Memaparkan catatan dengan label Klinik Pemuda UMNO. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Klinik Pemuda UMNO. Papar semua catatan

Isnin, 3 Mac 2014

JOM DAFTAR!!! Portal #ForTheRakyat Sedia Menerima Aduan Anda @Azwanbro @NajibRazak #BiroAduanKomuniti #pemudaUMNO

Rabu lalu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun telah melancarkan #KlinikPemuda dan sebuah portal dinamakan #ForTheRakyat. Lihat di SINI.

Portal tersebut diwujudkan sebagai platform kepada orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan untuk diketengahkan kepada pihak berwajib.

Video Sidang Media @Azwanbro.


Malam tadi, YPS cuba melayari portal #ForTheRakyat dan telah berjaya memasuki laman sesawang tersebut. 
Https://fortherakyat.force.com/home

Pengunjung perlu mendaftar bagi mendapatkan akaun ID anda seterusnya membolehkan anda log in dan membuat aduan.

Bayi YPS, proses mendaftar begitu mudah, anda cuma perlu memasukkan Email, kata laluan, nama (seperti dalam NRIC), nombor Kad Pengenalan, nama samaran, nombor telefon serta alamat tempat tinggal anda.



Masukkan Email serta kata laluan.

Masukkan Nama Penuh, No Kad Pengenalan, nama samaran, nombor telefon serta alamat tempat tinggal anda.

PENDAFTARAN BERJAYA!!!

Selepas pendaftaran anda berjaya, anda perlu "Log Masuk" dengan memasukkan email serta kata laluan yang anda daftarkan.

Sekarang anda sudah mempunyai akaun serta akses kepada portal 'For The Rakyat' untuk membuat sebarang aduan berkaitan masalah yang anda hadapi.

Selain mewujudkan portal 'For The Rakyat' Pemuda UMNO Malaysia turut melancarkan 'Klinik Pemuda UMNO', yang membolehkan rakyat tampil mengemukakan aduan secara bersemuka kepada mereka.

Rakyat boleh datang ke klinik ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan akan diambil tindakan.

Klinik tersebut akan beroperasi dua minggu sekali dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari di Lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur.

Klinik Pemuda ini akan dikembangkan keperingkat negeri serta bahagian-bahagian jika mendapat sambutan menggalakan daripada rakyat.

Menurut Azwan, Pemuda UMNO melalui Biro Aduan Komuniti tidak menghadkan kemudahan ini kepada golongan muda sahaja.

Mereka menawarkan khidmat ini untuk seluruh peringkat rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan usia.

YPS mengucapkan SYABAS serta TAHNIAH kepada Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun serta seluruh kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO kerana berjaya mengetengahkan idea tersebut.

YPS berdoa dan berharap, "ianya sentiasa dan kekal berperanan sebagaimana ia sepatutnya berperanan."

Jumaat, 28 Februari 2014

ESOK, @Khairykj Dijadualkan Lancar #KlinikPemuda & Portal #ForTheRakyat @azwanbro @NajibRazak #pemudaUMNO #BiroAduanKomuniti




Esok, Pemuda UMNO Malaysia bakal melancarkan portal aduan "For The Rakyat" dan Klinik Pemuda UMNO bagi membolehkan masyarakat menyalurkan aduan terus secara online.

Ketua Pemuda UMNO, YB Khairy Jamaluddin dijadualkan merasmikan pelancarannya di Pejabat Biro Aduan Komuniti, Kuala Lumpur.

Klinik dan portal aduan berkenaan akan mula beroperasi selepas majlis perasmian tersebut.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, klinik dan portal tersebut akan menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan.

“Pemuda UMNO bukan sekadar menampal poster, konvoi bermotosikal, gerak gempur dan sebagainya, kita lebih daripada itu dan memberi nilai tambah kepada kehidupan rakyat,

‘Kita bantu untuk membawa dan mencadangkan penyelesaian kepada masalah rakyat dan menjadi pelengkap peranan kerajaan,” katanya dalam sidang media di pejabat Biro Aduan Komuniti UMNO, Rabu yang lalu.

Portal ‘For The Rakyat’ menggunakan kaedah “crowdsourcing” yang membolehkan pengguna lain mengundi dan memberikan komen serta cadangan.

“Ia secara tidak langsung membolehkan pegawai bertugas mengenalpasti isu yang serius dan segera menyelesaikannya,” katanya.

“Buat permulaaan, klinik itu akan beroperasi dua minggu sekali bermula bulan depan di lobi Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn dan bakal dikembangkan ke seluruh negara jika mendapat respons positif daripada orang ramai.

Tambah Khairul Azwan, orang ramai yang membuat aduan turut diberikan khidmat nasihat guaman percuma dengan bantuan Sukarelawan Peguam Untuk Semua, Sukaguam.

Selasa, 25 Februari 2014

#PemudaUMNO Lancar Portal #ForTheRakyat & #KlinikPemuda @Azwanbro @NajibRazak

Pemuda UMNO pada hari ini melancarkan portal aduan ForTheRakyat  sebagai platform kepada orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan untuk diketengahkan kepada pihak berwajib.

Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, menerusi portal berkenaan rakyat akan mendapat saluran yang mudah dan pantas dalam mengemukakan permasalahan mereka.

"Antara peranan portal ini adalah sebagai pusat pengumpulan aduan dan permasalahan rakyat dari segenap pelusuk negara.

"Ia akan memudahkan pihak kerajaan melalui agensi-agensinya, pertubuhan bukan kerajaan yang berkenaan atau mana-mana pihak yang prihatin untuk memberi perhatian dan membantu menangani permasalahan rakyat," katanya pada sidang media di pejabat Pemuda UMNO di Menara Dato' Onn pagi tadi.

Tambah Khairul Azwan, portal dibawah kelolaan Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno merupakan inisiatif pergerakan itu dalam mengambil peduli hal ehwal berkaitan rakyat.

Selain itu katanya selaras dengan inisiatif berkenaan, Biro Aduan Komuniti juga turut mewujudkan 'Klinik Pemuda UMNO' yang membolehkan rakyat di semua peringkat tampil mengemukakan aduan secara bersemuka kepada mereka.

"Rakyat boleh datang ke klinik ini untuk mengemukakan aduan dan permasalahan mereka kepada pegawai yang bertugas dan aduan akan diambil tindakan," katanya.

Klinik tersebut akan beroperasi dua minggu sekali dari pukul 10 pagi hingga 12 tengahari di Lobi Ibu Pejabat UMNO di sini.

Label

Bacaan Quran

Jom Dengar Quran

..::cWm::..