Memaparkan catatan dengan label DUN Sungai Manik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DUN Sungai Manik. Papar semua catatan

Ahad, 19 Oktober 2014

27 Pelajar #DUNSgManik Terima Cek Dermasiswa Pendidikan #YayasanPerak @ZambryAbdKadir @ZainolFadzi #SPM



Kerajaan Negeri Perak pada setiap tahun memperuntukkan sejumlah peruntukan kepada Yayasan Perak bagi pemberian dermasiswa dan bantuan pelajaran.

Peruntukan tersebut disediakan bagi pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang layak dan terpilih melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi atau menyambung pengajian.

Pagi ini, seramai 27 orang pelajar dari DUN Sungai Manik yang akan menyambung pengajian telah menerima cek biasiswa Yayasan Perak dalam satu Majlis Penyampaian Dermasiswa Yayasan Perak bertempat di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Langkap.

Cek dermasiswa tersebut disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Perak YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin.

Menurut Dato' Zainol yang juga ADUN kawasan Sungai Manik, keutamaan diberikan kepada rakyat negeri Perak yang memenuhi syarat termasuklah keluarga yang ramai dan berpendapatan rendah.

"Pelajar perlu mendapatkan keputusan cemerlang bagi melayakkan mereka menyambung pendidikan keperingkat institut pengajian yang lebih tinggi.

"Dermasiswa Pendidikan Negeri Perak akan membantu pelajar untuk membuat persediaan pendaftaran kemasukan di semester dan tahun pertama di Politeknik, Kolej Komuniti, IPTA dan IPTS terpilih dalam negara,"ujarnya.

Beliau berharap agar para pelajar yang menerima bantuan tersebut berusaha bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita untuk berjaya.

"Semoga dengan bantuan ini, sedikit sebanyak menjadi dorongan untuk anda semua berusaha bersungguh-sungguh mengejar cita-cita," katanya lagi.

Daripada 27 orang penerima biasiswa tersebut yang melibatkan sejumlah RM11,500.00, 17 pelajar akan menyambung pelajaran peringkat diploma manakala selebihnya menyambung pengajian peringkat sijil.

Kadar dermasiswa adalah RM300 (Sijil/Matrikulasi), RM500 (Diploma), RM1,000 (Ijazah Sarjana Muda) dan RM1,200 (Ijazah Sarjana Muda Profesional).



Selepas majlis penyampaian cek, YB Dato' Zainol menyampaikan pula sumbangan kotak Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) kepada 30 penerima beragama Hindu sempena Deepavali yang akan disambut oleh mereka pada 22hb Oktober depan.

Isnin, 3 Mac 2014

VANDALISME: Papan Tanda ADUN Sungai Manik Dirosakkan @ZainolFadzi @ZambryAbdKadir


Gambar di atas YPS ambil dari laman facebook ADUN Kawasan Sg Manik, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin.

YB Zainol Fadzi memuatnaik gambar tersebut pada 25hb Feb yang lalu sambil menulis "Jangan kita ingat semua org suka pd kita.... Terima dgn hati yg terbuka.... "We are Not Perfect"

Menurut rakan-rakan, kejadian tersebut berlaku pada salah satu papan tanda YB Zainol yang dipasang di sekitar Kampung Attaduri, Langkap.

Dan pada hari ini YB Zainol sekali lagi memuatnaik gambar papan tanda yang bukan hanya diconteng, malah dikoyak.


Biarpun diperlakukan sebegitu, YB Zainol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga & Air Negeri Perak tidak melatah dengan apa yang berlaku.

Beliau masih mampu mendoakan agar Allah SWT memberi keampunan serta membukakan hati pelaku vandalisme ini.

"Ya Allah... Kau Ampuni Mrk ya Melakukan tindakan ini... Bukakanlah Pintu Hati Mrk... Ameen".

Kedua-dua kejadian vandalisme ini memperlihatkan sikap tidak bertanggungjawab sipelakunya. 

Persoalannya, 
  • Siapakah yang bertanggungjawab melakukannya?
  • Kenapa sipelaku melakukannya?
  • Apakah niat sebenar sipelakunya?
  • Apakah yang cuba disampaikan oleh sipelaku?
  • Apakah pelakunya melakukan secara bersendirian atau berkumpulan
  • Jika bersendirian, apakah mungkin individu tersebut mempunyai masalah mental atau sakit jiwa?
  • Dan, jika berkumpulan,dari manakah mereka?
Mengikuti perkembangan YB Zainol di media sosial, samada 'facebook', dan website ADUN Sg Manik, beliau dilihat sering turun padang mengadakan pelbagai program di Dewan Undangan Negeri yang diwakilinya.

