Memaparkan catatan dengan label Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan.. Papar semua catatan

Jumaat, 1 Ogos 2014

JEMPUT HADIR: Majlis Rumah Terbuka Naib Ketua #PemudaUMNO Msia @azwanbro @zambryabdkadir @YBUDR #Aidilfitri #YTPS


Rakyat dijemput hadir bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia Khairul Azwan Harun yang akan berlangsung ESOK 2hb OGOS 2014 bersamaan 6 SYAWAL 1435H.

Majlis Rumah Terbuka sempena sambutan Aidilfitri tersebut akan diadakan di alamat No 9, Persiaran Gopeng 3, Taman Golf, 31350, Ipoh, Perak bermula dari pukul 2 petang sehingga jam 6 petang.

Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abdul Kadir dijadualkan hadir dan dijangka tiba sekitar jam 3.30 petang.

Majlis tersebut dianjurkan bersama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR).

Sabtu, 15 Mac 2014

Walkabout Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia di Pasir Salak @azwanbro @YBUDR #YTPS #pemudaUMNO



Dalam kesibukan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Saudara Khairul Azwan Harun mengetuai Jentera Pilihanraya Pemuda Barisan Nasional di Pilihanraya Kecil DUN Kajang, beliau sempat meluangkan masa menghadiri beberapa program di Parlimen Pasir Salak.

Jam 9.00 pagi, Azwan hadir merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Berhad di Dewan Serbaguna Pulau Juar, Kampung Gajah.

Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Berhad ditubuhkan 8 tahun lalu oleh ADUN Kawasan Sungai Manik, YB Dato' Haji Zainol Fadzi Paharuddin dan Azwan ketika mereka memimpin Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Azwan dalam ucapannya berharap agar koperasi ini dapat berdiri teguh dan menjadi contoh kepada mana-mana koperasi pemuda bahagian yang lain.

Mesyuarat agung kali ini, Saudara Zulkipli Zakaria selalu Pengerusi Koperasi Pemuda Gemilang Pasir Salak Bhd mengumumkan pembayaran dividen sebanyak 3% kepada ahli.
Selesai merasmikan mesyuarat agung operasi, Azwan bergegas menziarahi jenazah ayahanda kepada Saudara Manaf, mantan Ketua Pemuda Cawangan Parit 4D Sungai Manik.
Beliau turut menziarahi jenazah Allahyarham Pak Ali, mantan Pengerusi JKKK Kg Sungai Tukang Sidin yang juga meninggal pada hari yang sama. Semoga Allah menempatkan roh mereka dikalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Jam 12.30 pm, Azwan tiba di Balun Bidai bagi menyampaikan Bantuan Bina Baru Jeti Nelayan Darat dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Memancing Sungai Tumboh anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak.


Kerajaan Negeri Perak telah memperuntukkan sejumlah RM30 ribu kepada Persatuan Nelayan Ikan Air Tawar (PENIAT) Sungai Galah bagi pembinaan jeti baru tersebut.
Jam 3.00 petang, Azwan yang juga Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) menyempurnakan Penyampaian Bantuan Kotak Makanan YBU kepada 50 penerima yang layak di Zon Anak Sungai, Kampung Gajah.

Azwan dalam ucapannya berkata, kerajaan Barisan Nasional melalui pelbagai agensi telah menyalurkan berbagai bantuan bagi meringankan beban rakyat.

"Di Perak, kerajaan negeri telah menubuhkan YBUDR sebagai sebuah wadah bagi proses pengupayaan semula masyarakat khususnya golongan keterbawahan.

"Bantuan kotak makanan ini merupakan sebahagian daripada program bantuan yang disediakan oleh YBU selain bantuan membina dan baikpulih rumah serta pinjaman mikro kredit bagi mereka yang benar-benar layak," katanya.

Sebelah malam, Azwan menghadiri Majlis Santai Malam bersama Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia anjuran Yayasan Transformasi Pasir Salak di Restoran Tomyam Kita, Langkap.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi YTPS Saudara Ramelle Ashram Tan Sri Ramli.

Selesai majlis tersebut Azwan bergegas ke Kajang bagi menghadiri Mesyuarat Khas Jentera PRK DUN Kajang Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Malaysia.

