Memaparkan catatan dengan label SMK Dato' Seri Maharaja Lela. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SMK Dato' Seri Maharaja Lela. Papar semua catatan

Rabu, 2 Mei 2012

PERASMIAN HARI ANUGERAH PELAJAR SMK DATO SERI MAHARAJA LELA, KG GAJAH

KAMPUNG GAJAH - Pada 26hb APRIL yang lalu, Saudara Khairul Azwan Dato Harun telah dijemput bagi merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela di Kampung Gajah.

Seramai 13 orang pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 telah mendapat keputusan cemerlang 'straight A'.

Sewaktu perasmian Majlis Anugerah yang sama pada tahun 2011, Khairul Azwan telah berjanji akan memberi saguhati sebanyak RM1000.00 kepada setiap pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi PMR & SPM sebagai ganjaran atas kejayaan pelajar yang berusaha keras.

Kehadiran beliau pastinya telah dinanti-nantikan oleh 13 orang pelajar yang layak untuk mendapat ganjaran seperti dijanjikan.

Azwan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YBUDR dalam ucapannya meminta agar Pihak Sekolah, PIBG dan PPD Perak Tengah agar mengadakan sebuah program agar pelajar-pelajar PMR yang berjaya akan kekal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM khususnya pelajar yang masih berada di SMKDSML.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak, berjanji akan membiayai program tersebut dan beliau sendiri sudi hadir mambantu agar perlaksanaan dan matlamat program tercapai dengan jayanya.

Azwan juga menyeru agar ibubapa juga turut memainkan peranan dan turut serta hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak yang akan menyertai program tersebut.


Beliau juga turut berjanji akan meneruskan memberi saguhati serta ganjaran bagi pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi calun-calun PMR dan SPM tahun ini.


YPS™ ~ rasa nak ambik periksa PMR dan SPM lak. Lumayan tuh... Tahniah Boss atas semangat ingin melihat anak bangsa berjaya. Semangat inilah yang patut ada dalam jiwa seorang pemimpin.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Isnin, 28 Jun 2010

27 JUN 2010: SEHARIAN BERSAMA PROGRAM KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PASIR SALAK

Hari ini YPS seharian mengikuti aktiviti Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak seperti yang telah dijadualkan.

:: PERASMIAN PENUTUP PERKHEMAHAN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SERI MAHARAJA LELA Kg GAJAH ::

Bersama warga PIBG ber'aerobikthon' di hadapan Dewan Sekolah SMKDSML.


Bermula jam 9.00 pagi Saudara Khairul Azwan B. Dato' Harun akan menggantikan YB Dato' Zainol Fadzi B. Paharuddin, ADUN SUNGAI MANIK merasmikan Program Perasmian Penutup Perkhemahan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela Kg Gajah.

Ketibaan Saudara Khairul Azwan dinantikan bagi memulakan Program Aerobikthon yang berlangsung selama 1jam tanpa henti bersama-sama warga PIBG dan pelajar-pelajar yang terlibat dengan perkhemahan sehingga jam 10 pagi. Setelah selesai program Aerobikthon, Saudara Khairul Azwan diiringi masuk ke dalam Dewan Besar bagi menyempurnakan acara Perasmian Penutup Perkhemahan SMKDSML.

Dalam ucapan beliau, Saudara Khairul Azwan memberi suntikan semangat kepada para pelajar betapa pentingnya pendidikan bagi menjamin kerjaya dan kehidupan masa depan. Bahasa Inggeris antara subjek penting yang perlu diberi penekanan terutamanya apabila pelajar menjejak kaki ke universiti tempatan mahupun di luar negara.

Ibubapa turut memainkan peranan penting supaya anak-anak dapat menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Mereka boleh menyediakan atau membeli surat khabar dan majalah pendidikan berbahasa Inggeris di rumah. Pelajar boleh meminta ibubapa membelikan mereka surat khabar seperti The Star sekurang-kurangnya seminggu sekali.
Ucapan Perasmian Penutup Program Perkhemahan SMKDSML.

Saudara Khairul Azwan akan memberi RM1000.00 bagi pelajar yang berjaya mendapat 'straight A' samada mereka yang mengambil peperiksaan PMR ataupun SPM. Imbuhan ini sebagai inisiatif bagi pelajar meningkatkan usaha mencapai keputusan yang cemerlang serta membanggakan. Segalanya tidak mustahil seandainya pelajar berusaha bersungguh-sungguh disamping memanjat doa terhadap Yang Maha Kuasa.

Dalam ucapan penutup, beliau meluluskan sedikit peruntukan dari Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Salak bagi membiayai baju batik Kumpulan Rebana SMKDSML. Permohonan baikpulih serta naiktaraf akan beliau panjangkan kepada YB Dato' Zainol Padzi B. Paharuddin untuk perhatian YB.
Menyampaikan hadiah serta sijil kepada peserta perkhemahan yang berjaya memenangi pertandingan yang dianjurkan.

Puan Pengetua menyampaikan cenderahati sebagai tanda terima kasih bagi pihak PIBG SMKDSML.



:: MENGHADIRI KENDURI KAHWIN DI CAWANGAN LADANG BAHARU ::

Selesai program di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Seri Maharaja Lela, YPS bersama Saudara Zulkipli Zakaria mengiringi Khairul Azwan menghadiri Majlis Kenduri Kahwin anak Ketua UMNO Cawangan Ladang Baharu di Zon Anak Sungai.

:: MAKAN TENGAHARI BERSAMA KETUA_KETUA PEMUDA CAWANGAN ZON ANAK SUNGAI di GULAM RASUL SG RANGGAM ::

Khairul Azwan tiba di Restoran Gulam Rasul Sg Ranggam jam 1.30 petang. Ramai yang tidak dapat hadir kerana ada yang terpaksa menghadiri kenduri kahwin serta sibuk berada di luar kawasan atas urusan kerja. Berada di Gulam Rasul sehingga jam 3.30 ptg.

:: MENYAKSIKAN PERLAWANAN BOLA PIALA KETUA UMNO BHGN PASIR SALAK DI PADANG KG GAJAH ::

Jam 5.00 petang perlawanan bolasepak Liga Piala Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak dimulakan. Pasukan WIRA dari Zon Kg Gajah Kanan menentang Pasukan EXORA dari Zon Kg Gajah Kanan. Perlawanan berlangsung sehingga jam 6.45 petang dengan keputusan Pasukan EXORA mengalahkan Pasukan WIRA dengan jaringan 2 berbalas 1. 


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..