Memaparkan catatan dengan label PrayForMH370. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PrayForMH370. Papar semua catatan

Isnin, 7 April 2014

Kronologi 30 Hari Pencarian Pesawat #MH370 #MalaysiaAirlines #DoakanMH370



Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang masuk hari ke-30 semalam, terus dipergiat dan menyaksikan lebih banyak aset ketenteraan digerak ke selatan Lautan HIndi, termasuk pesawat C-130 Hercules ketiga milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).


Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

* 8 Mac - Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

* 8 Mac - Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

* 8 Mac - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerak pada 5.30 pagi melibatkan 15 pesawat TUDM, termasuk empat Hercules C130, sebuah CN 235, empat EC 725, dua helikopter Augusta serta enam kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan tiga kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

* 8 Mac - Kenyataan media Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya pada 7.30 pagi mengesahkan kehilangan pesawat itu dan kesemua keluarga penumpang dimaklumkan; pecahan kerakyatan penumpang MH370 iaitu 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat China, Indonesia (12), Australia (7), Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2), Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1) dan Austria (1).

* 9 Mac - Panglima Angkatan Tentera Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata kawasan pencarian diperluas di Laut China Selatan dan Selat Melaka.

* 9 Mac - Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan hanya dua penumpang yang menggunakan pasport palsu Itali dan Austria, menaiki pesawat MH370.

* 10 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar kerajaan akan melakukan yang terbaik dalam operasi mencari dan menyelamat MH370.

* 10 Mac - APMM menerima keputusan ujian sampel tompokan minyak yang ditemui di perairan Vietnam, yang negatif minyak pesawat dan disahkan sebagai minyak bagi kapal kargo.

* 11 Mac - Misteri dua penumpang terjawab apabila Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ibu pejabat Interpol mendedahkan identiti mereka iaitu warga Iran yang dikenali sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. Kedua-dua mereka disahkan tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas dan dipercayai cuba berhijrah ke Eropah.

* 12 Mac - Hishammuddin memperjelas beberapa isu termasuk ada sedikit kemungkinan MH370 melewati Selat Melaka, kerjasama dengan pakar penerbangan luar negara dan semua orang yang mendaftar dalam penerbangan MH370 menaiki pesawat.

Empat penumpang tidak muncul semasa mendaftar. Mereka diganti dengan penumpang daripada senarai menunggu. Penumpang berkenaan menaiki pesawat. Tiada bagasi yang tidak dimuatkan.

Dua lelaki rakyat Iran, yang memasuki dan meninggalkan Malaysia menaiki pesawat MH370, menggunakan pasport yang sama.

* 13 Mac - Hishammuddin menafikan dakwaan bahawa pesawat itu mungkin terbang kira-kira empat sejam selepas ia hilang dari skrin radar.

* 13 Mac - China menyatakan bahawa tiada bukti objek terapung yang dikesan satelit di Laut China Selatan pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS yang hilang. Pihak berkuasa China juga berkata berlaku kesilapan ketika mengeluarkan imej itu.

* 14 Mac - Pencarian diperluas sehingga ke Lautan Hindi. Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di Selat Melaka untuk membantu pencarian.

* 14 Mac - Pihak berkuasa mengkaji empat hingga lima kemungkinan bagaimana transponder pesawat ditutup.

* 15 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak dapat mengesahkan laporan kemungkinan pesawat dirampas.

Najib berkata komunikasi terakhir pesawat dengan satelit dikesan di satu daripada dua koridor; koridor utara merentangi kawasan dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand atau koridor selatan yang merentangi kawasan dari Indonesia ke bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata operasi mencari dan menyelamat di Laut China Selatan ditamatkan.

* 16 Mac - Hishammuddin berkata tiada sebarang tuntutan dibuat berhubung kehilangan pesawat.

* 16 Mac - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata insiden kehilangan MH370 disiasat mengikut Seksyen 130(C) Kanun Keseksaan bagi kesalahan merampas, keganasan dan sabotaj, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan Akta Kesalahan Penerbangan 2003.

* 16 Mac - Polis mengambil simulator penerbangan dari rumah juruterbang MH370 Kapten Zaharie Ahmad Shah.

* 17 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian multinasional membabitkan 26 negara di koridor utara dan selatan bermula.

