Memaparkan catatan dengan label YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin. Papar semua catatan

Sabtu, 17 Mei 2014

#PRKTelukIntan: Dijangka Saingan Tiga Penjuru, #BN, #DAP & #BEBAS @MuhyiddinYassin @azwanbro #Gerakan #BN4TelukIntan


Presiden GERAKAN, Datuk Mah Siew Keong diumum sebagai calon Barisan Nasional (BN) bertanding pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan.

Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di hadapan ribuan penyokong BN di perkarangan Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) di sini sebentar tadi.

Muhyiddin berkata, keputusan itu diputuskan sendiri oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, pemilihan Siew Keong sebagai calon adalah yang terbaik kerana beliau calon berpengalaman yang pernah memberikan perkhidmatannya di kawasan itu sebelum ini.

"Walaupun pada pilihan raya yang lalu beliau menghadapi kekalahan..namun calon kita dikenali dan tahu apa isu dan masalah yang timbul, " katanya kepada pemberita.

Muhyiddin berkata, Siew Keong juga sudah lama berkecimpung dalam politik, banyak berjasa dan cukup mengenali selok belok serta dekat dengan pengundi di Teluk Intan.

Manakala, DAP bakal diwakili oleh Setiausaha Politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, 27, sebagai calon parti itu.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, di depan Bilik Operasi DAP untuk PRK Teluk Intan di sini hari ini.

Lim berkata pemilihan Dyana Sofya berdasarkan tiga faktor iaitu untuk mewakili golongan muda, memberi peluang kepada wanita serta mahu menonjolkan kepelbagaian kaum dalam DAP.

Rabu lalu, bekas Naib Pengerusi Jawatankuasa Interim DAP Kedah, Syed Araniri Syed Ahmad, turut mengumumkan akan bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan, sebagai calon Bebas.

Syed Araniri, 40, yang menjalankan perniagaan Perubatan Islam di Alor Setar, berkata beliau memutuskan demikian selepas berbincang dengan anggota keluarga, rakan-rakan bekas anggota DAP dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

"Selepas keluar daripada DAP Mei tahun lalu, saya tidak terikat dengan mana-mana parti politik, jadi saya akan bertanding atas tiket Bebas. Saya yakin keputusan bertanding atas tiket Bebas ini akan mendapat sokongan padu pengundi Melayu Islam dan pengundi lain yang 'tidak berselera' dengan mainan politik DAP dan Gerakan," katanya dalam sidang akhbar di Alor Setar.

Syed Araniri berkata antara faktor utama membuatkannya mahu bertanding di Teluk Intan adalah bagi mendedahkan agenda DAP dalam politik Malaysia yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat Melayu dan Islam.

Syed Araniri merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Bimbingan dan Kaunseling Islam, Institut Agama Islam Negeri Sultan Syarif Kasim, Riau, Indonesia.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Teluk Intan pada 19 Mei dan pengundian pada 31 Mei.

Rabu, 26 Mac 2014

@MuhyiddinYassin & Delegasi Malaysia ke Sidang NSS Selamat Tiba Di KLIA @Azwanbro #NuclearSecuritySummit #NSS2014

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta rombongan telah selamat pulang ke tanahair sebentar tadi.

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai delegasi Malaysia menghadiri Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) yang telah berlangsung selama 2 hari (24hb - 25hb Mac) di Hague.

Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun turut berada di KLIA bagi menyambut kepulanganTimbalan Perdana Menteri dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir yang turut menyertai delegasi tersebut.

The NSS tahun ini mempunyai tiga tema iaitu berusaha untuk mencegah keganasan nuklear dengan mengurangkan jumlah bahan nuklear berbahaya di dunia, meningkatkan keselamatan semua bahan nuklear dan bahan radioaktif, dan meningkatkan kerjasama antarabangsa.

Malaysia menyokong usaha antarabangsa untuk mengurangkan penggunaan bahan nuklear gred senjata. 

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Malaysia gembira melihat 12 negara yang menyertai Sidang Kemuncak Keselamatan Nuklear (NSS) di sini telah memindahkan uranium yang diperkaya dari wilayah masing-masing. 

"Semua negara peserta menyatakan komitmen untuk mengurangkan jumlah bahan nuklear berbahaya," katanya menambah beberapa negara juga menyatakan mereka telah mengadun semula uranium yang diperkaya untuk diguna sebagai bahan api loji kuasa nuklear. 

Sidang itu juga mencatat kemajuan dari segi meningkatkan keselamatan berhubung semua bahan nuklear dan sumber radioaktif. Sebanyak 57 negara dan badan antarabangsa menyertai sidang 2014. 

Hampir semua negara yang menyertai termasuk Malaysia memaklumkan kepada NSS bahawa mereka sudah mengemas kini atau sedang menyemak semula perundangan berkaitan keselamatan nuklear bagi mematuhi garis panduan dan amalan terbaik antarabangsa. 

"Malaysia diiktiraf sebagai pusat sokongan keselamatan nuklear oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Disember 2012," katanya. 

Muhyiddin berkata negara yang menyertai juga menyatakan komitmen berterusan untuk memperkukuh kerjasama antarabangsa ke arah membangunkan struktur keselamatan nuklear global yang koheren, teguh dan komprehensif. 

Dalam soal ini, Malaysia menjadi penganjur bersama, dengan kerjasama Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, satu bengkel latihan dan 'tabletop exercise' bulan lepas yang bertujuan membangunkan keupayaan dan kepakaran forensik nuklear negara. 

'Tabletop exercise' merupakan semakan proses dan prosedur yang akan diguna ketika bencana sebenar. 

Banyak negara menekankan bahawa pelucutan nuklear wajar dipercepat memandangkan senjata nuklear terus menjadi ancaman serius kepada manusia. 

Malaysia dan beberapa negara peserta lain juga berpandangan keanggotaan NSS wajar diperluas bagi meraih lebih banyak komitmen dalam memastikan keselamatan nuklear. 

Banyak juga negara menyarankan agar IAEA dengan kepakaran teknikalnya meneruskan kerja dalam proses NSS melangkaui 2016. 

"Beberapa negara mengutarakan tentang keperluan memastikan kelestarian usaha berkenaan dengan kemungkinan menjadikan sidang kemuncak ini daripada peringkat ketua negara kepada menteri," katanya menambah ada cadangan agar sidang kemuncak dwitahunan itu diadakan sekali bagi tempoh empat atau lima tahun. 

Muhyiddin turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Permaisuri Maxima yang juga Wakil Khas Setiausaha Agung PBB bagi Kewangan Inklusif Untuk Pembangunan. 

Muhyiddin berkongsi inisiatif yang diambil oleh kerajaan Malaysia dan agensinya dalam menggalak dan melaksana kewangan inklusif terutama bagi membasmi kemiskinan. 

Kewangan inklusif merupakan satu bentuk perkhidmatan kewangan dengan kos berpatutan bagi kelompok masyarakat yang tidak bernasib baik atau berpendapatan rendah. 

Permaisuri Maxima memuji Malaysia atas usaha yang diambil dalam kewangan inklusif. Malaysia dilihat sebagai satu suara yang lantang dalam subjek itu dan negara-negara lain boleh belajar daripada kepakaran Malaysia. 

NSS 2014 adalah sidang kemuncak ketiga. Kali pertama NSS dianjurkan di Washington pada 2010 dan dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. 

Manakala NSS kedua diadakan di Seoul pada tahun 2012.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..