Memaparkan catatan dengan label Liow Tiong Lai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Liow Tiong Lai. Papar semua catatan

Khamis, 26 Jun 2014

Rombakan Kabinet: Pertubuhan Cina Sedikit Kecewa @NajibRazak #MCA @partiGerakan



Beberapa pemimpin pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina menyuarakan rasa kecewa apabila MCA dan Gerakan tidak diberikan jawatan penting dalam Kabinet.

Kekecewaan mereka diluahkan setelah MCA 'kehilangan' jawatan Timbalan Menteri Pendidikan yang secara tradisinya dipegang parti itu.

Terdapat pula suara yang berpendapat MCA seharusnya mendapat sekurang-kurangnya tiga menteri masing-masing di Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mereka juga mengharapkan Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Wee Ka Siong yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diberi tanggungjawab sewajarnya.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, pihaknya mengalu-alukan rombakan Kabinet tetapi sedikit kecewa dengan barisan baharu itu.

"Keadaan ini berlaku kerana tiada perwakilan kaum Cina dalam Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Kementerian-kementerian ini mengendalikan isu-isu yang dekat dengan kaum Cina," katanya.

Beliau bagaimanapun berpuas hati apabila wakil MCA dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Sebelum ini kita pernah mencadangkan wakil kaum Cina dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.

"Sekarang dapat timbalan menteri, ia masih merupakan satu keadaan yang boleh diterima," katanya.

Tambahnya lagi, jawatan dan tanggungjawab Ka Siong dan Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu diperjelaskan.

"Pada ketika isu Islam dan bukan Islam terus berlaku kebelakangan ini, adalah baik jika terdapat bahagian khas yang mengendalikan isu berkaitan di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Lim Kok Cheong berpendapat, wakil MCA dalam Kabinet perlu berani bersuara menyampaikan pandangan dan suara hati masyarakat Cina.

Beliau berpendapat pelantikan dua menteri daripada MCA adalah boleh diterima walaupun mengharapkan tiga menteri sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Ong Chiaw Chuan pula berkata, pihaknya sedikit sebanyak kecewa apabila wakil MCA tiada dalam Kementerian Pendidikan.

Namun beliau juga percaya dua menteri MCA masih berupaya membangkitkan isu berkaitan untuk dibincangkan dalam Jemaah Menteri.

"Sebelum ini ada wakil MCA dalam Kementerian Pendidikan, ia lebih mudah untuk bangkitkan isu pendidikan Cina," katanya.

Perghhhhh!!! Punya besar permintaan pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina ni. Deme sedar atau tidak, bahawa mereka tidak layak untuk diberikan walaupun satu jawatan kecil didalam kabinet selepas mereka GAGAL memenangi hati pengundi Cina pada PRU ke 13 yang lalu.

Dengan pelantikan seramai 6 orang pemimpin Cina dalam kabinet kerajaan semalam, hari ini mereka boleh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan portfolio yang diberikan kepada 5 pemimpin MCA dan seorang dari parti Gerakan.

Najib yang mengumumkan rombakan kabinet itu, mendapat kritikan dari pelbagai pihak yang menyatakan kekecewaan dengan pertambahan portfolio selain tiada menteri yang digugurkan biarpun ada antara yang dikekalkan gagal menepati KPI yang ditetapkan.

Wakil-wakil pertubuhan Cina patut bersyukur kerana masih diberi peluang biarpun mereka kalah pada PRU ke 13 yang lalu. Yang menang pun, kerana bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Dan perlu diingat, pelantikan 6 orang pemimpin mewakili masyarakat Cina itu oleh YAB Perdana Menteri pasti dengan harapan agar mereka bekerja kuat menarik balik sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.

YPS berpendapat, pelantikan tersebut adalah ihsan UMNO yang menang majoriti sehingga melayakkan Barisan Nasional kekal memerintah negara ini.

