “tindakan perlu diambil!”. Tetapi puak yang sama ini juga mengutuk Akta Hasutan dan memperjuangkan kebebasan bersuara apabila Alvin Tan menghina Islam ketika bulan Ramadan.

Baru-baru ini pula kita dikejutkan dengan Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuam Islam Malaysia (Jakim) sebagai penyebar elemen ekstremis semasa khutbah Jumaat setiap minggu. Namun ada yang mempertahankan Eric kononnya dia bebas dan berhak untuk memperkatakan apa sahaja.

Ada yang menganggap kononnya Islam ini mudah paranoid – kononnya kita sentiasa takut orang lain ada agenda ingin menjatuhkan Islam. Namun apabila ada segelintir umat Islam yang tidak membenarkan yang lain mengucapkan selamat hari natal kepada rakan Kristian, orang yang sama bangkit marah dengan sinisan dan kutukan – sampai ada yang mengaitkan kononnya ia agenda kerajaan untuk memajukan Islam – tanpa rasional.

Jika kita ingin terus hidup dalam keamanan, baik Muslim atau yang menganuti agama lain, kepura-puraan ini perlu dihentikan terutamanya dalam kalangan pejuang kebebasan bersuara. 

Jika benar dan ikhlas, perjuangkanlah kebebasan itu untuk semua, dengan batasan. Jangan hanya lantang bersuara dengan menggunakan alasan kebebasan bersuara untuk mengutuk dan menghina Islam.

Tak kan hanya kerana Islam agama majoriti di Malaysia, standard kebebasan bersuara yang digunapakai untuk orang Islam lebih rendah berbanding lain? Jika tidak, kebebasan bersuara dengan hadlah jawapannya sehingga bila-bila. 

Jika tindakan yang diambil kerajaan lebih konsisten, kebebasan terhad inilah perisai keharmonian negara – selagi kita kekal ‘double standard’ dalam memperjuangkan had kebebasan bersuara mutlak.

Jika kita mahu kerajaan membenarkan kebebasan bersuara tanpa had, kita ditagih untuk berlaku adil dalam memperjuangkan konsep tersebut.

Jika yang kutuk Islam sahaja dipertahankan tetapi orang Islam yang melakukan perkara sama dihina, dicaci dan hendak dihumban ke penjara – bukan hanya perpaduan yang dikejar tak dapat, keamanan yang dikendong juga lama-lama akan keciciran. 

Insiden di Perancis akibat keangkuhan Charlie Hebdo atas alasan kebebasan bersuara harus dijadikan pengajaran dan peringatan buat kita semua.

PENULIS ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Seperti yang disiarkan di Utusan Online.

Selasa, 11 November 2014

Tiada Tindakan Disiplin Terhadap Oscar Ling, Bukti #DAP Tidak Demokratik - @Azwanbro @KhairyKJ @NajibRazak @LimGuanEng


Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa Parti Tindakan Demokratik (DAP) agar mengambil tindakan tegas terhadap ahli parlimen Sibu, Oscar Ling yang telah mengeluarkan kenyataan yang disifatkan beliau sebagai langsung tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini.

Naib Ketuanya,Khairul Azwan Harun berkata, kenyataan Oscar itu jelas memperlihatkan bahawa ahli parlimen daripada DAP ini langsung tidak sensitif terhadap sensitiviti bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

“Beliau menyebut hal ini untuk tujuan apa? Saya lihat kenyataan beliau ini adalah semata-mata untuk membangkitkan api kemarahan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. Saya telah ingatkan sebelum ini agar pemimpin politik, khususnya dari DAP agar tidak menyentuh isu-isu sensitif yang melibatkan bangsa dan agama.

“Sekiranya mereka berdegil dan terus membuat kenyataan seumpama ini, maka sudah tentu bangsa Melayu, khususnya UMNO yang mewakili suara orang Melayu dan umat Islam di negara ini akan membuat kenyataan balas,” tegasnya dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur di sini, semalam.

Azwan yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia turut mempersoalkan dimanakah ketegasan kepimpinan DAP terhadap ahli parlimen mereka yang membuat kenyataan secara terang-terangan menghina institusi pendidikan umat Islam dan seolah-olah tidak ada rasa hormat kepada perlembagaan negara.

Sepatutnya DAP mengambil tindakan disiplin terhadap ahli mereka yang membuat kenyataan yang menyentuh sensitiviti bangsa dan agama. Ini untuk membuktikan bahawa Dap parti yang mewakili rakyat Malaysia pelbagai kaum yang berteraskan asas demokrasi yang kuat.



“Nama DAP pun Parti Tindakan Demokratik tetapi apa yang nyata sikap dan kenyataan kepimpinan parti itu langsung tidak demokratik. Perlembagaan negara dibuat berasaskan prinsip demokrasi dan sepatutnya sebagai sebuah parti politik di Malaysia, DAP haruslah memelihara prinsip asas demokrasi,” ujarnya.

Tambahnya lagi, apa yang berlaku ini jelas membuktikan bahawa DAP mempraktikan sikap pilih bulu di mana jika ada ahli-ahli daripada parti lain khususnya UMNO membuat kenyataan sebegitu, merekalah yang bersuara paling lantang bersuara meminta agar tindakan diambil kepada individu tersebut.

“Tetapi dimanakah pendirian DAP tatkala ahli mereka sendiri membuat kenyataan seumpama itu. Jadi saya rasa DAP kena buktikan kepada rakyat Malaysia bahawa mereka sebuah parti yang memegang kepada prinsip asas demokrasi di negara ini dengan mengambil tindakan disiplin terhadap ahli parlimen Sibu itu.

“Ini jelas bagi saya, tiada asas demokrasi yang dipraktikan di dalam DAP. Nama saja demokratik tetapi kepimpinan DAP langsung tidak demokratik. Rakyat di negara ini sudah matang dan dapat melihat sikap kepimpinan DAP yang selama ini mendakwa mereka itu juara demokrasi, namun hakikatnya mereka sendiri tidak berpegang pada prinsip itu,” tegasnya.

Sabtu, 8 November 2014

Hakim Putuskan Enakmen Jenayah Syariah Bercanggah Dgn Perlembagaan, #ISMA Gesa #MAINS Fail Rayuan #LGBT #Transgender


Keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memutuskan bahawa Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Sembilan) 1992 yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan sudah pastinya diraikan gembira oleh golongan transgender di negara ini.

Hakim Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus menyampaikan keputusan mengisytiharkan Seksyen 66 itu sebagai terbatal, sekaligus mengiktiraf hak golongan transgender yang mengalami disforia gender dan berpakaian serta berkelakuan seperti wanita.

"Pakaian seseorang adalah satu contoh kebebasan yang dijamin di bawah Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan.

Keputusan itu dibuat selepas tiga lelaki beragama Islam merayu di mahkamah rayuan, setelah Mahkamah Tinggi Seremban menolak permohonan semakan kehakiman untuk mencabar perlembagaan enakmen syariah.

Di sebalik keputusan mahkamah itu, kita umat Islam sepatutnya merasa gusar, dibimbangi golongan transgender ini akan bertindak lebih berani untuk menyuarakan hak yang lain sekaligus mencabar perlembagaan negara yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

Perjuangan golongan gay, lesbian, biseksual dan transgender (LGBT) ini mendapat sokongan daripada Badan Hak Asasi Manusia.