* 18 Mac - Hishammuddin berkata tiga juta orang mungkin terbabit dalam usaha mencari pesawat itu dengan dibantu pengusaha satelit DigitalGlobe.

* 19 Mac - Hishammuddin menafikan laporan bahawa pesawat itu dilihat terbang rendah di ruang udara Maldives.

* 20 Mac - Perdana Menteri Australia Tony Abbot menghubungi Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak pada 10 pagi untuk memaklumkan bahawa objek yang dikesan satelit negara itu mungkin ada kaitan dengan pesawat yang hilang

Satelit Australian Maritime Safety Authority (AMSA) mengesan imej dua objek di bahagian selatan Lautan Hindi terletak kira-kira 2,500 kilometer barat daya Perth.

Hishammuddin berkata operasi pencarian pesawat itu diteruskan dan objek yang dikesan di Australia akan ditentukan sama ada sebahagian daripada MH370.

* 21 Mac - Malaysia masih menunggu maklumat daripada pihak berkuasaAustralia sama ada objek yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada Khamis ada kaitan dengan MH370.

Hishammuddin berkata agensi perisikan antarabangsa tidak menemui sebarang keganjilan berdasarkan manifes penumpang pesawat itu.

Hishammuddin berkata siasatan terhadap penumpang tunggal warga Ukraine yang dijalankan oleh pihak berkuasa negara itu juga mengesahkan latar belakang penumpang berkenaan bersih.

* 22 Mac - transkrip komunikasi yang didakwa antara pesawat MH370 dan pusat kawalan trafik udara pada malam pesawat dilapor hilang diklasifikasi sebagai tidak tepat dan tidak sah, kata DCA.

Hishammuddin berkata satelit China mencerap imej objek terapung berukuran 22.5 meter x 13 meter.
    
Hishammuddin berkata pihak berkuasa Australia tidak mengesan sebarang objek dalam pencarian di kawasan berkedudukan kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

* 23 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia menyerahkan imej baharu yang dicerap oleh satelit pihak berkuasa Perancis kepada pusat koordinasi menyelamat Australia.

Hishammuddin berkata setakat 2.30 petang waktu Malaysia, pihak Australia memaklumkan mereka tidak menemui sebarang petunjuk baharu berhubung MH370.

* 24 Mac - Hishammuddin berkata polis sudah mengambil keterangan lebih 100 orang termasuk keluarga juruterbang MH370.

Pada 10 malam, Najib mengumumkan kedudukan terakhir penerbangan MH370 dikesan di tengah-tengah Lautan Hindi, di barat Perth.

*  25 Mac - Pengerusi MAS berkata syarikat penerbangan itu mengisytiharkanpesawatnya bagi penerbangan MH370 bersama-sama 239 penumpang serta anak kapal 'hilang' berdasarkan bukti daripada Inmarsat dan AAIB

Najib berkata Perdana Menteri Australia Tony Abbot memberi jaminan negara itu akan meneruskan usaha mencari MH370.
- Hishammuddin berkata kedudukan terakhir MH370 akan dikenal pasti menerusi kaedah 'Kesan Doppler' oleh AAIB dan pencarian MH370 di koridor utara ditamatkan
- Muka depan akhbar arus perdana Malaysia dicetak hitam putih sebagai tanda media berkabung dengan berita tragedi yang menimpa pesawat malang MAS itu.

*  26 Mac - Najib berkata Malaysia dan China akan terus menjalin kerjasama rapat dalam pencarian MH370.

- Hishammuddin berkata imej satelit mengesan 122 objek berpotensi yangmungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370, kira-kira 2,557 kilometer dari Perth, Australia.

*  27 Mac - Hishammuddin berkata Malaysia sedia menghantar satu pasukan ke Perth, Australia yang terdiri daripada DCA, MAS, TLDM dan TUDM.
- Satu satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.

* 28 Mac - Hishammuddin berkata operasi pencarian bagi menjejaki pesawat MH370 memfokus kepada mendapatkan serpihan yang dikesan di selatan Lautan Hindi berikutan laporan beberapa negara.

- Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia T.S. Tirumurti berkata kerajaan India menzahirkan penghargaan kepada Malaysia berhubung cara ia mengendali tragedi pesawat MH370, yang disifatkannya sebagai "tugas amat penting."