Secara peribadi, YPS yakin kita tetap tidak boleh mengharapkan undi kaum Cina pada PRU ke 14 nanti...

#BeriBetisNakPaha

Isnin, 24 Februari 2014

TPM Pengerusikan Mesyuarat Khas BN #PRKKajang, @Azwanbro Turut Hadir @MahyuddinYassin

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang di pejabat UMNO Hulu Langat di sini.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN tiba pada pukul 9 pagi, disambut oleh Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita UMNO Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut hadir calon BN bagi pilihan raya itu Datin Paduka Chew Mei Fun.

Hadir sama Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Kong, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Mesyuarat lebih sejam itu bertujuan membincangkan perancangan dan strategi BN bagi menghadapi pilihan raya kecil itu yang akan dilangsungkan pada 23 Mac depan.

Muhyiddin ketika mengumumkan Naib Presiden MCA itu sebagai calon BN pada Jumaat lepas dilaporkan berkata, Chew yang berasal dari Selangor, menjadi pilihan kerana beliau seorang yang berwibawa, mempunyai pengalaman luas serta sudah biasa berurusan dengan dengan kerajaan persekutuan.

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, keluarga dan masyarakat itu dijangka akan berdepan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya kecil itu.

Bekas Presiden Parti KITA Datuk Zaid Ibrahim, Senator S. Nallakaruppan dan peguam Yuktes Vijay juga telah menyatakan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas.

Azwan yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO telah diberi kepercayaan oleh YAB Datuk Seri Presiden UMNO untuk menjadi Bapa Angkat kepada UMNO Bahagian Hulu Langat bagi menghadapi PRK N25 DUN Kajang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac.

PRK DUN Kajang diadakan berikutan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh dari PKR pada 27 Januari lepas.


Ahad, 9 Februari 2014

PM Rai Sambutan Tahun Baru Cina Peringkat Kebangsaan 2014 di Taiping @NajibRazak @ZambryAbdKadir #CNY2014

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meminta rakyat Malaysia agar terus memelihara keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini kerana ia merupakan kunci kejayaan negara.

Beliau turut mengingatkan  rakyat agar tidak memandang ringan perpaduan yang dibina selama ini, sebaliknya terus menjaga dan mengekalkannya.

"Bila kita sudah dapat negara yang aman dan damai jangan memandang ringan dan mensia-siakannya, pertahankannya, jagakannya, peliharakannya kerana ini merupakan anak kunci kepada kejayaan negara," katanya semasa berucap di Majlis Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baru Cina 2014 di Taiping, malam tadi.

Hadir sama Datin Seri DiRaja Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abd Kadir, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Majlis rumah terbuka itu dihadiri lebih 10,000 tetamu berbilang kaum dan mendapat liputan secara langsung serta disiarkan ke seluruh negara.

Najib seterusnya berkata keamanan dan keharmonian negara boleh diibaratkan seperti 'oksigen'.

"Apabila kita tidak dapat oksigen maka selama itulah kita benar-benar merasai tekanan sebab kita tidak ada oksigen.

"Tapi bila kita ada oksigen, kita mengambil mudah mengenainya, begitulah juga keamanan dan keharmonian negara.

"Kadang-kadang kita terlajak cakap, pada masa perayaan kita patut ucapkan yang baik kepada orang lain sebaliknya kita mempersendakan orang lain." Katanya.

Perdana Menteri berkata, ini bukan cara yang melambangkan nilai baik bagi negara ini, setiap kaum ada nilai yang baik dan harus diberi penekanan.

"Saya difahamkan misalnya bagi masyarakat kaum Cina, mereka menekankan konsep nilai baik, dalam Islam Wasatiyah, dalam bahasa Kebangsaan kesederhanaan," katanya.

Najib menjelaskan apabila konsep keharmonian ini juga mempunyai persamaan pengertian Taiping dalam bahasa Mandarin bermaksud damai dan aman.