Biarpun sibuk menjalankan tugas di peringkat negeri, beliau sentiasa memberi tumpuan terhadap keperluan rakyat di kawasan Sg Manik.

Kepada pelaku vandalisme yang merosakkan papan tanda pemimpin ini, YPS andaikan anda mempunyai masalah yang perlu disampaikan kepada pemimpin tersebut. 

Jika benar, lebih baik tuan-tuan cuba bersikap lebih profesional. Jumpa secara bersemuka dan kemukakan masalah anda.

°°°
Moga Allah SWT makbulkan doa YB Dato Zainol supaya dibukakan hati pelaku tersebut. Ameen.

Ahad, 21 April 2013

#PRU13: PELANCARAN PUSAT OPERASI GERAK GEMPUR PEMUDA BN PASIRSALAK @azwanbro



Hampir 300 ahli-ahli Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak hadir ke Program Pelancaran Pusat Operasi Pemuda BN Pasir Salak semalam (21 April 2013) bertempat di Parit 9, Labu Kubong. Antara yang hadir memberi sokongan adalah Calon DUN N48 Sg Manik, Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin, mantan Wakil Rakyat DUN Sg Manik, Dato Haji Ibrahim Katop dan ketua-ketua cawangan sekitar.

Dalam ucapannya, Saudara Khairul Azwan selaku Pengarah Jentera Gerak Gempur Parlimen Pasir Salak berkata Pusat Operasi ini akan beroperasi 24 jam sehingga tarikh mengundi iaitu 5hb Mei nanti. Beberapa orang petugas akan sentiasa berada di Pusat Operasi ini bagi mengatur dan melicinkan segala gerak kerja sewaktu tempoh berkempen. 

"Ahli-ahli Gerak Gempur Pemuda BN adalah merupakan jentera terpenting parti, saya menyeru rakan-rakan untuk bekerja keras demi memastikan kemenangan ketiga-tiga calon BN kita dalam pilihanraya kali ini. Dengan jumlah kehadiran pemuda pada hari ini, saya yakin BN mampu menang besar di Pasir Salak," kata Saudara Khairul Azwan Dato Harun yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN Pasir Salak.

Calon BN DUN Sg Manik (N48), Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin dalam ucapannya, beliau merasa yakin BN akan menang dengan semangat yang ditunjukkan oleh Ahli Gerak Gempur Pemuda BN Pasir Salak yang hadir. Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO Pasir Salak kagum dengan semangat yang ditunjukkan pemuda sejak dari Hari Penamaan Calon semalam (20 April 2013). Harapan beliau agar semangat juang pemuda ini berterusan sehingga ke hari mengundi.

Program diselitkan dengan nyanyian lagu "Barisan Kita" oleh semua yang hadir dengan sepenuh semangat untuk bertempur di medan peperangan. Ramai yang berkata bahawa, Pilihan Raya Umum ke 13 ini adalah pilihanraya yang paling hebat dalam sejarah Malaysia.





Dalam temubual oleh RTM sejurus selesai program pelancaran, Azwan berkata beliau memilih Parit 9 sebagai Pusat Operasi kerana di sini terdapat segala fasiliti seperti masjid untuk bersolat dan gelanggang Futsal yang betul-betul terletak bersebelahan pusat ini selain lokasi yang strategik. Beliau juga akan menempatkan beberapa buah meja ping-pong dan karom untuk ahli-ahli melakukan aktiviti sepanjang pusat ini beroperasi.

Ditanya tentang peranan yang akan dimainkan oleh Unit Gerak Gempur Pemuda dalam menghadapi PRU, Azwan berkata bahawa Pergerakan Pemuda BN akan cuba menangani apa juga keadaan dengan berhemah dan jika terdapat sebarang provokasi oleh pembangkang, unit kami menyiasat dan akan cuba meneutralkan keadaan agar segala proses pilihanraya dapat berjalan dengan lancar sehingga ketarikh pengundian.

Selaku Pengerusi Pemuda BN Negeri Perak, beliau juga meminta agar kesemua Pergerakan Pemuda BN Bahagian membuka pusat operasi di bahagian masing-masing. Pasir Salak adalah antara Pemuda Bahagian yang pertama menubuhkan Pusat Operasi sendiri.

Jom kita pastikan BN menang besar bukan hanya di Pasir Salak, malah di seluruh negara tercinta ini. Kita tumbangkan Pakatan Rakyat!!! Pastikan mereka berkubur di PRU ke 13 ini.


GEGOR!!!! GEMPOR!!!!










Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..