* 29 Mac - Hishammuddin berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan bermula dengan sistem radar hinggalah kepada keupayaan teknologi.

- Hishammuddin menasihati media, terutama media antarabangsa, agar tidak menyebarkan maklumat palsu atau membuat spekulasi berhubung kehilangan MH370.

* 30 Mac - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata beberapa objek yang diperoleh kapal HMAS Success dan Haixun 01 pada Sabtu, dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 selepas diperiksa.

- Anggota keluarga penumpang dan anak kapal MH370 menggesa kerajaan menunjukkan bukti bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di Lautan Hindi.

* 31 Mac - Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun dilantik sebagaipegawai khas Malaysia ke China bagi bertemu anggota keluarga penumpang pesawat MH370 yang hilang.

- Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir antara pengawaltrafik udara dan kokpit pesawat  MH370 pada jam 0119 (waktu Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".

- PM Australia menyokong pandangan Najib bahawa penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi yang terpencil.

* 1 April - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh perbualanradiotelefon antara juruterbang MH370 dan pengawal trafik udara, tanpa petunjuk terdapat sebarang perkara yang tidak normal.

- MAS berkata ia dimaklumkan bahawa satu petisyen yang difail bagi pihak seorang penumpang pesawat MH370 ditolak oleh sebuah mahkamah di Amerika Syarikat.

* 2 April - Sebuah kapal selam kelas Trafalgar, HMS Tireless, tiba di selatan Lautan Hindi tatkala misi mencari pesawat MH370 di kawasan itu masuk hari ke-26.

- Polis mendapati semua penumpang pesawat Malaysia yang hilang "bersih"daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang.
- Pihak berkuasa mengendalikan penyiasatan dan pencarian pesawat MH370bertemu lebih 40 anggota keluarga penumpang di Hotel Bangi-Putrajaya, di mana mereka ditempatkan, kebanyakannya warga China.
- Perkataan "berakhir" di selatan Lautan Hindi yang dipilih Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menerangkan nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 adalah pilihan terbaik, kata Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang.

* 3 April - Operasi mencari pesawat Malaysia yang hilang masuk hari ke-27, dengan kawasan pencarian meliputi kira-kira 223,000 kilometer persegi kira-kira 1,680 kilometer di barat laut Perth, Australia.

- Operasi pusat media mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini akan dihentikan mulai 8 April.
- Najib berkata teknologi dron bawah air diperlukan untuk fasa seterusnyadalam operasi mencari dan mengesan di selatan Lautan Hindi memandangkan hayat pinger bateri kotak hitam akan kehabisan dalam tempoh empat hari.
- Malaysia dan Australia berikrar akan meneruskan usaha mencari pesawat MH370 tanpa garis masa.
- Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) menyatakan tiada sebarang objek dikesan di kawasan pencarian hari ini.

* 4 April - Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Datuk Dr Hasan Madmeminta media tempatan agar proaktif menangkis semua laporan negatif dan tidak tepat oleh media asing berhubung kehilangan pesawat Mh370 sejak 8 Mac lepas.

- Australia hari ini berkata pihaknya sedang merangka satu perjanjian komprehensif untuk berkhidmat sebagai 'wakil bertauliah' dalam penyiasatan mengenai kehilangan pesawat MAS.

Angus Houston, ketua penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) di sini, berkata perjanjian itu akan membolehkan Australia membantu Malaysia dalam menjalankan penyiasatan mengenai Penerbangan MH370 dengan berlandaskan undang-undang antarabangsa.

- Usaha menjejaki pesawat MH370 kini diperluas kepada pencarian di dalam air bagi mengesan kotak hitam yang dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi itu.

* 5 April - Hishammuddin mengumumkan bahawa Malaysia akan melantik seorang 'Penyiasat Bertanggungjawab' yang bebas bagi mengetuai pasukan penyiasatan merangkumi kumpulan layak terbang, kumpulan operasi serta kumpulan perubatan dan faktor manusia bagi menyiasat kehilangan MH370.  

- Pasukan itu akan turut disertai negara bertauliah seperti Australia, China, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Perancis.
- Kerajaan juga mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri iaitu Jawatankuasa Waris, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Penempatan Aset dalam usaha memperkemas serta memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat itu.
- Hishamuddin juga berkata penyiasatan ke atas anak kapal penerbangan MH370 masih berjalan dan tiada siapa telah dibersihkan.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01, mengesan isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.