Rabu, 8 Januari 2014

Isu Kalimah ALLAH: Pemuda UMNO Tetap Pertahan Keputusan Mahkamah dan Titah Sultan Selangor @Azwanbro @NajibRazak @ZambryAbdKadir #pemudaUMNO @YBUDR

"Kalau mahkamah dah putuskan tidak boleh digunakan kalimah itu dalam mana-mana penerbitan jadi ini perlu dihormati"

Demikian tegas Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia, Khairul Azwan Dato Harun ketika mengulas tindakan pembangkang yang mempertikaikan keputusan mahkamah berkaitan isu kalimah Allah.


Menurut beliau, PEMUDA UMNO tetap mempertahankan keputusan mahkamah dan juga titah Sultan Selangor bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam mana-mana penerbitan bukan Islam.

"Kalau ada mana-mana pihak yang melanggar keputusan mahkamah dan melanggar undang-undang yang telah diputuskan ini bermakna mereka tidak menghormati keputusan mahkamah dan undang-undang negara.

"Kita minta isu ini jangan diputarkan belit lagi, kalau mahkamah dah putuskan tidak boleh maka kita perlu hormati keputusan itu.

"Jadi sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang ini boleh diambil tindakan, ini jelas, ini premis asas kenegaraan iaitu menghormati undang-undang,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penghargaan dan Mengenang Jasa Anjuran Pemuda UMNO Negeri di Bangunan UMNO Negeri, Ipoh 4hb Januari yang lalu.

Terdahulu, pada sebelah siangnya, Azwan berkesempatan memenuhi undangan majlis perkahwinan anak Tuan Haji Rahim Mansor di Kg Sungai Jejawi, Kampung Gajah.
Azwan di majlis kenduri kahwin Tuan Haji Rahim, Kg Sungai Jejawi.

Pada jam 2. 30 petang, beliau hadir ke Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) di Dewan Sebaguna Kampung Tersusun A.A Tin, Kampung Gajah.

Majlis tersebut dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk Kg Tersusun A.A Tin bersama JKKK Sungai Galah dan UMNO Cawangan A.A Tin serta YBUDR.
Ahmad B. Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Penduduk Kampung Tersusun A. A Tin menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya beliau menerangkan sejarah Kg Tersusun A. A Tin.

Azwanbro berucap di Majlis Ramah Mesra dan Penyampaian Bantuan YBUDR di Kampung Tersusun A. A Tin, Kampong Gajah.

Azwan mewakili YAB Menteri Besar Perak menyampaikan bantuan kotak berisi makanan YBUDR kepada golongan warga emas dan ibu tunggal.

Timbalan Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS) Saudara Ramelle Tan Sri Ramli

Azwan selaku Timbalan Pengerusi YBUDR mewakili YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan bagi menyampaikan bantuan kotak makanan sumbangan YBUDR kepada 40 orang penerima terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal.

Hadir sama mengiringi beliau ke Majlis Ramah Mesra ini adalah Timbalan Pengerusi Yayasan Transformasi Pasir Salak (YTPS), Saudara Ramelle Asyram Tan Sri Ramli.

Khamis, 26 Disember 2013

DIJEMPUT HADIR!!! MAJLIS PERASMIAN PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN, KBS DRIFT 2013 & MAJLIS KESYUKURAN MASJID AL AZHAR OLEH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO Msia @AzwanBro @ZambryAbdKadir @NajibRazak #SLAA #YBUDR #


Pada  hari Ahad,  29hb Disember ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia merangkap Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, YBhg Tuan Haji Khairul Azwan Dato' Harun akan hadir selaku Pengerusi YBU Holdings Sdn Bhd bagi menyempurnakan Majlis Perasmian dan Penyampaian Bantuan Persekolahan Tahun 2014 bagi seluruh Parlimen Pasir Salak. 

Majlis yang dianjurkan oleh YBU Holdings ini adalah merupakan salah satu diantara Inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), dimana pihak YBU Holdings Sdn Bhd akan memperuntukan sejumlah sumbangan berupa bantuan persekolahan bagi membantu meringankan beban persiapan 200 ibubapa yang mempunyai anak-anak yang akan memulakan musim persekolahan 2014. 