Menurutnya lagi, rakyat Malaysia sangat bertuah kerana dapat hidup dalam suasana aman dan damai kerana di bawah pemerintahan kerajaan sedia ada ini, sentiasa membawa perubahan untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira kaum.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam ucapannya berkata, penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Tahun Baharu Cina 2014 membuktikan kerajaan Persekutuan mengiktiraf perayaan itu yang menjadi satu daripada acara besar di peringkat kebangsaan setiap tahun.

Menurut beliau sambutan itu amat besar ertinya kepada seluruh masyarakat Cina di negara ini.

"Di Malaysia kita menyambutnya pada setiap tahun dalam keadaan meriah dan penuh kemesraan, bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Cina tetapi juga oleh kaum lain, yang turut sama menyambutnya dengan cara kunjung-mengunjung pada majlis rumah terbuka," katanya ketika berucap pada sambutan itu.

Sementara itu, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata sambutan berkenaan mampu menyemarakkan industri pelancongan khususnya di Perak, yang memiliki pelbagai daya tarikan.

"Para pelancong dari barat khususnya, sentiasa teruja melihat perayaan di negara ini di samping melawat tempat menarik serta membeli-belah.

"Walaupun mereka berada jauh dari tanah air mereka, keadaan sekeliling, suasana, bunyi-bunyian dan warna-warni semasa perayaan tentunya menarik perhatian mereka," katanya.

Kemuncak sambutan yang bermula petang tadi diwarnai pelbagai persembahan kebudayaan pada sebelah malam bagi mencerminkan kemajmukan serta kepelbagaian adat resam budaya, yang menyatupadukan perbezaan dalam kalangan rakyat Malaysia sekali gus menepati slogan 'Malaysia Truly Asia'.

Suasana penuh warna-warni dengan hiasan lilitan kain merah serta tanglung yang bergantungan sekitar lokasi Rumah Terbuka, dimeriahkan lagi dengan lagu Gong Xi Fa Chai, paluan gendang dan tarian singa oleh Johor World Champioship Lion Dance seiring ketibaan para pemimpin serta orang ramai.

Selesai berucap di pentas utama yang dihias seperti istana Maharaja Cina, Najib menekan butang khas dan serentak dengan itu, sebuah replika kuda keluar dari bahagian tengah, kiri serta kanan pentas utama meraikan kehadiran Tahun Kuda mengikut kalendar Lunar, tanda perasmian majlis yang penuh makna.

Persembahan pembukaan mengimbau kisah Hang Li Po (Cinta Kita), tarian singa dan seni mempertahankan diri Wushu turut diselit untuk tontonan hadirin.

Pengunjung turut dihiburkan dengan gesekan merdu alat muzik Cina iaitu Erhu, persembahan nyanyian Jaclyn Victor, Jamal Abdillah dan Kumpulan Chingay.

Objektif program anjuran Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan serta kerajaan negeri Perak bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014 itu antara lain bagi menjalin hubungan mesra pemimpin-rakyat, mengetengahkan tradisi menyambut Tahun Baharu Cina dan menjadi wadah pelancongan selain memupuk perpaduan serta persefahaman masyarakat pelbagai kaum.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran peserta MegaFam dari 14 negara termasuk Amerika Syarikat, Mexico, Itali, Jerman, Hong Kong, Australia, China, Bangladesh, Singapura, Brunei, Indonesia dan Thailand.

Sambutan Rumah Terbuka malam ini juga dimeriahkan dengan pertunjukan bunga api, pameran dan demonstrasi pembuatan kraf seperti seni ikatan tali dan tanglung pada sebelah petang.

Pengunjung berpeluang menikmati juadah juga menyerlahkan kepelbagaian cita rasa masyarakat Malaysia seperti bihun goreng Cina, Yee Sang, mi udang, char kuetiau, murtabak ayam, sate ayam, nasi ayam dan menu untuk vegetarian.