* 6 April - Pencarian MH370 dipertingkat di selatan Lautan Hindi membabitkan 112 pesawat dan 13 kapal meliputi kawasan seluas 134,000 batu persegi.

- Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu nautika dari isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01
- Pusat Penyelerasan Agensi Bersama (JACC) bagaimanapun belum dapat mengesahkan sama ada isyarat detik yang dikesan oleh Haixun 01 dan Ocean Shield adalah dari pesawat MAS penerbangan MH370. - Bernama

Jumaat, 4 April 2014

#MH370: Titik Terakhir Pesawat Menjadi Tanda Tanya - Bekas Panglima TUDM #DoaUntukMH370

Bekas Panglima Tentera Udara DiRaja Malaysia
Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud.
Imej satelit yang menunjukkan pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi tidak semestinya bermaksud ia terhempas ataupun mendarat.

Bekas Panglima Tentera Udara Malaysia, Jeneral Tan Sri Suleiman Mahmud tidak menafikan segala kemungkinan yang boleh berlaku selagi pesawat berkenaan tidak ditemui.

Pandangan beliau itu senada dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan pesawat yang hilang sejak 8 mac itu berakhir di Lautan Hindi Selatan.

"Saya tidak rasa ia bermaksud terhempas atau mendarat. Ia hanya bermaksud kami yakin pesawat itu tidak meninggalkan selatan Lautan Hindi. Ia telah terbang ke kawasan itu dan tidak dilihat meninggalkan tempat itu atau menuju ke destinasi lain." kata Suleiman yang berkhidmat sebagai Panglima Tentera Udara dari 2001 hingga 2003.

Beliau yakin pesawat itu berkemungkinan terbang lebih jauh daripada jangkaan sebelum ini.


"Ianya berakhir di Lautan Hindi. Tetapi satu titik kita tidak boleh pastikan itu sebenarnya titik akhirnya. Sebab di titik akhir yang kita nampak itu minyak dia masih banyak lagi dan mungkin boleh terbang beberapa jam selepas itu. 


Jadi di mana pergi di mana kita tidak boleh pastikan. Kita hanya dapat menjangka ia menuju ke arah selatan Lautan Hindi." tambah beliau yang mempunyai pengalaman 38 tahun dalam bidang ketenteraan udara.

Berapa lama pesawat itu mampu bertahan selepas berpatah balik daripada laluan asal bergantung kepada bahan api yang dibekalkan dan penggunaan minyak sekiranya tiada masalah teknikal dan pembakaran bahan api seperti biasa.

Biarpun tiada landasan yang ada di tengah Lautan Hindi, namun kawasan daratan terdekat adalah Australia dan juga Sumatra, Indonesia. 

:~ Bagi YPS, dalam insiden ini, "Kita umpama seseorang yg bisu namun mata mampu melihat TETAPI tangan dan kaki diikat". 

Apa yang terdaya kita lakukan adalah berdoa dan terus berdoa agar Allah SWT tunjukkan kita jalan keluar dengan selamat. 

Selasa, 18 Mac 2014

#MencariMH370: Dr Haron Din Tampil Pertahan Kerajaan Malaysia #DoaUntukMH370 #PrayForMH370 #PAS

Disebalik kutukan serta cacian segelintir pemimpin Pakatan Rakyat terhadap usaha Kerajaan Malaysia menjejaki kehilangan MH370, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din tampil mempertahankan kerajaan dan Penerbangan Malaysia (MAS) dengan menegaskan bahawa kerajaan melakukan yang terbaik dalam usaha mengesan pesawat tersebut.

Kenyataan Haron itu dibuat susulan kritikan melulu oleh Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kerajaan dalam menangani tragedi yang berlarutan sejak 11 hari lalu. 

"Ada kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Yang memikul tugas ini adalah kerajaan dan saya secara jujur mengatakan kerajaan telah melakukan segalanya," katanya.