Malah, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang memperjuangkan kumpulan LGBT ini turut menyokong dan mendesak agar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan daripada tuduhan meliwat.



Bagi NGO ini, pendakwaan bagi kes liwat yang dihadapi Anwar bukanlah satu perbuatan jenayah.

Menurut mereka, pendakwaan tersebut meletakkan kebebasan dan hak kumpulan minoriti LGBT kini dalam kedudukan bahaya.

Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) antara NGO Islam pertama yang bersuara menggesa Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) memfailkan rayuan kepada mahkamah rayuan mengenai keputusan yang dibuat terhadap golongan transgender.

Menurut Pengerusi Undang-undang Divisyen, Muhammad Lutfi Abdul Khalid, rayuan itu perlu, memandangkan keputusan mahkamah itu boleh digunakan sebagai contoh untuk isu sama pada masa depan.

“Keputusan itu boleh digunakan sebagai rujukan di negeri lain dan Wilayah Persekutuan, sekiranya kes sama berlaku.

“Ini kerana, pihak berkuasa mengenai undang-undang Islam negeri tidak mempunyai pilihan lain, selain terikat dengan keputusan mahkamah rayuan,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik ke laman ISMA.

Tambahnya lagi, rayuan itu amat penting untuk menguatkan lagi kekuasaan pihak berkuasa undang-undang Islam, bagi membendung aktiviti isu homoseksual, biseksual dan transeksual (LGBT) dalam komuniti Islam.

YPS ~ Belum lagi selesai isu Sister In Islam, timbul pulak isu LGBT ni. YPS melihat satu jer, Islam semakin diperlekehkan. Jamil Khir tolong la tengok²kan, fikir²kan dan lakukan lah sesuatu.

Rabu, 5 November 2014

#NKPUM @Azwanbro Kecam #DAP Kaitkan Sekolah Agama Sbg Pemisah Kaum @NajibRazak @Khairykj #PemudaUMNO #PAS


Kenyataan biadap Ahli Parlimen (DAP) Sibu Oscar Ling yang menyifatkan Sekolah Agama antara penyebab kepada pemisahan kaum di negara ini mengundang kecaman pelbagai pihak.

Kenyataan yang menyentuh sesitiviti umat Islam tersebut dikeluarkan dalam satu sidang medianya di lobi Parlimen kelmarin.

Antara yang bangkit mengecam kenyataan itu adalah Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan dalam kemas kini twitter beliau.

Menurut Azwan, DAP tidak sepatutnya mempersoalkan status sekolah agama yang seiring dengan dengan Islam sebagai agama rasmi persekutuan.


SAMTH, antara sekolah agama yang terkenal di Klang, Selangor.
"DAP jangan salahkan sekolah agama yang seiring dengan Islam sebagai agama rasmi," tegasnya.

Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa “Ugama Islam ialah ugama bagi Persekutuan; tetapi ugama-ugama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”.

Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO Malaysia berkata, kita tidak persoal status SJK (Sekolah Jenis Kebangsaan) jadi DAP tak perlu soal status sekolah agama.

Azwan turut menyifatkan sekolah berlainan aliran bukanlah punca kepada pemisahan kaum malah katanya kerajaan menghormati hak semua kaum di negara ini.

Apa yang penting, rakyat Malaysia perlu sentiasa berinteraksi dan kekal menjalinkan persefahaman.

Dalam masa yang sama, Azwan mempersoalkan dimanakah suara pemimpin PAS tatkala rakan mereka DAP mempersoalkan sekolah agama.

Sebagai sebuah parti yang meletakkan Islam sebagai asas perjuangan, PAS perlu menegur DAP yang juga rakan mereka didalam Pakatan Rakyat apatah lagi kenyataan pemimpin DAP tersebut jelas menghina agama.

"Takkan langsung tak peduli nak tegur sikit rakan sebantal walau mimpi berbeza," ujarnya lagi.

Menyentuh lebih lanjut mengenai isu ini, Oscar Ling sebagai Ahli Parlimen yang juga warganegara Malaysia perlu peka dan memahami sesuatu perkara sebelum mengaitkannya dengan isu yang dibangkitkan.

Bagi YPS, cubaan mengaitkan sekolah agama dengan isu perkauman adalah kesilapan besar Oscar didalam perkara ini kerana sekolah agama bukan berasaskan bangsa tetapi sekolah tersebut menerima kemasukan pelajar berdasarkan anutan dan kepercayaan.

Ahli Parlimen tersebut perlu tahu bahawa pelajar sekolah agama terdiri dari pelbagai kaum yang menganuti satu kepercayaan iaitu agama Islam.

Malah, ibubapa pelajar yang menghantar anak mereka belajar di sekolah agama juga memiliki ideologi politik berbeza dan terdapat juga mereka yang tidak terlibat atau berkecimpung dalam aktiviti politik kepartian.

Memang benar, setakat ini tiada pelajar bukan Islam yang memohon masuk atau belajar di sekolah yang mementingkan aspek-aspek berkaitan Islam.

Selain mata pelajaran biasa seperti yang terdapat di sekolah biasa, sekolah agama lebih menitikberatkan nilai-nilai baik kehidupan sebagai seorang muslim.

Sekolah agama tidak mendidik pelajarnya menjadi seorang rasis, tidak menyemai rasa benci terhadap kaum mahupun agama lain.

Untuk lebih memahami sekolah agama, kita cabar Oscar menghantar anak beliau belajar di sekolah agama sebelum mengeluarkan kenyataan biadap yang tidak berasas.

Tetapi beliau perlu bersedia untuk menerima dengan hati terbuka seandainya anak beliau menyatakan hasrat untuk memeluk Islam.


Kredit gambar: @PjO2u

Rabu, 6 Ogos 2014

Isu Hina Islam: #PemudaUMNO Tuntut Penjelasan Peguam Negara & SKMM @NajibRazak @Khairykj @azwanbro

PERGERAKAN Pemuda UMNO Malaysia hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penjelasan serta mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pihak yang menghina agama Islam secara terbuka di laman media sosial, baru-baru ini.

Naib Ketuanya, Khairul Azwan Harun menegaskan, pihak berkuasa tersebut tidak boleh lagi berdiam diri dan seolah-olah membiarkan perkara itu dilakukan sewenang-wenangnya tanpa tindakan undang-undang sehingga menimbulkan keresahan penganut Islam di negara ini.

"Jika pihak berkuasa itu gagal memberi jawapan dan perkembangan kes ini dalam tempoh seminggu, Pemuda UMNO Malaysia tidak teragak-agak untuk mendedahkan senarai kes lain yang masih gagal diselesaikan dan menjadi tanda tanya sehingga ke hari ini.

"Pihak berkuasa juga digesa tidak berlembut dengan individu seperti Kelvin Yip supaya penghinaan melampau terhadap agama Islam oleh individu-individu tidak bertanggungjawab terkawal," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Cyberjaya dan Jabatan Peguam Negara, di sini, semalam.

Memorandum itu mendesak pihak berkuasa tersebut memberi penjelasan dan mengambil tindakan segera terhadap pemilik akaun Facebook, Kelvin Yin dan beberapa individu lain yang telah menghina Islam melalui laman media sosial masing-masing.

Memorandum yang mengandungi empat halaman itu diterima oleh Pengarah Kanan Komunikasi Strategik SKMM, Sheikh Raffie Abd Rahman manakala Jabatan Peguam Negara pula diwakili oleh Pengarah Media Komunikasinya, Asmawaar Samat.

