Memaparkan catatan dengan label Ketua Pergerakan UMNO Perak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ketua Pergerakan UMNO Perak. Papar semua catatan

Khamis, 10 Oktober 2013

KENALI @azwanbro: MISI & VISI CALON NAIB KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA #PemilihanUMNO2013 #AzwanBro4NKPUM #ZuriatUMNO


Tinggal beberapa hari lagi, perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO seluruh Malaysia akan memilih Jawatankuasa Sayap Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru. 

Seramai 3 orang calon  menawarkan diri untuk bertanding jawatan Pengerusi Tetap, 5 orang calon bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, 5 calon Ketua Pemuda, 4 orang calon Naib Ketua Pemuda serta 77 orang calon bagi Ahli Jawatankuasa Pemuda.

Salah seorang calon bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia adalah Saudara Tuan Haji Khairul Azwan Bin Dato Harun. Beliau merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Perak. 

Apakah misi dan visi beliau? Jom kita dengar...







Credit: WartaRakyat.my


Good Luck Bro... 

Selasa, 1 Oktober 2013

KENALI @azwanbro: PEMUDA BN PERAK ANJUR PROGRAM UNTUK GOLONGAN MUDA CEBURI BIDANG AUTOMOTIF #SLAA #ZuriatUMNO #OneBro4NKP


Majlis Penyerahan Sijil Pentauliahan Pusat Kemahiran oleh Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahamad Shaffie.


Awal Januari yang lalu, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak dan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) telah menjalinkan kerjasama bersama DRB-HICOM bagi melatih golongan belia dalam bidang automatif menerusi Skim Latihan Automotif Amanjaya (SLAA)

PEMUDA Barisan Nasional (BN) Perak yang menjadi 'jambatan' kepada aspirasi golongan muda khususnya belia di negeri ini dan berusaha menarik mereka untuk menceburi dalam bidang automatif.

Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Khairul Azwan Harun berkata, "Pemuda BN Perak akan menjadi `jambatan' kepada aspirasi golongan belia di negeri ini dan mensasarkan seramai mungkin golongan belia untuk menceburi bidang automatif." 

Seramai 11 pengusaha bengkel dan 30 peserta bengkel di bawah program SLAA menerima sijil pentauliahan yang disampaikan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Ahamad Shaffie.

Khairul Azwan yang juga Timbalan Pengerusi YBUDR berkata, menerusi SLAA ini, pihaknya mensasarkan sekurang-kurang 40 peserta menyertai setiap sesi latihan yang dijalankan.

"Setiap peserta akan mengikuti program tersebut selama enam bulan yang ditaja oleh pengusaha-pengusaha bengkel dibawah seliaan YBU.

"Kita Pemuda BN Perak menganggap SLAA ini sebagai amat penting dalam memberi peluang dan ruang kepada golongan belia di Negeri Perak mengikuti latihan automotif secara lebih mendalam,'' katanya.

Menurutnya, peserta bukan sahaja mempelajari selok-belok ilmu membaiki kereta malah berpeluang mencipta sesuatu kelainan dalam memenuhi kehendak industri automotif.


Kerjasama yang diberikan konglomerat terkemuka, DRB-Hicom melalui subsidiarinya, Proton, dalam melaksanakan program tersebut merupakan satu pengiktirafan terhadap inisiatif tersebut dan para pelatih SLAA akan mendapat pentauliahan daripada syarikat terbabit.

“Pada masa sama kita berharap kerjasama itu akan memberi peluang kepada pelatih menjalankan latihan intensif di semua pusat servis Proton milik DRB-Hicom,” katanya.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Datuk Ahmad Shalimin Shaffie berkata, kerjasama di bawah program Skim Latihan Automotif Amanjaya (SLAA) itu diyakini mampu memberi impak positif dalam menentu hala tuju kerjaya dan masa depan belia.

Program ini dapat membantu melahirkan ramai golongan belia menjadi tenaga mahir dalam industri automotif. Ia selaras dengan inisiatif kerajaan yang mahu menjadikan Perak sebagai hub negeri automotif.

SLAA terbuka kepada belia berusia 17 hingga 35 tahun dengan syarat minimum boleh membaca dan menulis selain tidak buta warna dan tiada kecacatan anggota badan.

Kepada golongan muda yang berminat untuk menceburi bidang automotif, pelbagai insentif menarik disediakan di bawah program SLAA ini. Jangan lepaskan peluang anda. 


Sebarang pertanyaan hubungi; 
Sekretariat SLAA 
Tingkat 2, D-2-1, Greentown Square, 
Jalan Datuk Seri Ahmad Said, 30450 Ipoh.
Tel - 05-255 5945



Atau klik  SLAA


BENGKEL AZALAN WORKSHOP di Kg Baru Ayer Hitam, Teluk Intan mempunyai peralatan secukupnya untuk melatih pelatih program SLAA sepanjang tempoh latihan.

AZALAN (kiri) menunjukkan cara mencuci enjin kepada salah seorang pelatih SLAA di bengkelnya di Teluk Intan

YPS ~ Ini merupakan satu lagi inisiatif @AzwanBro dalam membina masa depan golongan muda.