Anwar dan Mahfuz memperlekehkan usaha kerajaan dalam menangani krisis itu dalam ceramah-ceramah mereka sempena pilihan raya kecil Kajang. Lihat SINI

Kehilangan misteri pesawat tersebut dipergunakan sepenuhnya sebagai bahan kempen Pakatan Rakyat di Kajang. 

"Negara dalam krisis yang mereka dah tak mampu tangani. Tak kan DUN Kajang ini kita nak bagi kepada BN. Kalau bagi kepada BN, dengan tuan-tuan sekali kena culik, kena rampas," kata Mahfuz dalam ceramah di Stadium Kajang semalam. 

Pihak berkuasa Malaysia menyelaraskan gerakan mencari merentasi benua, membabitkan 24 negara dengan aset ketenteraan mereka, namun masih menemui jalan buntu.

Haron kemudiannya menasihatkan rakyat negara ini khususnya keluarga penumpang penerbangan itu menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

"Tetapi segala-galanya itu masih lagi ada persoalan, segala yang terdaya oleh kita dalam menghadapi suasana tempat, masa dan keadaan yang kesemuanya kita rujuk kepada alam kebendaan.

"Kita tidak pernah terfikir apakah mungkin alam ini hanya ada alam benda atau nyata? Ada alam dunia sahajakah atau ada alam lain?," katanya.

Justeru pengamal perubatan Islam ini tidak menolak sekiranya pesawat tersebut 'termasuk' ke alam lain.

"Saya sekadar bertanya adakah kita lupa atau tak mahu mengambil kira alam ghaib dari maksud perlu ada kemampuan serta kebolehan untuk kita menembusi, mencari dan mengenali alam ghaib.

"Ini hanya berlaku apabila alam nyata tidak dapat menjawab bila alam yang kita lihat dengan mata tidak dapat menjawab, mungkin alam ghaib boleh menjawabnya" katanya.

Menurut Haron, banyak persoalan timbul ekoran kehilangan pesawat itu yang secara tiba-tiba hilang daripada radar selain gagal dihubungi.

"Hilang daripada pandangan, besar kemungkinan ia termasuk ke dalam alam ghaib" katanya.

Isnin, 17 Mac 2014

#prkKajang: Kempen Muhammad Mat Taib Fitnah Kerajaan @najibrazak @azwanbro @chewmeifun #PrayForMH370

Sejak mengisytiharkan dirinya menyokong Pakatan Rakyat, bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Mat Taib mula mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Beliau yang juga dikenali sebagai Mike Tyson, dalam satu sidang media yang diterbitkan oleh Sinar Harian menuduh UMNO cuba mengaitkan Anwar Ibrahim disebalik insiden kehilangan pesawat Boeing 777 - 200 milik Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Beliau turut mencampuri urusan siasatan pihak berkuasa terhadap kehilangan MH370 apabila mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan pihak polis menyerbu kediaman kapten Zaharie sebagai tidak adil.

Tindakan polis menyerbu kediaman Zaharie tersebut bukan kerana beliau seorang penyokong kuat PKR tetapi serbuan tersebut berdasarkan keperluan dalam siasatan kehilangan MH370 sejak 9 hari yg lalu.

Melalui pengamatan YPS terhadap kenyataan sidang media kerajaan berkaitan kehilangan misteri pesawat MAS tersebut, belum pernah pihak kerajaan mengeluarkan kenyataan menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang disebalik kehilangan MH370 tersebut.
Keratan akhbat The Mail yang mengaitkan juruterbang Kapten Zaharie sebagai fanatik PKR.
Yang mengeluarkan kenyataan menuduh Kapten Zaharie adalah akhbar luar negara Mail Online.

Mail Online melabelkan kapten berpengalaman dalam dunia penerbangan itu sebagai penyokong taksub Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pesalah kes liwat bakal mendepani hukuman penjara 5 tahun seperti diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Putrajaya.

Mail Online memaparkan berita, Zaharie menghadiri sesi perbicaraan Anwar dan berkebarangkalian dia berasa AMAT kecewa berikutan hukuman terhadap Anwar.

Bagi YPS, sebagai orang lama dalam politik tanahair Muhammad perlu bijak mencipta modal kempen yang lebih profesional. 

YPS ~ faham betapa kecewanya Mat Tyson apabila kalah bertanding Timb Presiden UMNO.

