Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Terengganu. Papar semua catatan

Rabu, 14 Mei 2014

#PemudaUMNO Terengganu Akur Keputusan Pucuk Pimpinan - Mohd Johari @KhairyKJ @azwanbro


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar berkata sayap itu akur dengan keputusan pucuk pimpinan tertinggi UMNO dan pelantikan ini menjadikan UMNO lebih kuat dan stabil.
        
"Bagi Pemuda, kami menerima sepenuhnya keputusan ini dan berharap rakyat dapat menerimanya dengan hati terbuka.
        
"Pelantikan ini menjadikan politik di Terengganu bertambah matang, walaupun ada sedikit kekalutan pada awalnya dan ini merupakan suntikan baharu bagi Pemuda," katanya.
        
Johari berkata, Pemuda UMNO Terengganu dengan 58,959 anggota sentiasa bersiap sedia untuk menerima apa jua arahan untuk gerak kerja bagi menghadapi PRU akan datang.

ADUN Jabi Ikrar Kekal Bersama BN @KhairyKJ @azwanbro #PemudaUMNO


ADUN Kawasan Jabi, Mohd Iskandar Jaafar meminta agar kemelut yang melanda politik Terengganu  dapat diselesaikan dengan baik manakala rakyat serta penyokong-penyokong UMNO bersabar supaya krisis tidak berpanjangan.  

Beliau yang dihubungi Sinar Harian melahirkan pendiriannya, tidak akan keluar parti dan setia kepada kepimpinan UMNO.

“Demi ALLAH, Insya-ALLAH saya kekal bersama UMNO/BN.  Tidak akan keluar parti dan setia kepada UMNO. Akur kepada pucuk pimpinan.  Namun, pada masa yang sama, saya sangat berharap agar kemelut ini dapat diselesaikan dengan baik.

“Rakyat serta penyokong UMNO perlu bersabar,” katanya yang juga Exco Pemuda Malaysia.

Rabu, 11 Disember 2013

KEMUDAHAN WiFi PERCUMA DI TERENGGANU BERMULA 2014

TAHNIAH buat Kerajaan Negeri Terengganu yang akan menyediakan kemudahan Wifi secara percuma di seluruh negeri ini terutama di kawasan tumpuan awam bermula tahun depan dengan anggaran kos sebanyak RM30 juta.

Menteri Besar Terengganu, YAB Datuk Seri Ahmad Said berkata kemudahan itu kini satu keperluan memandangkan rakyat pelbagai lapisan menggunakannya untuk melancarkan pelbagai urusan harian mereka.

"Sebagai permulaan, tumpuan diberi kepada kawasan tumpuan awam dan kita sasarkan liputan WiFi percuma itu akan dapat diakses di seluruh negeri menjelang akhir tahun," katanya kepada pemberita selepas membentangkan Bajet 2014 di sini Isnin.

Bagi menjana pelbagai inisiatif pembangunan teknologi komunikasi maklumat, sebanyak RM4 juta diperuntukkan pada tahun depan termasuk pembangunan infrastruktur telekomunikasi iaitu pembinaan tiga buah menara dengan kos RM2.5 juta.

"Kerajaan negeri juga memperuntukkan sebanyak RM3.6 juta untuk memperkasakan lagi penggunaan Pusat Komuniti Bestari yang kini menerima kunjungan kira-kira 100,000 rakyat setiap tahun," katanya. [BERNAMA]

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..