Sikap berlembut pihak berkuasa telah mendorong pihak tertentu mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian agama dan kaum hingga menjejaskan kepentingan umum.

"Pada hari ini kelihatan ada pendekatan yang berbeza yang diambil pihak berkuasa yang bertanggungjawab hingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat.

"Sesetengah insiden ditangani sebaliknya, cukup dengan sekadar permohonan maaf sahaja dan tindakan tidak diambil atau pun proses undang-undang terlalu lambat bergerak," katanya lagi.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia Jamawi Jaafar, Ketua Pemuda Selangor Zainuri Zainal dan Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii.

Isnin, 4 Ogos 2014

Isu Hina Agama: #PemudaUMNO Bidas Peguam Negara & Pihak Berkuasa @Khairykj @azwanbro @razlanrafii

Bangun daripada tidur, jangan terus lena!!!

Itu peringatan disuarakan Pemuda UMNO kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang sikapnya mencetuskan keresahan dan tanda tanya hingga menimbulkan tanggapan seolah-olah berlaku pilih bulu dalam pendakwaan berhubung kes menghina agama atau kaum di negara ini.

Ini berikutan sikap Peguam Negara sendiri yang begitu cepat mengambil tindakan apabila ada orang Melayu/Islam yang menghina agama atau kaum lain sedangkan apabila orang lain menghina Melayu/Islam termasuk dalam hal-hal yang paling sensitif malahan sesetengahnya membabitkan simbol rasmi negara, tiada pula tindakan diambil terhadap mereka.

Sebagai contoh, dalam kes seorang pemuda bernama Namewee yang mengubah lirik lagu kebangsaan Negaraku kepada Negarakuku dengan seni kata yang amat menghiris hati orang Melayu, anak muda itu dilepaskan begitu sahaja selepas meminta maaf dan dipanggil berjumpa seorang menteri.

Namun apabila seorang pendakwah, Shahul Hamid Seeni Muhammad dikaitkan dengan perbuatan menghina agama bukan Islam, dia terus ditahan walaupun kenyataan itu dikatakan dibuat dalam ceramahnya empat tahun lalu.

Terbaharu, seorang individu bernama Kelvin Yip dilaporkan telah menghina takbir Aidilfitri umat Islam menerusi Facebook menggunakan kata-kata yang teramat kesat, lucah dan menyinggung hati namun hingga kini, tiada tindakan diambil meskipun banyak laporan polis sudah dibuat.

Malah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataannya juga menggesa supaya tindakan paling tegas diambil ke atas Yip.

Setakat ini, tiada tindakan oleh Peguam Negara yang dilaporkan berhubung kes itu.

Ini mendorong pemimpin Pemuda Umno di seluruh negara yang bimbang hal yang sedemikian jika dibiarkan boleh membawa akibat yang sangat buruk kepada negara, menyindir Abdul Gani supaya 'segera bangun daripada tidur lena'.


Di IPOH,  Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, sudah sampai masa untuk pihak berkuasa bertindak tegas bagi menghalang gejala yang boleh merosakkan perpaduan dan keharmonian itu berterusan.

"Guna apa saja undang-undang yang kita ada. Jangan selepas minta maaf, lepas begitu saja," katanya.

WILAYAH PERSEKUTUAN - Dengan nada lebih tegas, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Muhammad Rafii menuntut Abdul Gani supaya memberi penjelasan berhubung kes-kes tertangguh sebelum ini yang melibatkan sensitiviti bangsa dan agama.

"Ustaz Shahul yang dikatakan membuat kenyataan berunsur perkauman dan menghina Hindu, begitu cepat dipanggil pihak berkuasa untuk siasatan. Tetapi lebih menarik setelah tujuh hari berlalu, tiada apa-apa tindakan yang diambil terhadap Kelvin Yip walaupun beberapa laporan polis telah dibuat dan telah menjadi viral di laman sosial," katanya.

"Lebih mengejutkan adalah tindakan pihak berkuasa yang nampaknya mengamalkan ‘selective prosecution’ (pendakwaan terpilih) apabila terdapat satu kes yang diklasifikasikan sebagai ‘samseng jalanan’ terhadap seorang wanita yang dituduh bernama Kiki," katanya lagi.

Dengan nada berterus terang, anggota Exco Pemuda UMNO, Sheikh Nafiq Alfirdaous Sheikh Abdul Rahman mengingatkan Peguam Negara supaya jangan bersikap pilih bulu dalam pendakwaan isu sensitiviti agama.

Menurut beliau, sikap Peguam Negara berdiam diri dalam kes berkaitan penghinaan agama oleh individu di laman sosial menimbulkan tanda tanya masyarakat, terutama orang Melayu/Islam.

Di JOHOR BAHRU, Ketua Pemuda UMNO Johor, Hahasrin Hashim menyifatkan sikap biadab Yip tidak boleh dibiarkan.

“Kami mahu polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci berhubung isu berkenaan. menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas ke atas Kelvin Yip dengan mendakwanya di mahkamah," katanya selepas membuat laporan polis  di Tampoi. [SH]

Khamis, 17 Julai 2014

#ALTEL Sedia Perkenalkan Perkhidmatan 4G LTE @MyALTEL @promelayu @SirKhairyKZ


ALTEL merupakan sebuah syarikat telekomunikasi baru yang menerima slot spektrum terbesar perkhidmatan 4G LTE di Malaysia berbanding syarikat telekomunikasi lain. 

ALTEL dilaporkan telah bersedia untuk memperkenalkan perkhidmatan 4G mereka kepada para pengguna setelah tertangguh sejak 1 Julai yang lalu disebabkan beberapa ujian teknikal.


Buat masa ini, Altel hanya menawarkan perkhidmatan dalam bentuk prabayar (prepaid), dan mereka menggunakan rangkaian Celcom untuknya. 


Bagaimanapun, penambahan sokongan rangkaian LTE ini akan diperkenalkan secara berperingkat mengikut kawasan oleh pihak mereka.


Dengan sokongan 4G LTE, ALTEL dijangka akan menawarkan kepantasan data pada kadar antara 3 ke 5 kali ganda berbanding rangkaian 3G sedia ada, sekaligus membolehkan pengguna membuat pelbagai perkara dengan lebih pantas, disamping menikmati media tanpa sebarang gangguan ataupun lengah masa (lag).


Jom tukar ke ALTEL, sebab;


1. Altel - milik Melayu (Syed Mokhtar Al Bukhairy).
2. Altel - coverage dijamin dapat dicapai hingga ceruk kampung.
3. Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
4. Internet package - 1GB RM28, 2GB RM48
6. Pengguna telco lain boleh kekalkan nombor asal.


Senarai alamat penjual sim card Altel:




Bagi mereka yang berada di Perak, anda boleh menghubungi Saudara KZ di laman Facebook Pencinta Kemananan untuk menjadi dealer ataupun mengemukakan sebarang pertanyaan.

Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz:





Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:


Ahad, 6 Julai 2014

Hina Islam: @Azwanbro Desak @PDRMsia Segera Bertindak Siasat David Orok @NajibRazak @Zahid_Hamidi @KhairyKJ #PemudaUMNO


NAIB Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun mendesak pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) agar segera bertindak menyiasat laporan polis yang telah dibuat oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam termasuk Pergerakan Pemuda UMNO di Sabah terhadap Pengerusi Pertubuhan Seni dan Budaya (PSB) Borneo DAVID OROK yang mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam di laman ‘facebook’ beliau.

