Memaparkan catatan dengan label YBU Holdings Sdn Bhd. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YBU Holdings Sdn Bhd. Papar semua catatan

Isnin, 5 Mei 2014

Selepas SLAA, YBU Holdings Bakal Perkenal Skim Latihan Baru - @azwanbro @ZambryAbdKadir #PemudaUMNO #YBUHoldings

Azwan menyampaikan cenderahati kepada En. Mohd Madani Sahari, CEO Malaysia Automotif Institute MAI selepas Majlis MOU diantara YBU Education Services dan MAI di Ipoh.
Selepas kejayaan Skim Latihan Automotif Amanjaya (SLAA), YBU Holdings Sdn Bhd akan memperkenalkan satu lagi skim latihan baharu tetapi kali ini untuk kontraktor kelas F.

Pengerusi YBU Holdings Sdn Bhd, Khairul Azwan Harun berkata, skim baru ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Menurut beliau, pihaknya akan bekerjasama dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan persatuan kontraktor negeri Perak.

"Melalui senarai yang diberikan oleh Persatuan Kontraktor Negeri Perak dan CIDB, kita akan berikan kursus-kursus jangka pendek, terutama dalam membangunkan soft skill kepada kontraktor-kontraktor ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Menandatangani MoU antara YBU Education Services Sdn Bhd (YES) dan Malaysia Automotive Institute (MAI) di Ipoh pada Isnin.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya (YBU), Datuk Ismail Saffian, Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Mohd Madani Sahari dan Ketua Pegawai Eksekutif YBU Holdings, Hamzarul Hamdan.

Azwan memberitahu, antara kursus jangka pendek yang akan diberikan adalah pengurusan aliran tunai, pengurusan projek dan pentadbiran syarikat.

"Masalah kontraktor kecil, terutama kelas F, apabila dapat projek tetapi pengurusan kewangan tidak begitu mantap, kurang efektif, menyebabkan selepas selesai satu projek, tiada simpanan lebihan untuk meneruskan projek yang lain," ujar beliau.

Menurut beliau, skim latihan ini terbuka untuk semua kontraktor kelas F, termasuk bukan Bumiputera dan akan diuruskan oleh YES.

Sabtu, 15 Mac 2014

Walkabout Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Pasir Salak @azwanbro @YBUDR #YTPS #pemudaUMNO



Dalam kesibukan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun mengetuai Jentera Pilihanraya Pemuda Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil DUN Kajang, beliau sempat meluangkan masa menghadiri beberapa program di Parlimen Pasir Salak.

Jam 9.00 pagi, Azwan hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Berhad di Dewan Serbaguna Pulau Juar, Kampung Gajah.

Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Berhad ditubuhkan 8 tahun lalu oleh ADUN Kawasan Sungai Manik, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin dan Azwan ketika mereka memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Azwan dalam ucapannya berharap agar koperasi ini dapat berdiri teguh dan menjadi contoh kepada mana-mana koperasi pemuda bahagian yang lain.

Mesyuarat agung kali ini, Saudara Zulkipli Zakaria selalu Pengerusi Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Bhd mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 3% kepada ahli.
Selesai merasmikan mesyuarat agung operasi, Azwan bergegas menziarahi jenazah ayahanda kepada Saudara Manaf, mantan Ketua Pemuda Cawangan Parit 4D Sungai Manik.
Beliau turut menziarahi jenazah Allahyarham Pak Ali, mantan Pengerusi JKKK Kg Sungai Tukang Sidin yang juga meninggal pada hari yang sama. Semoga Allah menempatkan roh mereka dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Jam 12.30 pm, Azwan tiba di Balun Bidai bagi menyampaikan Bantuan Bina Baru Jeti Nelayan Darat dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing Sungai Tumboh anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak.


Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sejumlah RM30 ribu kepada Persatuan Nelayan Ikan Air Tawar (PENIAT) Sungai Galah bagi pembinaan jeti baru tersebut.
Jam 3.00 petang, Azwan yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) menyempurnakan Penyampaian Bantuan Kotak Makanan YBU kepada 50 penerima yang layak di Zon Anak Sungai, Kampung Gajah.