Isnin, 16 September 2013

#OneBro4NKP: SELAMAT HARI MALAYSIA KE-50


Sejarah perjuangan tanah Melayu perlulah diketahui oleh semua orang khasnya orang muda. Kerakyatan tidak akan bermakna jika kita tidak tahu asal-usul kita. Sejarah kita adalah pengajaran bagi kita, adalah panduan perjuangan kita. Generasi muda Melayu perlu mengetahui kepentingan perpaduan, sejarah kejatuhan kerajaan Melayu dan ancaman terhadap ketuanan Melayu yang ada di mana-mana sama ada dari dalam negara, mahupun luar negara. Lebih-lebih lagi Melayu itu dikaitkan dengan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia. Maka sudah pasti musuh Melayu, juga adalah musuh Islam yang bersifat sejagat dan senantiasa berusaha menjatuhkan pengaruh Islam.

Seterusnya baca di sini http://azwanbro.com/selamat-hari-malaysia-ke-50/ 

Rabu, 2 Mei 2012

PERASMIAN HARI ANUGERAH PELAJAR SMK DATO SERI MAHARAJA LELA, KG GAJAH

KAMPUNG GAJAH - Pada 26hb APRIL yang lalu, Saudara Khairul Azwan Dato Harun telah dijemput bagi merasmikan Hari Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Seri Maharaja Lela di Kampung Gajah.

Seramai 13 orang pelajar yang menduduki Peperiksaan Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia bagi tahun 2011 telah mendapat keputusan cemerlang 'straight A'.

Sewaktu perasmian Majlis Anugerah yang sama pada tahun 2011, Khairul Azwan telah berjanji akan memberi saguhati sebanyak RM1000.00 kepada setiap pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi PMR & SPM sebagai ganjaran atas kejayaan pelajar yang berusaha keras.

Kehadiran beliau pastinya telah dinanti-nantikan oleh 13 orang pelajar yang layak untuk mendapat ganjaran seperti dijanjikan.

Azwan yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah YBUDR dalam ucapannya meminta agar Pihak Sekolah, PIBG dan PPD Perak Tengah agar mengadakan sebuah program agar pelajar-pelajar PMR yang berjaya akan kekal mendapat keputusan yang cemerlang di dalam SPM khususnya pelajar yang masih berada di SMKDSML.

Beliau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bhgn Pasir Salak, berjanji akan membiayai program tersebut dan beliau sendiri sudi hadir mambantu agar perlaksanaan dan matlamat program tercapai dengan jayanya.

Azwan juga menyeru agar ibubapa juga turut memainkan peranan dan turut serta hadir bagi memberi semangat kepada anak-anak yang akan menyertai program tersebut.


Beliau juga turut berjanji akan meneruskan memberi saguhati serta ganjaran bagi pelajar yang berjaya mendapat 'Straight A' bagi calun-calun PMR dan SPM tahun ini.


YPS™ ~ rasa nak ambik periksa PMR dan SPM lak. Lumayan tuh... Tahniah Boss atas semangat ingin melihat anak bangsa berjaya. Semangat inilah yang patut ada dalam jiwa seorang pemimpin.
Sent from my BlackBerry® Smartphone

Khamis, 26 April 2012

MAJLIS RAMAH MESRA PEMUDA KG TELUK BHARU BERSAMA PEMIMPIN

Pemenang Pertandingan Karom
KAMPUNG GAJAH  (22hb APRIL 2012) - Ketua Pemuda UMNO Perak telah menghadiri Majlis Ramah Mesra Pemuda Bersama Pemimpin yang telah diadakan di Kampung Teluk Bharu anjuran Pemuda Cwangan Teluk Bharu bersama Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak.

Khairul Azwan bersama EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak tiba di Dewan Orang Ramai Kg Teluk Bharu sekitar jam 12.15 tengahari dan disambut oleh Pak Ya selaku Pengerusi JKKK bersama hampir 100 orang penduduk kampung terutamanya ahli-ahli pemuda.

Azwan turut menyampaikan hadiah berupa hamper kepada para pemenang pertandingan 'karom' serta sumbangan kotak makanan kepada penduduk yang kurang berkemampuan. Selepas makan tengahari, beliau meluangkan masa hampir 4 jam beramah mesra dengan masyarakat Kg Teluk Bharu.

Di samping berdepan dengan tugas-tugas berat sebagai Ketua Pemuda Perak dan Timbalan Pengerusi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, beliau tetap meluangkan masa untuk memenuhi atau menghadiri undangan program-program yang dianjurkan di Bahagian Pasir Salak.

AzwanBro menyampaikan sumbangan kotak makanan kepada penduduk yang kurang berkemampuan.


Makan bersama Ketua Kampung.

Berkesempatan bermain Ping Pong bersama pemuda cawangan di Dewan Orang Ramai Kg Teluk Bharu.