Tapi teman tak lupa bagaimana Anwar Ibrahim pekenakan beliau dahulu ketika mereka berdua masih didalam UMNO. Hehe

Khamis, 13 Mac 2014

#MencariMH370 : 300 Batu Persegi Imej Lautan Terkini Kini Boleh Diakses Umum


Beberapa hari yang lalu Google Earth tidak boleh digunakan bagi usaha mencari MH370. Ini adalah kerana imej yang digunapakai sekarang diambil lebih 3 tahun yang lalu.

Digital Globe, pengusaha pengimejan angkasa  hari ini memberikan akses imej terkini kawasan laut seluas 300 batu bersegi.

Kawasan yang merangkumi Teluk Siam dan sebahagian Laut Cina Selatan ini adalah kawasan yang dipercayai mempunyai keberangkatan tertinggi jatuhnya MH370.

Anda boleh mengakses peta terkini ini melalui laman TomNod milik mereka.

Digital Globe mengambil gambar beresolusi tinggi ini menggunakan 2 satelit milik mereka beberapa hari yang lalu yang juga kemudiannya diberikan kepada pasukan cari dan menyelamat dari pelbagai negara.

Gambar yang diambil ini baru sahaja diberikan akses kepada umum hari ini. Anda kemudian boleh meletakkan petanda lokasi puing ataupun objek yang mungkin adalah MH370 yang kemudiannya boleh dilihat pengguna lain.

Setakat ini Digital Globe melaporkan beribu-ribu sukarelawan sudah menemui lebih kurang 60 000 objek yang mungkin boleh membantu proses pencarian pesawat malang milik Penerbangan Malaysia ini.

Sumber Amanz

Rabu, 12 Mac 2014

#PrayForMH370: Mayat Di Selat Melaka Bukan Penumpang Pesawat Hilang - Polis Indonesia


Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu.

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara.

Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad.

"Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com.

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital.

Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini.

Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini.

"Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini.

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370.

Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS.

Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Selasa, 11 Mac 2014

Telefon Penumpang #MH370 Dapat Dihubungi, Akaun QQ Papar Status 'Online' - Washington Post #PrayForMH370

Saudara kepada penumpang pesawat yang hilang, Malaysian Airlines MH370 mendakwa mereka dapat menghubungi telefon bimbit ahli keluarga yang terbabit dalam kejadian malang itu, menurut laporan media.

Washington Post berkata, keluarga sebahagian daripada 239 penumpang yang menaiki MH370 mendakwa mereka mendengar nada dering ketika membuat panggilan telefon.

“Dalam sebahagian kes lain, ada saudara mendakwa dapat melihat keluarga yang menaiki pesawat itu aktif online menerusi laman jaringan tempatan Cina digelar QQ,” lapor Post.

Perkembangan yang menyeramkan itu timbul dan pihak berkuasa Malaysia juga menggambarkan kehilangan MH370 sebagai misteri.

Seorang lelaki memberitahu Washington Post bahawa akaun QQ abang iparnya menunjukkan bahawa beliau sedang online.

Sumber - Washington Post

Isnin, 10 Mac 2014

#MH370: Timbalan Panglima TLDM Jawab Sindiran Kit Siang @Mykamarul @limkitsiang @NajibRazak @azwanbro #PrayForMH370

YBhg Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin
Seperti kita sedia maklum, segelintir pembangkang, baik pemimpin mahupun penyokong mereka sedaya upaya cuba mempolitikkan apa jua insiden yang berlaku di dalam negara kita.

YPS sekadar memetik beberapa insiden besar yang telah berlaku, antaranya kisah pencerobohan pengganas ke Lahad Datu, Sabah oleh tentera Sultan Kiram pada Februari 2013 yang lalu.

Tian Chua serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan menuduh insiden yang meragut nyawa perwira negara itu sebagai sandiwara UMNO dan Barisan Nasional.

Dalam satu ceramah sekitar MAC 2013, Ahli Parlimen Batu yang juga Naib Presiden PKR itu turut menuduh UMNO sebagai dalang tragedi berdarah Kg Memali yang terjadi pada tahun 1985. Rujuk di SINI.

Terkini, insiden kehilangan pesawat MH370 yang sehingga kini masih belum dapat dikesan turut menjadi permainan politik pimpinan pembangkang negara ini.