Azwan dalam ucapannya berkata, kerajaan Barisan Nasional melalui pelbagai agensi telah menyalurkan berbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat.

"Di Perak, kerajaan negeri telah menubuhkan YBUDR sebagai sebuah wadah bagi proses pengupayaan semula masyarakat khususnya golongan keterbawahan.

"Bantuan kotak makanan ini merupakan sebahagian daripada program bantuan yang disediakan oleh YBU selain bantuan membina dan baikpulih rumah serta pinjaman mikro kredit bagi mereka yang benar-benar layak," katanya.

Sebelah malam, Azwan menghadiri Majlis Santai Malam bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak di Restoran Tomyam Kita, Langkap.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli.

Selesai majlis tersebut Azwan bergegas ke Kajang bagi menghadiri Mesyuarat Khas Jentera PRK DUN Kajang Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia.

Khamis, 26 Disember 2013

DIJEMPUT HADIR!!! MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN, KBS DRIFT 2013 & MAJLIS KESYUKURAN MASJID AL AZHAR OLEH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO Msia @AzwanBro @ZambryAbdKadir @NajibRazak #SLAA #YBUDR #


Pada  hari Ahad,  29hb Disember ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YBhg Tuan Haji Khairul Azwan Dato' Harun akan hadir selaku Pengerusi YBU Holdings Sdn Bhd bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyampaian Bantuan Persekolahan Tahun 2014 bagi seluruh Parlimen Pasir Salak. 

Majlis yang dianjurkan oleh YBU Holdings ini adalah merupakan salah satu diantara Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dimana pihak YBU Holdings Sdn Bhd akan memperuntukan sejumlah sumbangan berupa bantuan persekolahan bagi membantu meringankan beban persiapan 200 ibubapa yang mempunyai anak-anak yang akan memulakan musim persekolahan 2014. 

Majlis ini akan bermula jam 10 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Pulau Gajah, Kampung Gajah, Perak. ADUN Kawasan Kampung Gajah, Tuan Haji Abdullah Fauzi Dato' Ahmad Razali dan ADUN Sungai Manik, YB Haji Zainol Fadzi Paharuddin juga dijemput dan dijangka berkesempatan hadir ke majlis ini.

Selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan, pada jam 2.30 petang, Azwan akan hadir ke Litar Dato' Sagor di Kampung Gajah bagi merasmikan Perasmian Penutup KBS Drift 2013, Peringkat Negeri Perak yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, MAYC Parlimen Parit dan SLAA.
SLAA adalah ringkasan bagi Skim Latihan Automatif Amanjaya, sebuah program latihan jangka pendek bagi pelatih untuk mendapatkan latihan kemahiran yang juga dianjurkan oleh YBUDR. 

Golongan muda yang berminat dengan bidang automatif dan berhasrat untuk membuka bengkel, dijemput hadir untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai program ini. Atau anda boleh klik ke laman sesawang SLAA.


Azwan menyaksikan Majlis menandatangani perjanjian pembinaan Masjid Al Azhar diantara YBU Holdings Sdn Bhd dan Khusma Enterprise di Pejabat YBU Holdings pada Julai yang lalu.
Sekitar jam 5 petang, Azwan akan hadir ke Majlis Kesyukuran Pembinaan Masjid Al Azhar di Kampung Balun Bidai, Kg Gajah. Masjid yang sedang dalam pembinaan dengan anggaran kos sebanyak RM800,00 ini bakal menggantikan masjid lama kampung tersebut yang telah berusia lebih dari 100 tahun.

YBU Holdings yang bertindak sebagai pengurus projek telah melantik sebuah syarikat tempatan, Khusma Enterprise, untuk melaksanakan projek tersebut, dengan yuran pengurusan hanya dua peratus.

Masjid baru ini boleh menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa, sekaligus mampu menampung keperluan penduduk kampung berhampiran yang berjumlah sekitar 600 orang.

Peruntukan untuk projek itu diperolehi daripada peruntukan Timbalan Perdana Menteri (RM400,000) dan sumbangan orang ramai dan syarikat swasta.


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR !!!

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..