Isnin, 23 April 2012

KONVOI MOTOSIKAL PEMUDA KE TELUK SENANGIN

Ucapan Pelancaran Konvoi oleh Ketua Pemuda Perak


Peserta konvoi dilepaskan
SEBERANG PERAK - (21 April 2012) Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak, Saudara Khairul Azwan Harun telah dijemput oleh Pergerakan Pemuda UMNO Seberang Perak bagi melancar atau melepaskan Konvoi Motosikal Ke Teluk Senangin pada jam 12.30 tengahari semalam.

Konvoi seramai 100 orang ahli-ahli pemuda Cawangan Seberang Perak itu akan bermalam di Teluk Senangin. Beberapa acara telah diatur sepanjang mereka berada di Teluk Senangin antaranya Ceramah Bongkar Rahsia yang akan disampaikan oleh Saudara Faizal Effendi B. Hasim bekas Naib Ketua Pemuda Negeri Perak.

Menurut Saudara Sabri B. Putih selaku Naib Ketua Pemuda Cawangan Seberang Perak, tujuan konvoi dan bermalam di Teluk Senangin itu diadakan adalah untuk menerap nilai-nilai murni dan jati diri peserta konvoi yang rata-ratanya berumur 40 tahun kebawah.

Aktiviti-aktiviti yang telah disusun sepanjang berada di Teluk Senangin dapat membentuk disiplin serta semangat sayangkan agama, bangsa dan negara.

Peserta diminta berjanji untuk mematuhi undang-undang jalanraya sewaktu menunggang motosikal selain beberapa aktiviti keagamaan yang telah dirancang sepanjang berada di Teluk Senangin. Dalam ucapan alua-aluannya, Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada Saudara Khairul Azwan yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Salak kerana sudi membantu membiayai program mereka.

KP bergambar bersama peserta konvoi


YPS™ ~ mengucapkan TAHNIAH kepada Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Seberang Perak atas kejayaan menganjurkan program ini.

Jumaat, 13 April 2012

GEMPAR!!! KEDIAMAN MB PERAK AKAN DISERBU.

Dianggarkan lebih kurang 10 Ribu anak-anak muda dari seluruh pelusuk negeri Perak akan menyerbu dan berhimpun di Kediaman Menteri Besar Perak bermula jam 12 tengahari 14hb April (Esok).

Anak-anak Muda ini akan berhimpun bagi menyatakan sokongan dan sebagai tanda siap sedia menghadapi Pilihanraya Umum ke 13 bagi memastikan Barisan Nasional kekal memimpin Perak dan Malaysia.

Beberapa orang pemimpin besar Barisan Nasional negeri dan pusat dijangka hadir. Antaranya Naib Presiden UMNO, YB Dato Seri Hishammudin, YB Khairy Jamaluddin selain kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Yang jelas, apabila Barisan Nasional mengadakan perhimpunan, tiada provokasi yang boleh menjejas keselamatan negara.


YPS™ ~ HIMPUNAN BN Pilihan Orang Muda. Anak-anak muda yang cintakan keamanan negara. Tidak seperti Pakatan Rakyat yang sentiasa cuba mencetuskan huru-hara.

Jumaat, 9 Mac 2012

CLOCK TOWER STREET FIESTA PEMUDA BN PERAK

Pada 3hb Mac 2012 yang lalu, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak telah berjaya menganjurkan satu program yang diberi nama 'CLOCK TOWER STREET FIESTA' bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan.

Program sehari itu bermula seawal jam 8.00 pagi dan berakhir jam 11.00 malam. Seramai 15 ribu pengunjung telah berkesempatan menghadiri program tersebut. Pelbagai acara diadakan bagi golongan muda seperti pertandingan Street Dance, Lion dance, Bola Sepak 5v5, Servis Motosikal Percuma, Persembahan Artis, Pameran Agensi Kerajaan dan Town Hall Meeting.

Town Hall Meeting yang bermula jam 3 petang dan antara ahli panel yang terlibat adalah Saudara Khairul Azwan Dato Harun. (Pengerusi Pemuda BN Perak), YB Dato' Hj Zainol Fadzi Paharudin (EXCO Kerajaan Negeri Perak), YB Dato Dr Mah Hang Soon (EXCO Kerajaan Negeri Perak) serta beberapa orang lagi yang mewakili agensi kerajaan serta swasta.

Objektif Town Hall Meeting diadakan adalah untuk membuka peluang kepada masyarakat, khususnya golongan muda menyuarakan sebarang permasalahan dan pendapat. Segala permasalahan dan pendapat yang diajukan akan dijawab oleh panelis yang terlibat.

Pada sebelah malam pula, artis terkenal tanahair menghiburkan pengunjung antaranya Fiq Mentor, Rabbit Mack dan Azlan The Typewritter.

Sebelum hadir ke Teluk Intan, Saudara Khairul Azwan telah berkesempatan merasmikan Program Khidmat Komuniti di Dewan Serbaguna Balun Bidai pada jam 11 pagi. Program tersebut anjuran bersama JKKK Balun Bidai dan Universiti Kuala Lumpur (UNiKL).

Selepas itu, beliau bergegas ke Kampung Air Hitam, Langkap bagi menyerahkan bantuan kepada mangsa banjir yang telah melanda kampung tersebut.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..