Khamis, 30 Januari 2014

#MCA Akan Letak Calon PRK #DUNKajang - Liow Tiong Lai

MCA akan meletakkan calon untuk pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kawasan Kajang di Selangor, kata Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata dalam semangat formula perkongsian kuasa yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN), Kajang sentiasa akan kekal sebagai kerusi MCA.

"Kami (MCA) akan menamakan calon untuk mewakili kepimpinan BN setelah Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan tarikh pilihan raya kecil," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden MCA di Wisma MCA di sini, Rabu.

Liow, bagaimanapun, tidak akan mengesahkan atau menafikan jika MCA akan meletakkan calon yang sama ia lakukan untuk pilihan raya umum lepas (GE13) tetapi berkata orang yang akan menjadi "calon boleh menang".

Calon MCA pada PRU ke 13 yang lepas ialah Lee Ban Seng.

Kerusi jatuh kosong selepas Lee Chin Cheh, dari Parti Keadilan Rakyat, meletak jawatan pada hari Isnin.

Ditanya lanjut mengenai peluang MCA memenangi semula kerusi itu, Liow berkata: "Kami sentiasa positif dan selama ini telah berkhidmat rakyat dan rakyat perlu sedar betapa pentingnya suara MCA di Selangor.

Menjelaskan lebih lanjut, Liow berkata MCA telah menubuhkan jawatankuasa khas di peringkat pusat, negeri dan bahagian untuk menghadapi pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata Timbalan Presiden MCA Datuk Dr Wee Ka Siong akan menerajui jawatankuasa di peringkat pusat manakala Datuk Donald Lim Siang Chai dan Lee Ban Seng di peringkat negeri dan bahagian.

Liow juga berkata peletakan jawatan penyandang untuk membuka jalan bagi pemimpin pembangkang dan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding kerusi itu adalah manipulasi sistem demokrasi di Malaysia oleh parti.

"Ini adalah satu taktik lama, mereka masih mahu menggunakannya dan saya pasti rakyat akan menjadi sangat marah, lebih-lebih lagi ini berlaku semasa Tahun Baru Cina musim perayaan," katanya.

Selasa lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah mengumumkan bahawa Anwar akan calon PKR untuk pilihan raya kecil itu yang membawa kepada spekulasi bahawa beliau akan meletak jawatan sebagai Menteri Besar untuk memberi laluan kepada Anwar untuk menggantikan beliau.

Ahad, 22 Disember 2013

Ucapan Tahniah & Pesanan Naib Ketua Pemuda UMNO Msia Terhadap Pimpinan Baru MCA @Azwanbro @NajibRazak

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun dalam kemaskini laman facebooknya menyampaikan ucapan tahniah buat kepimpinan tertinggi MCA yang baru.

Selain itu, Azwanbro turut mengingatkan kepimpinan baru MCA agar menjadikan prestasi buruk mereka pada PRU ke 13 yang lalu sebagai satu pengajaran  dan berhenti menyalahkan UMNO sebagai punca mereka di tolak oleh pengundi khususnya kaum Cina.
Tahniah buat parti MCA dalam pemilihan yang baru selesai, sesungguhnya pengundi dan ahli parti menginginkan pendekatan dan wajah yang baru di tampuk kepimpinan MCA. 
Jadikan PRU13 sebagai pengajaran dan tidak lagi terus menuding jari ke arah parti komponen lain atas kelemahan serta ketirisan parti sendiri dalam meraih undi. Dan hendaklah mereka menilai diri sendiri dahulu sebelum mencari kelemahan parti komponen yang lain. 
Semoga agenda transformasi dalam MCA akan dilaksanakan dengan baik dan telus, sejajar dengan garis panduan yang disaran oleh YAB PM kepada MCA untuk reunite, restrategise, reinvigorate dan re establish.   
- Fb Azwanbro. 

