![]() |
| Sidang media Pemuda UMNO Malaysia bertempat di Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur. |
Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata, Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda UMNO Ustaz Fathul Bari Mat Jahya.
Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda UMNO bagi membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea kepada UMNO selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di Menara Dato' Onn di sini, semalam.
Pergerakan Pemuda UMNO yakin dengan pendekatan secara terbuka seumpama ini mampu menarik lebih ramai ulama muda dan golongan ilmuan agama memberikan pandangan sekaligus memastikan isu berkaitan agama yang dibangkit tidak terhad kepada pandangan beberapa ulama sahaja.
Penubuhan majlis itu susulan dari lawatan Pemuda UMNO ke Asia Barat pada 13 - 16 April yang lalu.
Dalam lawatan tersebut, delegasi Pemuda UMNO mangadakan pertemuan bersama Naib Presiden Pemuda AK Parti Mr Osman Timurtas di Turki.
Hasil pertemuan tersebut, kedua-dua pimpinan muda berjaya mencapai kata sepakat untuk menjalinkan kerjasama dengan mengadakan Program Pertukaran Pemimpin Muda (Youth Leadership Exchange Program) diantara Malaysia dan Turki.
Kerjasama ini bukan sahaja tertumpu dalam bidang politik tetapi mencakupi bidang kebudayaan, ekonomi dan sosial di antara dua negara.
Kepimpinan AK Parti juga dijangka akan mengadakan lawatan balas ke Malaysia pada bulan Mei ini.
TAHNIAH Pemuda UMNO serta Ustaz Fathul Bari. Semoga idea Pemuda ini dicontohi oleh UMNO Malaysia.



