Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan kerajaan Selangor adalah kerajaan Pakatan Rakyat kerana menurut beliau Pakatan Rakyat hanya sebuah gabungan tiga parti.
Malah gabungan tersebut juga bukan merupakan sebuah badan yang berdaftar. Tambah beliau lagi, nama itu tidak penting kerana ADUN Selangor terdiri daripada parti berlainan.
Ketika ditanya mengenai nasib Anwar Ibrahim selaku Penasihat Ekonomi Selangor selepas PKR bertindak memecat keahlian Khalid Sabtu lalu, Khalid tersenyum sambil berkata, nasib Anwar akan ditentukan selepas beliau berbincang bersama Exco yang lain.
.jpg)