Printscreen Twitter Lim Kit Siang menyindir Datuk Seri Hishamudin.

Lim Kit Siang melalui muatnaik laman sosial milik beliau mengkritik kerajaan Malaysia berkaitan penglibatan kapal selam Malaysia dalam usaha mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 yang hilang.


"Whats the use of Msian subs then, Hisham? Search for MH370: Why submarines are not being sent (Yahoo News)

Timbalan Panglima Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), YBhg Laksamana Madya Dato' Seri Panglima Ahmad Kamarulzaman bin Haji Ahmad Badaruddin bertindak membalas twitter Ahli Parlimen Gelang Patah.

Dato' Seri Panglima memaklumkan bahawa submarine kita berkeupayaan melakukan misi serangan “search and destroy” bukannya misi mencari dan menyelamat.


"YB @limkitsiang subs are not designed for Searh & Rescue. BUT for Search & Destroy"

Beliau memberi respon demikian ketika membaca twitter Ahli Parlimen yang memetik laporan Yahoo News dengan tujuan menyindir Kementerian Pertahanan kerana tidak menggunakan submarine yang ada.




Selain Lim Kit Siang, Chegu Bard turut mengeluarkan tweet yang memperlihatkan kedangkalan serta kebodohan beliau sebagai seorang guru.

Dalam status twitter bodoh tersebut, beliau bertanyakan kemana pergi kapal selam yang dibeli oleh kerajaan sehingga Malaysia terpaksa bergantung kepada bantuan kapal selam Singapura. 

Selain itu, beliau mengaitkan isu pembunuhan Altantuya dan rasuah, dan tweet itu seakan-akan ditujukan kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dengan tag @najibrazak.

Kita boleh membaca pelbagai lagi status rakyat Malaysia pro-pembangkang, samada di facebook, blog mahupun twitter yang menghina kerajaan bersabit dengan insiden ini.

Inilah sikap sebenar pembangkang di Malaysia. Sepatutnya mereka perlu memberi sokongan dan melahirkan rasa simpati terhadap keluarga krew serta penumpang pesawat tersebut.

Kerajaan telah mengerahkan segala kepakaran dan aset yang dimiliki, selain bantuan yang dihulurkan oleh beberapa negara dalam usaha mencari serta menyelamat mangsa yang terlibat dalam insiden ini.

Marilah kita menghentikan segala spekulasi yang boleh menyinggung perasaan khususnya kepada keluarga mangsa, teruskan berdoa ke hadrat Allah supaya mereka segera dijumpai.

Guna Pasport Curi, Jabatan Imigresen Akan Disiasat - @Zahid_Hamidi #PrayForMH370

Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

“Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia,” katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di sini, hari Ahad.

Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat.

Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri.

Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang semalam mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria.
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA.

Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.

Ahad, 9 Mac 2014

Dua Penumpang #MH370 Dengan Pasport Palsu Beli Tiket Pada Masa Sama #PrayForMH370

Dua individu yang didakwa menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dengan pasport palsu, dilaporkan membeli tiket penerbangan pada masa yang sama.

Menurut laporan CCN, kedua tiket itu dibeli dari China Southern Airlines dalam mata wang Bath Thailand pada harga yang sama.

CNN melaporkan bahawa maklumat itu didapati daripada Travelsky, iaitu sistem pengesahan e-tiket rasmi China.

Nombor siri tiket-tiket itu dikatakan mengikut turutan yang menandakan ia dikeluarkan bersama.

Sebelum ini, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengesahkan hanya dua pasport dicuri yang digunakan penumpang MH370 bukan empat seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, pengesahan dibuat berdasarkan rekod rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan pemeriksaan balai berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Hanya ada dua penumpang yang guna pasport curi.

"Kami ada rekod rakaman CCTV dari 'checking departure point'," katanya.

Jelasnya, rakaman tersebut digunakan untuk menyiasat insiden itu.

Individu pertama ialah seorang lelaki warga Itali  bernama Luigi Maraldi yang dilaporkan kini berada di Phuket, Thailand.

Individu kedua yang namanya berada di dalam senarai penumpang tetapi tidak menaiki pesawat MH370 ialah seorang warga Austria yang juga melaporkan pasportnya dicuri dua tahun lalu di Thailand.