Peringatan Azwanbro  terhadap pimpinan MCA ada asasnya apabila dalam ucaptama Wee Ka Siong ketika merasmikan Persidangan Pemuda MCA baru-baru ini dilihat menyalahkan UMNO atas kegagalan parti mereka sendiri.

Antara petikan ucaptama Ka Siong adalah;

“MCA sekali lagi menerima tamparan hebat dalam PRU ke-13 yang lepas”
.
“[Angkara pucuk pimpinan MCA tidak memegang jawatan kabinet], dasar-dasar yang merugikan masyarakat Cina atau tidak mengambil kira kepentingan semua kaum telah dilaksanakan”
.
“Saya ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin parti-parti komponen terutama pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat, walaupun keputusan PRU ke-13 menyebabkan MCA tidak menyertai kabinet, tetapi kepentingan-kepentingan kaum Cina tidak dibenarkan terancam.”
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/249725
 ...
“Saya ingin menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya lebih berhati-hati dalam ucapan dan pemikiran mereka supaya tidak menuju ke arah penyelewengan dan ekstremisme.”.“Kalau mereka tidak berpuas hati dengan pengundi Cina yang tidak menyokong BN dalam PRU ke- 13 lalu mengetepikan perjuangan untuk semua kaum dan menumpukan perjuangan untuk suatu kaum sahaja, saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN …”.
“Keadaan ini akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN.”.
“… kerajaan yang ingin memenangi hati rakyat harus memastikan rakyat didahulukan, bukan menggubal semua dasar berdasarkan kepentingan suatu kaum atau menghukum suatu kaum secara sengaja atau tidak sengaja, terutama terhadap kaum Cina.”.“Saya ingin memberitahu mereka, kaum Cina tidak akan menerima hukuman seperti ini tanpa tentangan dan MCA juga tidak akan berdiam diri.” 
- Sumber: MCA online

Dengan lantang, Wee Ka Siong menyalahkan UMNO apabila MCA tidak lagi diterima pengundi Cina yang telah beralih menyatakan sokongan kepada DAP pada pilihanraya yang lalu.

Keputusan untuk tidak menerima sebarang lantikan dalam kabinet itu telah dibuat sebelum PRU ke 13 lagi, dimana Jawatankuasa MCA sepakat meluluskan satu resolusi pada Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) mereka. Rujuk di sini.

Untuk rekod, MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan cuma mendapat 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apapun, Tiong Lai dan Ka Siong telah berikrar untuk melakukan transformasi dalam MCA selepas mereka berdua diumum memenangi Pemilihan MCA yang telah diadakan semalam di Dewan MCA, Shah Alam.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menepati jangkaan apabila terpilih sebagai Presiden MCA yang baharu dalam pertembungan tiga penjuru, berjaya mengenepikan Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat dengan memperolehi 1,186 undi.

Sementara itu, Datuk Wee Ka Siong terpilih sebagai Timbalan Presiden MCA selepas menewaskan Datuk Donald Lim dengan mendapat 1,408 undi berbanding hanya 927 undi diperoleh Lim.

Tiong Lai, Ka Siong dan seluruh Jawatankuasa yang baru terpilih perlu menyedarkan ahli-ahli mereka agar jangan terpedaya dan dengan janji-janji pembangkang.

Kita tunggu dan lihat, dalam masa terdekat ini apakah langkah pertama yang akan mereka lakukan bagi merealisasikan ikrar dan janji mereka untuk melakukan transformasi dalam MCA.

Atau mereka terus bermain watak-watak opera Cina mereka???

YPS ~ teringat kata-kata apek yang tiap bulan datang membeli ayam opah teman. Dialognya;

"Kamu jangan ngecek(menipu) aku Ah Chai," kata Opah teman sewaktu Ah Chai menimbang ayam.


Nk tau apa Ah Chai tu balas???


"Aiyaaaaaa!!! Kalu wa talak tipu, wa bukan cina maaaa!!!"...


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..