Memaparkan catatan dengan label Aplikasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aplikasi. Papar semua catatan

Ahad, 30 November 2014

#UMNO Lancar Aplikasi Rasmi Untuk Pengguna Peranti Pintar, Khusus Utk Ahli Parti


UMNO turut melancarkan aplikasi rasmi mereka untuk pengguna peranti pintar Android dan IOS dengan membawakan pelbagai ciri-ciri interaktif.

Bagaimanapun, aplikasi ini dikhususkan kepada ahli UMNO yang berdaftar sahaja. Untuk menggunakannya, anda perlu menggunakan nombor kad pengenalan yang berdaftar dengan UMNO, dan menggunakan nombor telefon. Sebuah kod khusus akan dihantar untuk pengguna log masuk ke aplikasi berkenaan.

Aplikasi ini membolehkan pengguna mengakses beberapa info semasa berkaitan dengan UMNO, melihat direktori Majlis Tertinggi UMNO, serta mengikuti pengumuman terbaru daripada UMNO.

Selain itu, aplikasi ini turut dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri interaktif, antaranya membolehkan ahli berinteraksi dengan ahli UMNO lain melalui sokongan permesejan terbina, kemaskini terkini UMNO pusat selain permainan ringkas termasuk permainan berbentuk kuiz.

Sekiranya anda ahli UMNO, anda boleh memuat-turun aplikasi ini yang ditawarkan untuk Android dan iPhone hari ini secara percuma.

Muat Turun - Android
Muat Turun - iPhone

Ahad, 20 Julai 2014

#BoycottIsrael: Aplikasi #BUYCOTT Bantu Kesan Produk Yahudi #FreePalestine #Pray4GAZA

 
Usaha momboikot produk Yahudi boleh dibantu dengan satu aplikasi yang dikenali sebagai Buycott. 

Dilancarkan pada 2013, aplikasi ini kian popular dan mempunyai pangkalan data yang komprehensif sehinggakan pengguna boleh semak syarikat induk sesebuah jenama.  

Buycott membenarkan pengguna untuk menyertai kempen sedia ada seperti Free Palestine atau Boycott Israel. Pengguna juga boleh melancarkan kempen mereka sendiri.

Pengguna boleh menggunakan aplikasi ini ketika membeli belah untuk mengimbas kod produk (bar code). Kemudian ia akan memberitahu dengan serta merta jika pengeluar tertentu mempunyai apa-apa hubungan, sokongan, pendermaan, atau menjalankan perniagaan dengan sesebuah negara atau organisasi.

Buycott boleh memberitahu pengguna jika sesuatu produk menepati kepercayaan politik dan sosial seseorang pengguna.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ia dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat dunia.

Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia.

"Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya.

Klik http://buycott.com/mobile untuk memasang BUYCOTT di peranti pintar anda.

Rabu, 12 Februari 2014

KDN Kesan Penyelewengan Dalam Aplikasi Al-Quran

Masyarakat Islam di negara ini dinasihat berwaspada dalam memuat turun aplikasi berkaitan al-Quran melalui telefon pintar atau Internet kerana ada yang diseleweng dari segi kandungannya.

Setiausaha Bahagian di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata selain menerima aduan orang ramai, pihaknya sendiri mengesan kewujudan perkara itu yang dilihat sebagai cubaan menyesatkan umat Islam.

Penyelewengan yang dikesan meliputi penambahan ayat atau pengertian sehingga lari daripada yang asal, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Program Wakaf al-Quran dengan kerjasama Yayasan Restu, di sini hari ini.

“Kita akan berbincang lebih lanjut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan susulan,” katanya.

Menurut Hashimah, agak sukar bagi KDN memantau perkara itu memandangkan terdapat banyak perisian dan aplikasi al-Quran dalam Internet.

“Jika al-Quran yang dicetak pun boleh ada kesilapan cetakan, apatah lagi yang boleh dimuat turun atau berbentuk digital,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan memantau lebih serius perkembangan itu bagi mengelak masyarakat khususnya golongan muda daripada terpengaruh dengan penyelewengan tersebut.

Menurutnya, bermula bulan ini juga KDN menguatkuasakan penggunaan hologram bagi setiap al-Quran yang hendak dijual atau diedar kepada orang ramai.

Penggunaan hologram itu diharap dapat membantu masyarakat mendapatkan naskhah al-Quran yang sebenar dan bagi al-Quran yang sudah dicetak pula, orang ramai disaran membeli kitab suci yang mempunyai kelulusan KDN, katanya.

– BERNAMA

Sabtu, 2 November 2013

PENGGUNA AKTIF HARIAN FACEBOOK MENCECAH 728 JUTA ORANG

Kebiasaannya, pada setiap suku tahun, Facebook akan mengumumkan statistik terkini angka penggunaan laman sosial terkemuka tersebut, dimana kini Facebook digunakan oleh lebih 1.19 bilion pengguna aktif setiap bulan.
Dilihat secara purata, seramai 728 juta pengguna mengaksesnya setiap hari,  perkhidmatan laman sosial tersebut dianggar mempunyai lebih daripada 874 juta pengguna aktif setiap bulan yang mengaksesnya melalui peranti mudah-alih.
Facebook boleh dikatakan telah menjadi salah satu medium komunikasi, bukan sahaja antara rakan-rakan, tetapi juga oleh syarikat kepada pengguna mereka dan sebagainya.
Peningkatan penggunaan Facebook ini boleh dikatakan sekata, dan kini lebih ramai mengaksesnya menggunakan peranti mudah-alih berbanding melalui desktop.
Secara purata, boleh dikatakan separuh daripada pendapatan Facebook dijana melalui penggunaan di peranti mudah-alih pada hari ini.

Yps adalah salah seorang daripada 728 juta tersebut di atas. Dan Yps juga sebahagian dari 874 juta yang 'online' menggunakan peranti mudah alih. 

Lebih seronok online guna desktop tapi udah manjang je BSOD.


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..