Laporan Polis sudah dibuat ke atas kenyataan David Orok. Tapi tiada tindakan lagi. Sampai bila nak biar orang hina agama. Fikirlah @PDRMsia,” kata Azwan dalam laman ‘twitter’ beliau.

Dalam status tersebut, Azwan dengan jelas merujuk atau 'mention' pihak Polis (@PDRMsia) selaku organisasi yang diberi kuasa seperti yang diperuntukkan dibawah perundangan negara bagi menjaga keharmonian rakyat dan negara.


Keratan kenyataan David menghina Rasulullah SAW di facebook.
David yang juga Bekas Ketua Pemuda dan Penolong Setiausaha PBS Sulaman, Tuaran sebelum menyertai STAR bersama-sama Dr. Jeffrey Kitingan dilaporkan mengeluarkan kenyataan biadab dan menyentuh sensitiviti umat Islam yang boleh membangkitkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Pelbagai NGO di Negeri Sabah seperti Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian, CONCERN yang mewakili WADAH, ABIM, AMAL, PSS dan Rumpun Melayu Sabah telah membuat lapuran polis di beberapa Ibu Pejabat Polis (IPD) Negeri Sabah.

Namun sehingga kesaat ini, pihak Polis dilihat masih belum bertindak keatas kesemua laporan polis melibatkan individu ini.



Malah, David masih bebas memuatnaik kenyataan berbentuk provokasi melampau dengan memutarbelit ayat-ayat suci Al Quran dan hadis di laman facebook beliau.



Menurut Azwan, pihak Polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak perlu terlalu berhati-hati sebaliknya bertindak tegas menguatkuasakan segala bentuk peruntukan perundangan yang ada.

Bila penguatkuasaan lemah dan terlalu berhati-hati, akan ada yang mengeksploitasi keadaan.

ANCAMAN KESELAMATAN BUKAN TRADISIONAL yang wujud dalam pelbagai bentuk terutama menerusi media baru yang banyak menyebarkan elemen berunsur fitnah, hasutan dan provokasi, perlu diatasi dengan tindakan tegas.

Menghina kemudian minta maaf. Perasaan orang lain amacam?” ujar Azwan dalam status kedua beliau selang beberapa minit selepas status pertama di atas.



Selasa, 1 Julai 2014

#MKPN: Tun Abdul Hamid Tolak Jawatan, Bimbang Diperalat


Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.

"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.

"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu.

"Ahli-Ahli yang terdiri daripada anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu  kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis.

Abdul Hamid juga mendakwa kerajaan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) secara sengaja atau tidak, telahpun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu 'Racial and Religious Hate Crime Bill', 'National Harmony and Reconciliation Bill' dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill' kepada pembangkang, yang dilihat sebagai 'merampas' MKPN.

Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya.

Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiar menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri.  

Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.

"Selepas itu kementerian atau jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu).    

"Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal  seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan, mengapa amalan itu tidak diikuti?" katanya.    

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau bukanlah menolak pembangkang dirunding mengenai rang undang-undang itu, namun janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali Umno dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

"Pemimpin-Pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu," katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara itu turut memperjelas sebab beliau mengaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang dengan merujuk satu insiden pada majlis makan malam anjuran badan itu selepas pilihan raya umum ke-12 semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara.

"Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang," katanya. - Bernama

#AktaHarmoni: Kemungkinan Negara Huru-Hara Jika Akta Hasutan Dihapuskan - Tun M @NajibRazak


Dalam artikel YPS yang lalu, YPS ada menulis berkaitan sidang akhbar Pergerakan Pemuda UMNO yang menyuarakan pandangan mereka berkenaan cadangan kerajaan untuk melaksanakan Akta Harmoni Nasional bagi  menggantikan Akta Hasutan 1948. Baca di SINI.

Dalam sidang akhbar tersebut, Ketua Pemuda UMNO Malaysia YB Khairy Jamaluddin memohon kerajaan memperhalusi dan melindungi beberapa akta yang sedia terkandung dalam Akta Hasutan 1948 melibatkan kepentingan Islam, institusi raja dan bangsa.

Hari ini bekas Perdana Menteri Malaysia ke 4, YBhg Tun Dr Mahathir pula menulis sebuah artikel bertajuk AKTA HASUTAN di dalam blog beliau.

Berikut adalah petikan dari artikel beliau,

1. Kerajaan bercadang untuk menghapuskan Akta Hasutan dan menggantinya dengan Akta Harmoni dan Akta Uniti.

2. Kita sudah pun mansuh ISA dan Akta bagi membuang daerah penjenayah bersiri. Kita lihat kesan dari pemansuhan kedua-dua Akta ini ialah peningkatan berbagai jenis jenayah. Tetapi hasutan walaupun ada dilakukan tetapi tidak melampaui batas.

3. Apabila Akta Hasutan digugur maka rakyat Malaysia akan bebas menghasut. Kedua-dua akta baru berkenaan dengan harmoni dan uniti tidak akan menghalang hasutan yang akan berlaku.

4. Rakyat akan menerima berbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi raja juga dihapuskan.

5. Di Thailand ada undang-undang “Les Mejeste” yang melarang sebarang cemuhan terhadap raja dan institusi raja. Tetapi di Malaysia undang-undang ini tidak ada.

6. Pelampau di kalangan rakyat bebas mengkritik raja dan sistem beraja secara terbuka dan akhirnya membuat desakan supaya institusi raja dihapuskan. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh.

7. Ramai mungkin yang akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja. Tetapi kerana hasutan dibenar mereka yang berminat untuk mendiri Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

8. Kemungkinan ialah huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan dari sikap liberal yang kita agungkan sekarang.

Kerajaan pada 30 Mei lepas mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional. Ini susulan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional.

Dr Mahathir sebelum ini mengkritik cadangan memperkenalkan ketiga-tiga undang-undang baharu itu kerana disifat akan terus meminggirkan segelintir kaum selain menghapuskan kelebihan berdasarkan bangsa, agama, keturunan, tempat lahir, jantina atau mereka yang tidak berkemampuan.

Rabu, 7 Mei 2014

#HUDUD: Bersediakah Kita? - #WacanaSinar @SinarHarianSH


PELAKSANAAN hukum hudud di Kelantan kembali menjadi topik hangat yang diperdebatkan di pentas nasional sehinggalah ke warung-warung kopi.

Isu hudud ini bukanlah sesuatu yang baru namun kesungguhan kerajaan negeri Kelantan untuk merealisasikan perundangan berteraskan syariah Islam ini menarik perhatian ramai.

Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah sekali lagi menganjurkan Wacana Sinar Harian Siri ke-27 bertajuk "Hudud: Bersediakah Kita?" untuk memberi ruang kepada masyarakat menilai dan memahami hukum jenayah syariah berlandaskan Islam ini.

Bersama-sama moderator terkenal, Dr Maszlee Malik, kami bawakan juga panelis yang tidak kurang hebatnya, bekas Mufti Perlis, Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah dan Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong.


2.30 petang: Peserta sudah memenuhi auditorium dan mengambil tempat. Antara panel yang kelihatan ialah Datuk Wee Ka Siong.

