Memaparkan catatan dengan label Wee Ka Siong. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wee Ka Siong. Papar semua catatan

Khamis, 26 Jun 2014

Rombakan Kabinet: Pertubuhan Cina Sedikit Kecewa @NajibRazak #MCA @partiGerakan



Beberapa pemimpin pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina menyuarakan rasa kecewa apabila MCA dan Gerakan tidak diberikan jawatan penting dalam Kabinet.

Kekecewaan mereka diluahkan setelah MCA 'kehilangan' jawatan Timbalan Menteri Pendidikan yang secara tradisinya dipegang parti itu.

Terdapat pula suara yang berpendapat MCA seharusnya mendapat sekurang-kurangnya tiga menteri masing-masing di Kementerian Pengangkutan, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Mereka juga mengharapkan Datuk Mah Siew Keong dan Datuk Wee Ka Siong yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan diberi tanggungjawab sewajarnya.

Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, pihaknya mengalu-alukan rombakan Kabinet tetapi sedikit kecewa dengan barisan baharu itu.

"Keadaan ini berlaku kerana tiada perwakilan kaum Cina dalam Kementerian Pendidikan, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

"Kementerian-kementerian ini mengendalikan isu-isu yang dekat dengan kaum Cina," katanya.

Beliau bagaimanapun berpuas hati apabila wakil MCA dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

"Sebelum ini kita pernah mencadangkan wakil kaum Cina dilantik sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II.

"Sekarang dapat timbalan menteri, ia masih merupakan satu keadaan yang boleh diterima," katanya.

Tambahnya lagi, jawatan dan tanggungjawab Ka Siong dan Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri perlu diperjelaskan.

"Pada ketika isu Islam dan bukan Islam terus berlaku kebelakangan ini, adalah baik jika terdapat bahagian khas yang mengendalikan isu berkaitan di Jabatan Perdana Menteri," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gabungan Dewan-Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Lim Kok Cheong berpendapat, wakil MCA dalam Kabinet perlu berani bersuara menyampaikan pandangan dan suara hati masyarakat Cina.

Beliau berpendapat pelantikan dua menteri daripada MCA adalah boleh diterima walaupun mengharapkan tiga menteri sebelum ini.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia, Ong Chiaw Chuan pula berkata, pihaknya sedikit sebanyak kecewa apabila wakil MCA tiada dalam Kementerian Pendidikan.

Namun beliau juga percaya dua menteri MCA masih berupaya membangkitkan isu berkaitan untuk dibincangkan dalam Jemaah Menteri.

"Sebelum ini ada wakil MCA dalam Kementerian Pendidikan, ia lebih mudah untuk bangkitkan isu pendidikan Cina," katanya.

Perghhhhh!!! Punya besar permintaan pertubuhan yang mewakili masyarakat Cina ni. Deme sedar atau tidak, bahawa mereka tidak layak untuk diberikan walaupun satu jawatan kecil didalam kabinet selepas mereka GAGAL memenangi hati pengundi Cina pada PRU ke 13 yang lalu.

Dengan pelantikan seramai 6 orang pemimpin Cina dalam kabinet kerajaan semalam, hari ini mereka boleh menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dengan portfolio yang diberikan kepada 5 pemimpin MCA dan seorang dari parti Gerakan.

Najib yang mengumumkan rombakan kabinet itu, mendapat kritikan dari pelbagai pihak yang menyatakan kekecewaan dengan pertambahan portfolio selain tiada menteri yang digugurkan biarpun ada antara yang dikekalkan gagal menepati KPI yang ditetapkan.

Wakil-wakil pertubuhan Cina patut bersyukur kerana masih diberi peluang biarpun mereka kalah pada PRU ke 13 yang lalu. Yang menang pun, kerana bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Dan perlu diingat, pelantikan 6 orang pemimpin mewakili masyarakat Cina itu oleh YAB Perdana Menteri pasti dengan harapan agar mereka bekerja kuat menarik balik sokongan kaum Cina terhadap Barisan Nasional.

YPS berpendapat, pelantikan tersebut adalah ihsan UMNO yang menang majoriti sehingga melayakkan Barisan Nasional kekal memerintah negara ini.

Secara peribadi, YPS yakin kita tetap tidak boleh mengharapkan undi kaum Cina pada PRU ke 14 nanti...

#BeriBetisNakPaha

Ahad, 22 Disember 2013

Ucapan Tahniah & Pesanan Naib Ketua Pemuda UMNO Msia Terhadap Pimpinan Baru MCA @Azwanbro @NajibRazak

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun dalam kemaskini laman facebooknya menyampaikan ucapan tahniah buat kepimpinan tertinggi MCA yang baru.