Majlis ini akan bermula jam 10 pagi bertempat di Dewan Orang Ramai Kg Pulau Gajah, Kampung Gajah, Perak. ADUN Kawasan Kampung Gajah, Tuan Haji Abdullah Fauzi Dato' Ahmad Razali dan ADUN Sungai Manik, YB Haji Zainol Fadzi Paharuddin juga dijemput dan dijangka berkesempatan hadir ke majlis ini.

Selepas Majlis Penyampaian Bantuan Persekolahan, pada jam 2.30 petang, Azwan akan hadir ke Litar Dato' Sagor di Kampung Gajah bagi merasmikan Perasmian Penutup KBS Drift 2013, Peringkat Negeri Perak yang dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan Daerah Perak Tengah dengan kerjasama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Parit, MAYC Parlimen Parit dan SLAA.
SLAA adalah ringkasan bagi Skim Latihan Automatif Amanjaya, sebuah program latihan jangka pendek bagi pelatih untuk mendapatkan latihan kemahiran yang juga dianjurkan oleh YBUDR. 

Golongan muda yang berminat dengan bidang automatif dan berhasrat untuk membuka bengkel, dijemput hadir untuk mendapatkan penerangan lanjut mengenai program ini. Atau anda boleh klik ke laman sesawang SLAA.


Azwan menyaksikan Majlis menandatangani perjanjian pembinaan Masjid Al Azhar diantara YBU Holdings Sdn Bhd dan Khusma Enterprise di Pejabat YBU Holdings pada Julai yang lalu.
Sekitar jam 5 petang, Azwan akan hadir ke Majlis Kesyukuran Pembinaan Masjid Al Azhar di Kampung Balun Bidai, Kg Gajah. Masjid yang sedang dalam pembinaan dengan anggaran kos sebanyak RM800,00 ini bakal menggantikan masjid lama kampung tersebut yang telah berusia lebih dari 100 tahun.

YBU Holdings yang bertindak sebagai pengurus projek telah melantik sebuah syarikat tempatan, Khusma Enterprise, untuk melaksanakan projek tersebut, dengan yuran pengurusan hanya dua peratus.

Masjid baru ini boleh menampung kira-kira 500 jemaah pada satu-satu masa, sekaligus mampu menampung keperluan penduduk kampung berhampiran yang berjumlah sekitar 600 orang.

Peruntukan untuk projek itu diperolehi daripada peruntukan Timbalan Perdana Menteri (RM400,000) dan sumbangan orang ramai dan syarikat swasta.


ORANG RAMAI DIJEMPUT HADIR !!!

Isnin, 11 November 2013

AWAS!!! YBU AKAN LAKSANA OPERASI BURU PEMINJAM TIDAK BUAT PEMBAYARAN BALIK PINJAMAN

PERHATIAN BUAT PEMINJAM MIKRO KREDIT YBUDR!!!

Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan akan melaksanakan Operasi Kejar terhadap peminjam yang enggan membayar pinjaman dari agensi itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismail Saffian berkata setakat ini YBU telah mengesan lebih 800 peminjam yang gagal melunaskan bayaran bulanan.

"Sekarang kita ada satu isu... ada 874 peminjam yang tidak aktif.

"Saya nak buat operasi kejar ni peminjam-peminjam ini.

"Kita nak minta kalau betul dia dalam keadaan yang daif maka nanti kita akan syorkan cara-cara tertentu untuk pembayaran balik.

"Tetapi kalau dia jenis orang yang sengaja mengelak untuk membayar pinjaman kita maka tindakan akan diambil."

Bagi Ismail, peminjam yang enggan membayar balik pinjaman mungkin merasakan yang mereka sudah berjaya dan berkemampuan.

Kejayaan itu katanya, membuat sesetengah peminjam YBU dengan sengaja tidak mahu membayar pinjaman.

"Kita akan ambil tindakan, kita tidak kira apa pegangan politik dia atau apa pun. Kita akan bertindak.

"Sebab ini hak orang miskin, hak rakyat jadi peminjam kena bertanggungjawab.

"Jadi kita akan buat operasi kita untuk kejar mereka.

Menurut Ismail lagi, pihak YBU akan memulakan Operasi Kejar di DUN Pulau Pangkor terlebih dahulu.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..