2.50 petang: Wacana Sinar Harian Siri ke-27 "Hudud: Bersediakah Kita?" bakal bermula sebentar sahaja lagi. Peserta kini sedang memenuhi auditorium.

3.05 petang: Para penalis jemputan mengambil tempat. Wacana akan bermula pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

3.10 petang: Wacana bermula. Moderator menyatakan keputusan Pas ambil keputusan untuk laksanakan hudud kali ini lebih menarik  apabila Umno menyatakan hasrat menyokong hukum tersebut.

Beliau kemudian beri masa lima minit kepada setiap peserta untuk ulas perkara itu.

Tambah Dr Asri, di zaman moden ada Pakistan, Libya, Sudan buat hudud, namun kemudian menghentikannya kerana keadaan yang tidak sama dengan zaman.

Sebab beza zaman nabi, yang terus berjalan di Arab Saudi, hudud bukan mudah untuk dilaksanakan.

3.11petang: Menurut Dr Asri, sebagai orang Muslim, orang Islam tidak akan pertikai akan hukum ALLAH ini. Namun katanya, adakah sampai keadaan untuk kita laksanakan hukum ini?

Jelas Dr Asri, sebagai Muslim, tiada halangan ke atas pelaksanaan hudud. Brunei hendak buat, Kelantan akan menyusul. Sebagai Muslim kita tidak tentang.

Apa yang perlu dibincangkan katanya, kita kena capai apa yang nabi ucapkan. Peniaga di zaman nabi tidak sama, sekarang tidak sama. Adakah hudud hendak buat hari ini, atau bila?

Jelasnya lagi, nabi laksana hudud nabi pastikan beberapa perkara. Nabi memudahkan yang halal. Menyukarkan yang haram.

3.20 petang: Mohd Amar mengambil peluang menyampaikan hujahnya.

Menurut Mohd Amar, apabila hendak melaksanakan hudud, isunya bukan hendak potong tangan dan rejam orang yang berzina tetapi menjadikan undang-undang jenayah Islam jadi undang-undang dalam negara.

Tambahnya, "kita baru hendak beli kereta, bukan bawa kereta takut langgar orang dan lain-lain".

3.25 petang: Panelis kedua We Ka Siong pula menyatakan pandangan beliau. Menurut Ka Siong, beliau menerima undangan ke wacana ini kerana beliau rakyat Malaysia.

"Saya tahu saya kafir. Kebetulan saya dibesarkan dalam kalangan orang Melayu," katanya memulakan hujah.

Menurut Ka Siong beliau tiada masalah dengan masyarakat Islam kerana ahli keluarganya juga ada yang beragama Islam.

Apa yang menjadi kebimbangannya, jika hudud dilaksanakan, "kalau orang Islam dan bukan Islam terlibat rogol. Macam mana? Nak kena cari 4 saksi untuk proses itu?"

3.40 petang: Menurut Dr Mushaddad pula, beliau setuju dengan pandangan Dr Asri. Sebagai Islam, tidak menolak hudud.

"Kita sebagai Islam perlu percaya, tiada undang-undang yang lebih adil sepertimana yang hukum yang ditetapkan oleh ALLAH. Pastikan prinsip kita sama dengan maqasid syariah," ujar beliau.

3.45 petang: Moderator meminta Dr Asri memberikan penjelasan terhadap persoalan yang dibangkitkan oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr We Ka Siong.

Kalau mencuri di Malaysia ini, ada juga yang mencuri Melayu, Cina India. Kalau satu kena potong tangan, satu kena penjara. Adil ke?

Kalau zina tadi, saksi mesti seorang Islam dan lelaki. Tidakkah itu sebagai menafikan hak bukan Islam. Kalau saya ada di sana, saya tak boleh jadi saksi. Perempuan juga begitu.

3.46 petang: Mengulas kepada jawapan Mohd Amar dan soalan Ka Siong, Dr Asri berkata, beliau percaya, hudud boleh dilaksanakan jika keadilan benar-benar dapat direalisasikan.

Katanya, "hudud perlu diwacanakan untuk dapat maklum balas rakyat dan semua orang".

"Sebagai contoh kita kritik Tabung haji, tetapi kita tidak kritik haji. Kita tidak pertikai hasrat Kelantan, cuma sekarang yang kita bincangkan ialah memperkemaskan hukum hudud," ulasnya.

Tambah beliau, "kita kena beza dosa peribadi, dengan dosa keselamatan awam. Hudud dibuat untuk kedamaian".

Dr Asri kemudiannya memberikan contoh negara-negara yang melaksanakan keadilan kepada rakyatnya seperti Denmark dan Norway.

Ujar Dr Asri, "Nabi sampai Madinah, ucapan pertama nabi ialah wahai manusia sampaikan salam, damaikanlah masyarakat, berilah orang makan, beri kebajikan, hubungan silatirahim dan solatlah. Ini slogan pertama nabi.

Tegasnya, beliau bersama Kelantan dalam bentuk kehendak. Namun beri gambaran, "kita ada gadis muslihah tetapi diberi kepada lelaki jahat. Itulah gambaran saya".

3.55 petang: Moderator memberi peluang kepada Dr Mushaddad untuk mengulas persoalan yang dibangkitkan oleh Ka Siong.

Dr Mushaddad dalam hujahnya berkata, terdapat perbezaan di kalangan ulama mahupun mazhab berkaitan isu zina dan mencuri.

" Ulama berijtimak, bukan Islam mesti dikenakan hukum hudud sepertimana yang dikenakan kepada orang Islam.

" ... kena cakap atas dasar ilmu, bukan ikut kepala sahaja. Hudud tak sama tujuan sembahyang , ia jaga keamanan bagaimana hendak wujudkan keamanan jika hanya Islam dikenakan potong tangan," katanya.

4.15 petang: Moderator dan Ka Siong kemudiannya bersoal-jawab sama ada wakil MCA itu memahami apa yang disampaikan.

"Adakah Datuk Wee Ka Siong nampak itu tak adil, soal Maszlee merujuk kepada jawapan Dr Mashaddad.

Ka Siong kemudian berkata, "saya sudah baca empat hari. Dan minta kawan Melayu tolong jelaskan.

"Sebab itu saya tanya adakah itu keadilan sejagat. Yang merogol 2 orang, seorang kafir, seorang Islam merogol orang Islam. Tapi yang Islam kena hukum, seorang terlepas," ujarnya.

Moderator kemudian bertanya, "adakah Datuk nak bukan Islam pun kena hudud juga?"

Namun menurut Ka Siong, "kita perlu ada satu undang-undang saja yang merangkumi semua. Macam mahkamah syariah tak apalah. Saya tak terasa".

Ketika ditanya sama ada undang-undang sekarang mengurangkan kadar jenayah di negara ini oleh moderator, Ka Siong berkata, "sama juga... Indeks jenayah telah berkurangan. Manusia ada 1 peratus yang kepala tak betul. Ada hudud pun dia tetap buat jenayah juga".

Ka Siong kemudian ditanya oleh moderator, keputusan membenarkan hudud dibawa ke Parlimen diputuskan oleh menteri, komponen BN.

"MCA tak setuju dengan Umno?," soal moderator.

"Saya tak setuju. Tak kira siapa yang bawa dan disokong oleh Umno ke, asas kita nak laksana ikut perlembagaan. Jamil Khir tak wakili BN. Bukan satu persetujuan yg diwakili BN.