Terdahulu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan bahawa empat penumpang MH370 yang masih hilang menggunakan pasport curi.

Sementara itu, travelchinaguide.com melaporkan bahawa pemegang pasport dari 51 negara dan wilayah berikut boleh diberikan penginapan tanpa visa selama 72 jam semasa dalam transit melalui Lapangan terbang Beijing Capital (PEK) dan  Lapangan terbang Antarabangsa Shanghai Pudong (PVG) & Lapangan terbang Antarabangsa Hongqiao (SHA), lapangan Terbang Guangzhou Baiyun (CAN), Lapangan terbang Antarabangsa Chengdu Shuangliu (CTU), Lapangan terbang Antarabangsa Shenyang Taoxian (SHE) dan Lapangan terbang Antarabangsa Dalian (DLC):

Argentina, Austria, Australia, Belgium, Albania, Bosnia Herzegovina, Brazil, Brunei, Bulgaria, Canada, Chile, Croatia, Cyprus, Republik Czech, Denmark, Estonia, Finland, Perancis, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Itali, Japun, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Mexico, Netherlands, New Zealand, Poland, Portugal, Qatar, Republik Montenegro, Romania, Russia, Serbia, Singapura, Slovakia, Slovenia, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Switzerland, United Arab Emirates, Ukraine, United Kingdom, Amerika Syarikat.

#PrayForMH370: Radar TUDM Kesan Kemungkinan Pesawat Cuba Berpatah Balik


Siasatan terkini kehilangan pesawat MH370 mendedahkan bukti dan kemungkinan baru bahawa pesawat berkenaan cuba berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas radar milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesan pergerakan pesawat itu.

Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Tan Sri Rodzali Daud berkata, perkembangan terbaru itu menyebabkan operasi mencari dan menyelamat diperluaskan ke sekitar perairan Pulau Pinang. 

Beliau berkata, ada kemungkinan bahawa pesawat berkenaan akan berpatah balik sekiranya ia tidak dapat meneruskan perjalanan. 

"Buat masa ini, kami sudah periksa dengan khidmat radar daripada beberapa negara jiran berhubung penemuan pergerakan patah balik pesawat berkenaan. 

"Pada masa sama, operasi mencari dan menyelamat turut dilakukan di kawasan darat," katanya pada sidang media sebentar tadi. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya berkata, pihaknya mengesahkan tidak menerima sebarang panggilan kecemasan berhubung kerosakan daripada pesawat yang memaksa pesawat berkenaan berpatah balik. 

"Berdasarkan siasatan kami, tiada sebarang hubungan dibuat antara pesawat dan pusat kawalan udara berhubung tindakan patah balik penerbangan itu," katanya. 

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pihaknya mengesahkan hanya dua identiti penumpang disiasat berhubung pemilikan pasport individu lain berbanding empat dilaporkan sebelum ini. 

Katanya, pasukan penyiasat sedang meneliti rakaman sistem litar tertutup bagi mengesan dan mengenal pasti dua penumpang yang menggunakan pasport palsu itu. 

Beliau berkata, lima lagi penumpang disahkan tidak menaiki pesawat MH370 ketika berlepas dan semua bagasi mereka telah dikeluarkan terlebih dahulu. 

Sebelum ini dilaporkan warga Itali Luigi Maraldi dan Austria Christan Kozel didaftar menaiki pesawat MH370 tetapi hasil pemeriksaan kedutaan negara terbabit mendapati pasport mereka telah dipalsukan. 

Sehingga kini, Jabatan Penerbangan Awam China mendakwa serpihan ditemui di koordinat 103.29 Timur 6.42 Utara di Laut China Selatan tetapi masih belum disahkan milik MH370 manakala pesawat APMM berjaya mengesan tompokan minyak di permukaan laut kira-kira 100 batu nautika dari Kuala Tok Bali, Pasir Puteh, Kelantan. 

Kesan tompokan kedua itu dikesan oleh Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Datuk Mohd Amdan Kurish ketika melakukan tinjauan udara dengan pesawat Agusta di kawasan seluas 200 batu nautika, kira-kira jam 11 pagi tadi. 

Sampel tompokan minyak sudah diambil dan dijangka tiba di pangkalan maritim Tok Bali jam 7.30 malam nanti.


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..