Selain itu, Azwanbro turut mengingatkan kepimpinan baru MCA agar menjadikan prestasi buruk mereka pada PRU ke 13 yang lalu sebagai satu pengajaran  dan berhenti menyalahkan UMNO sebagai punca mereka di tolak oleh pengundi khususnya kaum Cina.
Tahniah buat parti MCA dalam pemilihan yang baru selesai, sesungguhnya pengundi dan ahli parti menginginkan pendekatan dan wajah yang baru di tampuk kepimpinan MCA. 
Jadikan PRU13 sebagai pengajaran dan tidak lagi terus menuding jari ke arah parti komponen lain atas kelemahan serta ketirisan parti sendiri dalam meraih undi. Dan hendaklah mereka menilai diri sendiri dahulu sebelum mencari kelemahan parti komponen yang lain. 
Semoga agenda transformasi dalam MCA akan dilaksanakan dengan baik dan telus, sejajar dengan garis panduan yang disaran oleh YAB PM kepada MCA untuk reunite, restrategise, reinvigorate dan re establish.   
- Fb Azwanbro. 

Peringatan Azwanbro  terhadap pimpinan MCA ada asasnya apabila dalam ucaptama Wee Ka Siong ketika merasmikan Persidangan Pemuda MCA baru-baru ini dilihat menyalahkan UMNO atas kegagalan parti mereka sendiri.

Antara petikan ucaptama Ka Siong adalah;

“MCA sekali lagi menerima tamparan hebat dalam PRU ke-13 yang lepas”
.
“[Angkara pucuk pimpinan MCA tidak memegang jawatan kabinet], dasar-dasar yang merugikan masyarakat Cina atau tidak mengambil kira kepentingan semua kaum telah dilaksanakan”
.
“Saya ingin memberitahu kepada pemimpin-pemimpin parti-parti komponen terutama pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat, walaupun keputusan PRU ke-13 menyebabkan MCA tidak menyertai kabinet, tetapi kepentingan-kepentingan kaum Cina tidak dibenarkan terancam.”
Sumber: http://www.malaysiakini.com/news/249725
 ...
“Saya ingin menasihatkan pemimpin-pemimpin Umno supaya lebih berhati-hati dalam ucapan dan pemikiran mereka supaya tidak menuju ke arah penyelewengan dan ekstremisme.”.“Kalau mereka tidak berpuas hati dengan pengundi Cina yang tidak menyokong BN dalam PRU ke- 13 lalu mengetepikan perjuangan untuk semua kaum dan menumpukan perjuangan untuk suatu kaum sahaja, saya pasti keadaan ini boleh menyebabkan undi-undi Cina tidak akan kembali kepada BN …”.
“Keadaan ini akan menjejaskan atau memusnahkan masa depan BN.”.
“… kerajaan yang ingin memenangi hati rakyat harus memastikan rakyat didahulukan, bukan menggubal semua dasar berdasarkan kepentingan suatu kaum atau menghukum suatu kaum secara sengaja atau tidak sengaja, terutama terhadap kaum Cina.”.“Saya ingin memberitahu mereka, kaum Cina tidak akan menerima hukuman seperti ini tanpa tentangan dan MCA juga tidak akan berdiam diri.” 
- Sumber: MCA online

Dengan lantang, Wee Ka Siong menyalahkan UMNO apabila MCA tidak lagi diterima pengundi Cina yang telah beralih menyatakan sokongan kepada DAP pada pilihanraya yang lalu.

Keputusan untuk tidak menerima sebarang lantikan dalam kabinet itu telah dibuat sebelum PRU ke 13 lagi, dimana Jawatankuasa MCA sepakat meluluskan satu resolusi pada Mesyuarat Agung Luarbiasa (EGM) mereka. Rujuk di sini.

Untuk rekod, MCA hanya memenangi 7 daripada 37 kerusi Parlimen yang ditandingi, dan cuma mendapat 11 daripada 90 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Apapun, Tiong Lai dan Ka Siong telah berikrar untuk melakukan transformasi dalam MCA selepas mereka berdua diumum memenangi Pemilihan MCA yang telah diadakan semalam di Dewan MCA, Shah Alam.

Datuk Seri Liow Tiong Lai menepati jangkaan apabila terpilih sebagai Presiden MCA yang baharu dalam pertembungan tiga penjuru, berjaya mengenepikan Gan Ping Sieu dan Datuk Seri Ong Tee Keat dengan memperolehi 1,186 undi.

Sementara itu, Datuk Wee Ka Siong terpilih sebagai Timbalan Presiden MCA selepas menewaskan Datuk Donald Lim dengan mendapat 1,408 undi berbanding hanya 927 undi diperoleh Lim.

Tiong Lai, Ka Siong dan seluruh Jawatankuasa yang baru terpilih perlu menyedarkan ahli-ahli mereka agar jangan terpedaya dan dengan janji-janji pembangkang.

Kita tunggu dan lihat, dalam masa terdekat ini apakah langkah pertama yang akan mereka lakukan bagi merealisasikan ikrar dan janji mereka untuk melakukan transformasi dalam MCA.

Atau mereka terus bermain watak-watak opera Cina mereka???

YPS ~ teringat kata-kata apek yang tiap bulan datang membeli ayam opah teman. Dialognya;

"Kamu jangan ngecek(menipu) aku Ah Chai," kata Opah teman sewaktu Ah Chai menimbang ayam.


Nk tau apa Ah Chai tu balas???


"Aiyaaaaaa!!! Kalu wa talak tipu, wa bukan cina maaaa!!!"...


Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..