"Kalau berlaku, sudah sampai masa kita bincang kedudukan kita dengann rakan sekutu," tegas Ka Siong lagi.

4.30 petang: Mohd Amar turut menjelaskan mengenai hukuman kepada bukan Islam berkaitan isu rogol.

"Kalau tiada bukti 4 saksi, bukan Islam masih boleh dikenakan takzir.Takzir itu adalah undang-undang jenayah negara sekarang.

"Mana-mana kesalahan bukan Islam tidak akan dikenakan di mahkamah syariah, tapi dikenakan di mahkamah sivil," jelasnya.

4.35 petang: Sementara itu, menurut Dr Asri, perbezaan pendapat berkiatan isu zina boleh dirungkai.

"Keselamatan awam, kita dokong Kelantan, bagaimana tanggapan yang negatif dapat diatasi. Masalah jenayah, mesti diseragamkan," ujarnya lagi.

Sesi soal jawab berlangsung kira-kira jam 4.40 petang. Antara soalan yang ditanya kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan, "kenapa perlu percaya kepada Umno untuk bantu laksanakan hudud?

"Kerana Umno pegang teras dalam BN sebagai pemerintah negara, bila Umno sedia beri laluan, kita terimanya, tiada agenda lain.

"Jika kereta rosak tiba-tiba orang nak tolong takkan kita hendak tanya, Pas ke Umno?," ujar Mohd Amar.

Sesi penggulungan menyaksikan Ka Siong tetap dengan pendirian sebelum ini.

Dr Asri pula menyatakan sokongan terhadap hudud di Kelantan, namun ia mesti dikemaskini.

"Saya ingin sebut negara Islam itu bukan negara hudud. Negara Islam meliputi semua, negara Islam adalah sepertimana negara yang bebas rasuah, bebas kerosakan," katanya.

Mohd Amar ketika menggulung sesi wacana berkata, walaupun Umno menyokong pelaksanaan hudud, Pas tidak akan menyertai parti itu.

Dr Mushaddad pula berkata, walaupun setuju pelaksanaan hudud di Kelantan namun undang-undang mengenainya diperkemaskan lagi.

Sumber

Selasa, 6 Mei 2014

#HUDUD: Jangan Sampai Hina Islam - DS @ReezalMerican

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican meminta semua pihak termasuk komponen Barisan Nasional agar berhati-hati dalam mengulas persoalan hudud supaya jangan melampau sehingga menghina Islam dan menimbulkan kemarahan umat Islam.

Katanya, perbincangan, diskusi dan komen mengenai hudud mestilah berasaskan pedoman dan landasan ilmu dan bukannya berdasarkan sentimen sempit.

"Apa yang berlaku mutakhir ini, perbahasan mengenai hudud sudah menjadi alat politik kepada orang tertentu untuk mendapatkan markah politik dan bukannya di atas dasar keilmuan dan keikhlasan," katanya dalam satu kenyataan media.

Reezal merujuk secara khusus kepada kenyataan Ketua Wanita Gerakan, Tan Lian Hoe baru-baru ini bahawa hudud mendiskriminasi kaum wanita dan menjadikan wanita serta kanak-kanak terdedah kepada jenayah rogol.



Dalam sidang media pada 29 April lalu, Lian Hoe berkata mangsa rogol sukar mendapat pembelaan kerana jenayah itu sukar dibuktikan tanpa keterangan empat saksi lelaki Muslim.

Reezal berpendapat kenyataan ketua sayap parti komponen Barisan Nasional itu adalah satu contoh bagaimana ia boleh dianggap sebagai menghina hudud dan Islam itu sendiri.

"Tan Lian Hoe dan mana-mana pimpinan komponen BN mesti sedar, komen yang melampau mengenai Hudud mungkin sahaja menimbulkan kemarahan kalangan umat Islam secara keseluruhannya.

"Komen kononnya hudud akan membela perogol, sebagai contoh, adalah satu ulasan yang sangat kasar dan tidak berasaskan kepada fakta yang sebenar.

"Hudud mestilah dilihat secara keseluruhan dan bukan melalui perspektif hukuman semata-mata seperti yang diberikan ulasan oleh Tan Lian Hoe," katanya.

Jelas Reezal, komen mengenai hudud "yang tidak berlapik, bersifat semberono dan singkat ilmu" akan menyulitkan masyarakat untuk berbincang mengenai hudud.

Beliau merujuk kepada usaha membawa perbincangan mengenai undang-undang jenayah syariah itu pada peringkat panel pakar yang akan diwujudkan dengan kerjasama antara Putrajaya dengan kerajaan negeri Kelantan dan PAS.

Reezal mengingatkan semua pihak supaya memberi ruang kepada jawatankuasa teknikal itu "yang arif dan faham dengan pelaksanaan hudud" untuk memperhalusi persoalan undang-undang jenayah syariah berkenaan.

"Batas di antara memberi komen mengenai hudud sekaligus menghina Islam itu jangan sesekali dilanggar dan diambil sambil lewa.

"Sebagai pemimpin, kita perlu sensitif dengan banyak perkara dan hal. Jika asas ini pun gagal difahami oleh pemimpin parti komponen, kita akan menempuh jalan yang sukar," katanya.

Inisiatif penubuhan jawatankuasa teknikal bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang jenayah syariah di Kelantan itu diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom selepas satu perbincangan dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah di Kota Bharu pada 2 Mei lalu.

“Penubuhan jawatankuasa ini untuk memastikan pelaksanaan jenayah syariah Islam ini dapat dilaksanakan dengan mengambil kira kebijaksanaan dan juga keadilan bagi umat Islam,” kata Jamil Khir.

Jawatankuasa teknikal yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) itu juga akan meneliti peruntukan di bawah Perlembagaan Persekutuan bagi memastikan hak rakyat bukan Islam dilindungi.

Polemik mengenai hudud berbangkit semula apabila kerajaan negeri Kelantan mengumumkan hasrat membawa usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di negeri itu.

Video Penerangan #Hudud Oleh @UstazFathulBari di Pangkor 2012 @azwanbro #PemudaUMNO



Apabila kita faham dan kenal barulah kita ada rasa kasih dan sayang. Apabila ada rasa kasih dan sayang barulah ada keinginan untuk mengikuti dan melaksanakan.

Kita tidak memberi kefahaman kepada masyarakat tentang hukum Allah, apabila bercakap sahaja tentang hukum ini, kita asyik bercakap tentang mencuri hukumnya potong tangan.

Betul, mencuri hukumnya potong tangan, tetapi kita tidak menceritakan mencuri yang bagaimana, berapa kadar curinya, nilai barang yang dicuri, kadar potong tangan, kaedah pembuktian, dan saksinya bagaimana? Itu semua kita tidak tahu, yang kita tahu hanyalah mencuri hukumnya potong tangan.

Bagi yang telah berkahwin dan berzina, umum mengetahui hukumannya adalah rejam sampai mati. Namun bagaimana kaedah merejam? Siapa yang sanggup merejam? Kalau pada zaman Nabi SAW, orang yang dihukum akan tanam separuh badan dan dibaling dengan batu. Sekarang ini siapakah yang sanggup membaling batu dekat orang sampai mati?

