"Bahawa saya tidak berasa terguris atau berkecil hati keatas segala macam tohmahan dan gelaran yang dilontarkan kepada saya.
Demikian ujar Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun yang dikecam berikutan tindakan beliau membuat laporan polis terhadap tiga individu bergelar Tan Sri yang didakwa berkonspirasi untuk mengguling Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Najib Razak pada 26hb Julai lalu.
Bagaimanapun, setelah dirakam keterangannya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar membuat kenyataan rasmi untuk tidak meneruskan siasatan atas alasan laporan yang dikemukakan oleh Azwan bersandarkan kepada andaian.
Biarpun akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak polis, Azwan tetap mempertahankan bahawa laporan polis tersebut berdasarkan asas yang kukuh dan kebimbangan beliau terhadap perkara yang buruk menimpa kepimpinan negara.
"Saya yakin dan percaya bahawa tindakan (laporan polis) saya itu berdasarkan asas yang kukuh dan sebab-sebab yang kuat.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia berjanji akan terus komited mempertahankan Presiden biarpun digelar dengan pelbagai nama oleh rakyat.
"Saya bersetuju dengan kenyataan Yang Berhormat Ketua Pemuda UMNO Malaysia Saudara Khairy Jamaluddin sewaktu perasmian Mesyuarat Perwakilan Sayap-sayap Putrajaya.
"Bahawa kita tidak kira walau apa gelaran dilontarkan, dalam kita mempertahankan kepimpinan Datuk Seri Najib, Pemuda pasti terus komited walaupun kita digelar dengan macam-macam nama," - Khairy Jamaluddin (Putrajaya).
"Tiada istilah kecewa, tiada istilah merajuk, tiada istilah berundur. Pantang berundur anak muda dalam mempertahankan kepimpinan dan kerajaan kita," tegas Azwan lagi.
Terdahulu, Azwan merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tapah.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hasan.
Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Tapah, YB Dato' Shamsuddin Abu Hasan.
















































