Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al Quran. Papar semua catatan

Selasa, 18 Februari 2014

SOSMA: Kit Siang Bukan Saja Pertikai Khutbah, Tapi Al-Quran



KENYATAAN Lim Kit Siang mempertikaikan Khutbah Jumaat yang disiarkan Roket Kini pada 2 Februari yang lepas (telah dipadamkan) bukan sahaja membawa maksud penasihat DAP itu mempersolkan teks khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM, tapi juga ayat-ayat suci Al-Quran (Ayat 120 – Surah Al-Baqarah).

Itu jelas dan nak menafikan pun tidak berguna kerana walaupun sudah dipadamkan, caption dari artikel tersebut bersepah di Internet untuk dirujuk.  Tambah memudahkan kerja polis, artikel itu disiarkan oleh kesemua media pro pembangkang seperti Malaysian Insider dan Malaysia kini.

Selanjutnya baca di SINI.

Diharapkan pihak berkenaan akan mengambil tindakan sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada. 

YPS berpendapat, jika benar Lim Kit Siang mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau perlu ditahan dibawah Akta SOSMA.

Akta baru ini adalah akta yang menggantikan ISA yang telah dimansuhkan kerajaan pada 2011. Sebagai gantinya, pada 16 April 2012 perdana menteri telah membentangkan rang undang-undang terbabit di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Pada 17 April 2012 Rang Undang-Undang terbabit diluluskan tanpa sebarang pindaan serta diluluskan juga untuk bacaan kali ketiga.

Seperti juga ISA, SOSMA digubal berdasarkan peruntukan 149 Perlembagaan Persekutuan. Tujuan akta terbabit diperkenalkan adalah untuk mengenal pasti serta membanteras aktiviti pengganas, pengintipan dan ancaman terhadap keselamatan negara.

#SOSMA: Kuasa Mutlak Polis

Akta ini memberi kuasa mutlak kepada polis untuk mengumpul bahan bukti serta memintas atau gangguan maklumat komunikasi tanpa waran mahkamah. 

Dalam prosedur penahanan, pihak berkuasa diberikan tempoh 28 hari untuk menahan seorang suspek bagi tujuan siasatan.

Rabu, 12 Februari 2014

KDN Kesan Penyelewengan Dalam Aplikasi Al-Quran

Masyarakat Islam di negara ini dinasihat berwaspada dalam memuat turun aplikasi berkaitan al-Quran melalui telefon pintar atau Internet kerana ada yang diseleweng dari segi kandungannya.

Setiausaha Bahagian di Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Kementerian Dalam Negeri (KDN), Hashimah Nik Jaafar berkata selain menerima aduan orang ramai, pihaknya sendiri mengesan kewujudan perkara itu yang dilihat sebagai cubaan menyesatkan umat Islam.

Penyelewengan yang dikesan meliputi penambahan ayat atau pengertian sehingga lari daripada yang asal, katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat Program Wakaf al-Quran dengan kerjasama Yayasan Restu, di sini hari ini.

“Kita akan berbincang lebih lanjut dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk tindakan susulan,” katanya.

Menurut Hashimah, agak sukar bagi KDN memantau perkara itu memandangkan terdapat banyak perisian dan aplikasi al-Quran dalam Internet.

“Jika al-Quran yang dicetak pun boleh ada kesilapan cetakan, apatah lagi yang boleh dimuat turun atau berbentuk digital,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata pihaknya akan memantau lebih serius perkembangan itu bagi mengelak masyarakat khususnya golongan muda daripada terpengaruh dengan penyelewengan tersebut.

Menurutnya, bermula bulan ini juga KDN menguatkuasakan penggunaan hologram bagi setiap al-Quran yang hendak dijual atau diedar kepada orang ramai.

Penggunaan hologram itu diharap dapat membantu masyarakat mendapatkan naskhah al-Quran yang sebenar dan bagi al-Quran yang sudah dicetak pula, orang ramai disaran membeli kitab suci yang mempunyai kelulusan KDN, katanya.

– BERNAMA

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..