Kerana itulah kita perlu membincangkan kaedah perlaksanaannya. Yang banyak dibincangkan pada hari ini adalah tentang hukuman itu sendiri. Kita tidak ceritakan kepada orang ramai tentang keindahan hukum ini, jadi bagaimana orang ramai hendak menerimanya?

Sebab itu kita katakan kepada teman-teman kita tidak kira Muslim atau non-Muslim, kita tanyakan, tahu atau tidak tentang hukum ini? Jika tidak tahu, jangan pandai-pandai menolak, menghina, atau menyindir hukum ini. Datanglah kepada kami untuk kami ceritakan tentangnya.

Qisas

Qisas merupakan hukum Allah, yakni hukum balas balik. Firman Allah SWT di dalam Al-Quran,

وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنْفَ بِالْأَنْفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ

“Dan Kami telah tetapkan terhadap mereka di dalamnya (Taurat) bahawasanya nyawa (dibalas) dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi, dan luka luka (pun) ada qishashnya.” (surah Al-Maidah, 5 :45)

Hukuman ini bukan dilaksanakan oleh orang yang disakiti. Ia dilaksanakan oleh pemerintah. Jika diberi kepada orang yang disakiti membalasnya, mungkin dia akan membalas secara berlebihan.

Pernah berlaku di Saudi, bergaduh dua orang Arab daripada Mesir. Seorang daripada mereka menyimbah asid ke muka kawannya sehingga matanya jatuh dan buta sebelah. 

Jadi untuk melaksanakan hukum qisas, mahkamah memanggil kedua belah pihak, dan setelah cukup pembuktian, cukup saksi dan sabit kesalahan, mahkamah bertanya dahulu kepada orang yang buta matanya, adakah dia mahu memaafkan pelakunya.

Lelaki yang buta matanya berkata dia ingin memaafkan tetapi kabilahnya tidak mahu memaafkan, dibimbangi jika lelaki ini pulang ke Mesir, kabilahnya akan membunuhnya. Maka dilaksanakan hukum qisas ke atas lelaki ini.

Ini kerana hukum qisas merupakan hukuman yang Allah berikan pilihan kepada mangsa sama ada mahu membalas balik atau memaafkan.

Bagaimana kaedah pelaksanaannya? Bukan mencungkil mata si pesalah. Bukan dengan mengambil benda tajam dan menikam matanya, bukan dengan menuang balik asid ke wajahnya. Tidak. 

Tetapi si pesalah dibawa ke hospital dan doktor yang akan membuat pembedahan dan mengeluarkan matanya. Begitulah kaedah hukum balas balik, dan hukuman hanya dilaksanakan melalui kaedah-kaedah pembuktian, bukan sesuka hati.

Di internet pernah tersebar video pencuri skrap getah ditangkap dan dibelasah habis-habisan oleh penduduk kampung, dipukul, diterajang dan sehingga dilekatkan kaki pencuri kepada ekzos motor yang panas. 

Adakah ini yang Islam kehendaki? Berapa ramai peragut yang ditangkap oleh orang awam dan dibelasah sehingga lembik dan patang tulang? Adakah itu hukum yang Islam kehendaki.

Pernah ditangkap di negeri sebelah utara pasangan berzina di mana lelaki itu berzina dengan isteri orang. Ditangkap dan dipukulnya sehingga mati. Sedangkan hukum Islam bagi orang yang belum berkahwin adalah disebat. 

Ini yang kita cuba fahamkan tentang hukum Islam. Hukum Islam bukan sekadar tangkap dan balun, tangkap dan potong tangan. Sebab itu kata Allah di dalam Al-Quran,

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

“Dan dalam qisas itu adalah kehidupan bagimu, wahai orang-orang yang berfikir, supaya kamu bertakwa.” (surah Al-Baqarah, 2: 179)

Seorang tokoh ulama terkenal, Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin ditanya tentang ayat ini, bagaimana qisas dikatakan kehidupan sedangkan orang yang membunuh dibalas balik dengan hukum bunuh, maka ramailah yang akan mati. Jadi mengapa Allah sebutkan di dalam Al-Quran, di dalam qisas itu ada kehidupan?

Kata Syaikh, sesungguhnya indahnya bahasa Al-Quran, indahnya hukuman Allah SWT, apabila pesalah yang cukup syarat, cukup bukti, cukup saksi itu dibunuh, ia akan mengurangkan kadar jenayah kerana dua perkara; pertama – si pembunuh telah tiada, kedua – orang lain takut untuk membunuh. Sebab itulah ia boleh mencambahkan dan memperbanyakkan kehidupan.

Ta’zir

Ta’zir adalah salah satu hukum daripada hukum-hukum Allah. Ta’zir adalah satu undang-undang yang Allah SWT berikan keistimewaan kepada pemimpin atau pemerintah Islam yang sah untuk berhukum dengannya, bergantung kepada keperluan dan kemaslahatan.

Saya bawakan contoh judi. Judi Allah hina di dalam Al-Quran, Nabi SAW hina di dalam hadis. Bahkan di dalam mana-mana agama lain, semua mengkritik dan mengutuk kaki-kaki judi. Tetapi di dalam Al-Quran dan hadis sendiri tidak dinyatakan perlaksanaan hukuman tertentu ke atas kaki judi.

Maka ia bergantung kepada pemerintah. Kalau pemerintah melihat dalam negaranya mungkin hanya 1% yang bermain judi, mungkin hukuman yang diberi tidak terlalu berat. Tetapi kalau dalam satu negara, 80% adalah kaki judi, dia mungkin akan meletakkan hukuman yang berat.

Contoh lain adalah rasuah. Nabi SAW menyebut di dalam hadis,

لَعَنَ اللَّهُ الرَّاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ فِي الْحُكْمِ

Ertinya: “Allah melaknat orang yang merasuah dan penerima rasuah dalam hukum.” (riwayat Ahmad dan lainnya)

Tetapi wujudkah hukuman tertentu yang Allah tetapkan bagi orang yang terlibat dalam rasuah? Tidak, Nabi pun tidak pernah menyebutnya. Jadi hukuman yang tidak dinyatakan oleh Allah dan Rasul seperti ini tidak boleh dikatakan hukum hudud, ia kembali kepada ta’zir, kembali kepada kecerdikan pemimpin untuk menentukan kadar hukuman sesuai dengan keperluan.

Sebab itu kalau kita lihat dalam sebuah negara luar, ada yang mencadangkan sampai rasuah dikenakan hukuman bunuh. Kalau kadar rasuah sangat membimbangkan, pelaksanaan hukuman rasuah yang berat perlu dilaksanakan. Sebab itu keluarlah satu kaedah yang ulama sebut,

التصرف على الرعية منوط بالمصلحة

“Tindakan pemerintah ke atas rakyat bergantung kepada kemaslahatan.”

Contoh lain adalah money laundering. Duit yang didapatkan dari aktiviti haram di luar sana yang hendak dibawa masuk ke negara kita tidak dibolehkan. Kemudian ia masuk secara haram dan ditangkap. Adakah apabila hukuman ini tidak dinyatakan di dalam Al-Quran, maka pesalah dilepaskan?

Judi dalam bola sepak, tidak ada di dalam Al-Quran dan hadis. Perniagaan menjual manusia, pendatang asing tanpa izin dan sebagainya, perkara seperti ini apabila tiada hukumannya di dalam Al-Quran maka ianya dipindahkan kepada kebijaksanaan pemimpin untuk menentukan hukuman, inilah yang dinamakan ta’zir.

Diyah (Diyat)

Diyah adalah satu topik khusus yang dipanggil ganti rugi. Contohnya, kemalangan jalan raya, seorang melanggar secara tidak sengaja, maka dia perlu membayar ganti rugi. Bunuh secara tidak sengaja, kalau menurut perundangan Islam, dia perlu membayar ganti rugi.

Diyah ini ada keterikatan dengan hukum balas balik. Dalam kes kecederaan mata seperti yang disebut awal tadi, sekiranya orang yang dicederakan memaafkan pelakunya, orang yang melakukan kecederaan tersebut harus membayar ganti rugi.

Semua perkara ini ada disebut oleh Nabi SAW; mata kena bayar berapa, tangan kalau putus kena bayar berapa, kepala kalau pecah kena bayar berapa, kalau kena tulang kena bayar berapa, kalau terkopak kena bayar berapa, semuanya telah diceritakan secara detil di dalam hadis-hadis Nabi SAW.

Hudud

Berbalik kepada topik utama kita iaitu hudud. Hudud berasal daripada perkataan arab al-had (batasan). Bawa kereta pun ada had laju, pergaulan lelaki dan wanita juga ada had dan batasan. Dalam berbicara dan berkata-kata juga ada had dan batasan. Filem hina Nabi, itu sudah melampaui had dan batasan yang dibenarkan. Maka dalam setiap urusan kehidupan seorang muslim, ada had yang perlu dipatuhi.

Dalam Al-Quran, apabila Allah SWT menceritakan tentang pembahagian harta pusaka, setelah Allah menceritakan semuanya secara detil, Allah berfirman,

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ فَلَا تَعْتَدُوهَا

Ertinya: “Itulah batasan-batasan Allah, maka janganlah kamu melampauinya.” (surah Al-Baqarah, 2: 230)

Maka itu maksud asal perkataan had. Apabila kita katakan hudud, ia bermaksud batasan-batasan yang telah Allah SWT tetapkan dalam jenayah syariah. Contohnya mencuri, menuduh orang berzina, memberontak, minum arak, berzina, dan lain-lain. Ini adalah senarai beberapa kesalahan yang termasuk dalam hudud. Kenapa dinamakan hudud adalah kerana Allah SWT telah menentukan kaedah hukumannya, bagaimana pelaksanaan, dan kadar hukumannya.

Contoh-contoh hukuman hudud;

Mencuri
Apabila Allah menyebut di dalam Al-Quran,

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

“Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah, dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (surah al-Maidah, 5:38)

Ini bukan cerita seorang mencuri lalu kita tangkap dan potong tangannya. Ini bukan seperti beli ayam di pasar, tetapi perlu kepada pembuktian dan saksi yang adil. Perlu melihat kepada benda apa yang dia curi. Sabda Nabi SAW,

لاَ تُقْطَعُ يَدُ السَّارِقِ إِلاَّ فِي رُبْعِ دِيْنَارٍ فَصَاعِدًا

“Tidak dipotong tangan pencuri kecuali barang yang dicuri bernilai satu per empat dinar atau lebih.” (Muttafaqun ‘alahi)

Jadi adakah boleh jika orang mencuri buah mempelam satu raga, kita potong tangannya? Sabda Nabi SAW di dalam hadis yang lain,

لا قَطْعَ فِي ثَمَرٍ وَلا كَثَرٍ

“Tidak ada potong tangan dalam (pencurian) buah dan tandan kurma.” (riwayat Abu Dawud dan At-Tirmidzi)

Jadi hal ini perlu difahami dengan betul. Bukan semua jenis mencuri dikenakan hukuman hudud. Mencuri motorsikal, adakah boleh dikenakan hukuman hudud ke atasnya?

Perlu diperhatikan, adakah motorsikal itu berada dalam jagaan dan kawalan tuannya, atau tuannya meninggalkan sahaja motorsikalnya di tepi jalan? 

Kereta Ferrari yang dicuri, sekiranya ia diparkir di dalam kawasan rumah, dan ada pengawal yang menjaga kawasan rumah tersebut, kemungkinan ya, barulah hukum hudud itu dilaksanakan kepada si pencuri.

Ini semua dibincang secara detil oleh para ulama, termasuklah kadar mana tangan si pencuri yang dibuktikan bersalah itu dipotong.

Perlu dilihat juga sekiranya kecurian berlaku pada musim kemarau dan pencuri adalah dari kalangan orang miskin, tidak ada potong tangan ketika mana musim lapar dan orang yang mencuri berada di dalam kemudharatan.

Apabila ada masalah dalam pembuktian, disebut di dalam hadis,

ادْرَأُوا اَلْحُدُودَ بِالشُّبُهَاتِ

“Ketepikah hukum hudud kerana ada syubhat (dalam pembuktian).”

Zina
Apabila seseorang ditangkap berzina, untuk disabit kesalahan perlu kepada saksi yang adil. Bukan semudah tangkap dan terus menjatuhkan hukuman.

Saya tertarik apabila ada orang mengulas tentang isu rogol, katanya hukum hudud tidak sesuai kerana jika non-muslim merogol muslim, disebabkan tiada saksi si mangsa tidak boleh mengadu, jika dia mengadu, dia akan disabitkan kesalahan menuduh orang yang tidak bersalah (qadzaf) iaitu sebat 80 kali sebatan.

Sebenarnya dia tidak faham tentang kaedah pembuktian hukum Islam. Kalau seseorang itu dirogol dan tidak ada bukti, Islam mempunyai kaedah pembuktian yang lain contohnya melalui teknologi seperti DNA, CCTV dan lain-lain. 

Cuma kesalahan yang dibuktikan melalui kaedah DNA dan CCTV tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi kembali kepada hukuman ta’zir.

Bukanlah tidak dikenakan sebarang hukuman kepada pesalah tetapi dipindahkan daripada hukuman hudud kepada hukum ta’dzir. Orang yang mengulas tersebut tidak faham, kitalah yang bertanggungjawab memahamkan dia.

Wallaahua’lam.

P/S - Video di atas adalah Ceramah Ustaz Fathul Bari di Pulau Pangkor pada tahun 2012.
Ketika video ini dirakam, Ustaz Fathul Bari merupakan CEO Pertubuhan Ilmuan Malaysia, sebelum ini dikenali sebagai Sekretariat Ulama Muda UMNO.

Hari ini, beliau merupakan EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Melihat kepada tarikh rakaman video tersebut, UMNO melalui Sekretariat Ulama Muda telah mula memberikan pemahaman tentang HUDUD sejak dari dahulu lagi. 

Ceramah Ustaz Fathul Bari ini dihadiri oleh penduduk Pulau Pangkor tanpa mengira pegangan ataupun ideologi politik. 

Memetik kata-kata Ustaz dalam video di atas, sebagai umat Islam kita wajib dan ingin melihat undang-undang Allah tersebut terlaksana di dalam negara kita.

YPS mendoakan agar suatu ketika nanti, dengan izin Allah SWT, Malaysia mampu melaksanakannya seperti jiran kita, Brunei.

Apa yang penting, umat Islam harus bersatu. Turun menerangkan kebaikan perlaksanaannya, agar semua pihak terutamanya golongan bukan Islam menerima perundangan ini sebagai suatu undang-undang yang terbaik di dunia.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..